03/10/2025
Kenyataan SEMARAK
Penahanan dan penculikan peserta kemanusiaan Global Sumud Flotila sejak hari Khamis 02 Oktober merupakan sejarah hitam bagi nilai kemanusiaan dunia. Misi kemanusiaan ini telah di halang tanpa undang undang.
Persatuan Semarak Prihatin Masyarakat Perak ( SEMARAK) melihat tindakan yang di lakukan oleh regim Zionis Israel ini sebagai tindakan yang mencabar nilai ketamadunan dunia. Sumud Flotila adalah misi kemanusiaan yang di akui dan di sertai oleh figura pelbagai bidang dari negara negara bertamadun yang bernaung di bawah PBB. Misi mereka adalah jelas sebagai misi bantuan kemanusiaan.
Sebagai sebuah NGO yang telah lama terlibat menggerakkan isu Palestin, SEMARAK menentang sekeras kerasnya tindakan ini. Kami juga sedang menggerakkan usaha bersama NGO lain bagi membangkitkan gelombang kesedaran di kalangan rakyat khususnya di negeri Perak sebagai tuntutan bersama memberi tekanan pembebasan semua yang di tahan regim zionis.
Tiba masanya semua pencinta keadilan dan kemanusiaan bersama bangkit dengan gelombang dunia memberi tekanan kepada Zionis Israel . Setiap dari kita perlu melakukan sesuatu sebagai tanda sokongan dan kebersamaan kita dalam menjulang keadilan sejagat khasnya isu berkaitan Palastin.
SEMARAK menyeru kebangkitan pencinta keadilan merentasi kaum, agama dan sempadan politik. Palastin adalah simbol penyatuan dan kemanusiaan dunia hari ini.
FAIRUZ HAFIIZH BIN OTHMAN
PENGERUSI
Persatuan Semarak Prihatin Masyarakat Perak (SEMARAK).