Persatuan Kebajikan Mahasiswa Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak

  • Home
  • Malaysia
  • Ipoh
  • Persatuan Kebajikan Mahasiswa Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak

Persatuan Kebajikan Mahasiswa Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak “Satu Keluarga Seorang Hafiz Al-Quran”

🌺[PERUTUSAN PERKEMAT:SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KALI KE- 63]🌺16 SEPTEMBER 2026M04 RABIULAKHIR 1448Hبســــــــــــــ...
16/09/2026

🌺[PERUTUSAN PERKEMAT:SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KALI KE- 63]🌺

16 SEPTEMBER 2026M
04 RABIULAKHIR 1448H

بســـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيْمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kami Barisan Pimpinan PERKEMAT 26/27 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia Kali Ke-63 kepada seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak.

Hari Malaysia adalah detik bersejarah yang mengukuhkan perpaduan kita sebagai satu bangsa. la mengingatkan kita tentang pentingnya semangat kekitaan dan keharmonian
dalam kepelbagaian.



✏️ [PERUTUSAN PERKEMAT: SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER] ✏️SEMESTER 1,3 DAN 5 SESI AKADEMIK 2026|202714 SEP...
13/09/2026

✏️ [PERUTUSAN PERKEMAT: SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER] ✏️

SEMESTER 1,3 DAN 5 SESI AKADEMIK 2026|2027

14 SEPTEMBER 2026M
2 RABIULAKHIR 1448H

بســـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيْمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kami Barisan Pimpinan PERKEMAT 26/27 ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester kepada seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak.

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberi kefahaman serta kelancaran ketika menjawab soalan. Peperiksaan bukanlah penentu segalanya buat masa depan, namun ia tetap menjadi salah satu kayu ukur terhadap ilmu yang telah dipelajari.

"Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah."



✏️[PERUTUSAN PERKEMAT: RECAP FORUM BICARA MUMTAZ 6.0]✏️بســـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيْمِالسَّلَامُ عَلَي...
04/09/2026

✏️[PERUTUSAN PERKEMAT: RECAP FORUM BICARA MUMTAZ 6.0]✏️

بســـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيْمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa telah berlangsungnya Forum Bicara Mumtaz 6.0 Cabaran dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan Akhir yang dibawakan khas oleh Exco Akademik PERKEMAT sesi 26/27.

Forum ini bertujuan untuk memberikan semangat serta
perkongsian strategi kepada mahasiswa MTQN Perak dalam mempersiapkan diri mendepani peperiksaan akhir semester
yang bakal tiba.

Semoga dengan adanya Forum Bicara Akademik, semua mahasiswa mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan akhir, InsyaAllah.



🤎 [PERUTUSAN PERKEMAT: CERAMAH NIKAH SAKINAH] 🤎بســـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيْمِالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَ...
04/09/2026

🤎 [PERUTUSAN PERKEMAT: CERAMAH NIKAH SAKINAH] 🤎

بســـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيْمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, telah berlangsungnya program Ceramah Nikah Sakinah yang bertajuk Panduan Awal Kehidupan Keluarga yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Amirul Bin Razali.

Program ini membuka ruang kefahaman yang lebih mendalam tentang persediaan asas pembentukan rumah tangga, panduan mengemudi kehidupan berkeluarga mengikut syariat, serta membina rumah tangga yang penuh sakinah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat seluruh warga MTQN Perak agar dapat memahami ilmu rumah tangga yang disampaikan dengan baik demi melahirkan keluarga yang harmoni di masa akan datang.



🇲🇾[ PERUTUSAN PERKEMAT:SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE- 69 ] 🇲🇾31 OGOS 2026M18 RABIULAWAL 1448Hبســــــــــــ...
30/08/2026

🇲🇾[ PERUTUSAN PERKEMAT:SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE- 69 ] 🇲🇾

31 OGOS 2026M
18 RABIULAWAL 1448H

بســـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيْمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kami Barisan Pimpinan PERKEMAT 26/27 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-69 kepada seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak.

Kemerdekaan adalah nikmat yang paling berharga buat kita semua.
Kemerdekaan itu juga bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi ia adalah tanggungjawab kita semua untuk memelihara maruah bangsa dan memakmurkan negara.

Marilah kita semarakkan jiwa merdeka dengan mengibarkan Jalur Gemilang, menyemai rasa syukur, dan memperkukuh semangat perpaduan demi kesejahteraan tanah air.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🌺



🌙 [PERUTUSAN PERKEMAT: SALAM MAULIDUR RASUL 1448H] 🌙25 OGOS 2026M12 RABIULAWAL 1448Hبســـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِن...
24/08/2026

🌙 [PERUTUSAN PERKEMAT: SALAM MAULIDUR RASUL 1448H] 🌙

25 OGOS 2026M
12 RABIULAWAL 1448H

بســـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيْمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kami Barisan Pimpinan PERKEMAT 26/27 ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kerana dipertemukan lagi dengan tanggal 12 Rabiulawal iaitu hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

"Sesiapa yang berselawat
kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak sepuluh kali."
(Riwayat Muslim)



📸[PERUTUSAN PERKEMAT: MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2026]📸7 OGOS 2026M23 SAFAR 1448Hبِـــــــــــــــسْمِ اللهِ...
08/08/2026

📸[PERUTUSAN PERKEMAT: MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2026]📸

7 OGOS 2026M
23 SAFAR 1448H

بِـــــــــــــــسْمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِ
الشَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, kami barisan pimpinan PERKEMAT 26/27 ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima anugerah atas keputusan mumtaz dalam peperiksaan yang telah berlangsung.

Berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ini bagi meraikan para pelajar semester 2,4 dan 6 yang cemerlang dalam peperiksaan.

Majlis ini menjadi simbol penghargaan atas usaha, doa, dan pengorbanan semua warga dalam mengekalkan kecemerlangan akademik serta kegemilangan Huffaz MTQN Perak.



🕌 [PERUTUSAN PERKEMAT: SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H] 🕌17 JUN 2026 M1 MUHARRAM 1448 Hبســـــــــــــــمِ اللهِ الر...
16/06/2026

🕌 [PERUTUSAN PERKEMAT: SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H] 🕌

17 JUN 2026 M
1 MUHARRAM 1448 H

بســـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيْمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, Kami Barisan Pimpinan PERKEMAT 26/27 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448 H kepada seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak.

"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) ketetapan Allah (di Luh Mahfuz) pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu padanya (empat bulan itu)" (Surah At-Taubah : 36)

Semoga tahun baru ini membawa seribu keberkatan, peningkatan iman, dan lembaran amal yang lebih baik buat kita semua. Insya-Allah.




✏️[ SIDANG PERKEMAT: QURAN TALK ] ✏️13 JUN 2026M | 28 ZULHIJJAH 1447Hبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِي...
14/06/2026

✏️[ SIDANG PERKEMAT: QURAN TALK ] ✏️

13 JUN 2026M | 28 ZULHIJJAH 1447H

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيْمِ
الشَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, telah berlangsungnya program ceramah bertajuk 5 Prinsip Utama Untuk Menguasai Dan Memperelok Bacaan Al-Quran yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Hakim Bin Razali, beliau merupakan Jurulatih utama Al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Perak.

Program ini membuka ruang kefahaman yang lebih mendalam tentang kaedah membaca Al-Quran dengan sempurna bagi mengelakkan kesalahan dalam membaca Al-Quran.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat seluruh warga MTQN Perak agar mendalami ilmu Al-Quran serta lebih memahami dan menguasai cara yang betul dalam membacakan Al-Quran.



⚜️[SIDANG PERKEMAT: DIRGAHAYU TUANKU]⚜️15 Zulhijjah 1447H | 1 Jun 2026بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيْمِا...
01/06/2026

⚜️[SIDANG PERKEMAT: DIRGAHAYU TUANKU]⚜️

15 Zulhijjah 1447H | 1 Jun 2026

بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيْمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah dirafakkan oleh saf kepimpinan Persatuan Kebajikan Mahasiswa Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak (PERKEMAT 26/27).

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan keberkatan, kesihatan, dan kebijaksanaan kepada KDYMM Tuanku dalam memimpin negara yang tercinta ini dengan adil dan saksama di bawah naungan rahmat-Nya.

DAULAT TUANKU.




Address

Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh Darul Ridzuan
Ipoh
31400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Mahasiswa Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share