Global Mission Sengoi

Global Mission Sengoi Global Mission Sengoi (GMS)
Kebajikan • Kasih • Masa Depan

🙏✨ Puji Tuhan! ✨🙏📅 Pada 19–20 Jun 2026, telah berlangsung Pertemuan Pastor dan Pembantu Pastor Global Mission Sengoi (GM...
21/06/2026

🙏✨ Puji Tuhan! ✨🙏

📅 Pada 19–20 Jun 2026, telah berlangsung Pertemuan Pastor dan Pembantu Pastor Global Mission Sengoi (GMS) di 🏞️ HCC Cameron Highlands.

❤️ Kami bersyukur kepada Tuhan kerana pertemuan ini telah berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih kepada semua pastor dan pembantu pastor yang telah hadir. 🤝

📖 Kiranya segala perkongsian, pengajaran, dan persekutuan yang diterima menjadi berkat serta menguatkan pelayanan masing-masing. ✝️🔥

🙌 Bersama melayani, bersama membangun Kerajaan Allah. 🙌

🙏✨

Shalom, puji Tuhan 🙏✨Hari ini dengan penuh sukacita kami telah menyelesaikan **Seminar Wanita 2026** yang bertema *“Iden...
01/05/2026

Shalom, puji Tuhan 🙏✨

Hari ini dengan penuh sukacita kami telah menyelesaikan **Seminar Wanita 2026** yang bertema *“Identiti Wanita dalam Kristus”* 💖📖 Sungguh luar biasa melihat penyertaan lebih daripada 70 orang peserta 🙌 yang hadir dengan hati yang rindu untuk belajar, bertumbuh, dan diperlengkapi dalam iman 🌱

Setiap sesi dipenuhi dengan firman yang menguatkan 💬🔥 Kami percaya setiap wanita yang hadir pulang dengan pengertian baru tentang jati diri mereka di dalam Kristus bahawa mereka dikasihi 💕, dipilih 🌟, dan dipanggil untuk tujuan yang mulia 👑

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat 🤍 Kiranya benih yang telah ditabur hari ini terus bertumbuh 🌿 dan menghasilkan buah dalam kehidupan masing-masing 🍇

Sampai jumpa di program akan datang 👋 Tuhan memberkati kita semua! ✨🙏

Sambutan Paskah pada, 13 April 2026, telah berlangsung dengan penuh sukacita di GMS Ulu Groh, Gopeng, Perak.Paskah bukan...
12/04/2026

Sambutan Paskah pada, 13 April 2026, telah berlangsung dengan penuh sukacita di GMS Ulu Groh, Gopeng, Perak.

Paskah bukan sekadar satu perayaan, tetapi untuk menghidupi apa yang telah Yesus Kristus lakukan.

12/04/2026


Pada 29 Mac 2026, GLOBAL MISSION SENGOI dengan penuh sukacita telah menyambut ulang tahun yang ke-2.Segala puji dan syuk...
30/03/2026

Pada 29 Mac 2026, GLOBAL MISSION SENGOI dengan penuh sukacita telah menyambut ulang tahun yang ke-2.

Segala puji dan syukur bagi Allah atas penyertaan dan kesetiaan-Nya sepanjang perjalanan pelayanan ini. Dalam tempoh dua tahun ini, pelbagai pencapaian dan perkembangan yang memberangsangkan telah diraih, dan kami percaya bahawa ini merupakan permulaan kepada perkara yang lebih besar pada masa akan datang.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat
Sandrea Ng Shy Ching, yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan detik yang penuh bermakna ini. Kehadiran beliau amat dihargai dan telah menambahkan lagi kemeriahan majlis.

Pihak kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan serta komitmen dalam menjayakan sambutan ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Segala puji bagi Tuhan 🙏✨, sambutan Pra-Krismas 🎄 telah berjaya diadakan di GMS Kampung Batu 14, Jalan Pahang, bersama p...
18/12/2025

Segala puji bagi Tuhan 🙏✨, sambutan Pra-Krismas 🎄 telah berjaya diadakan di GMS Kampung Batu 14, Jalan Pahang, bersama pelayanan Global Mission Sengoi GMS Sungai Ruil 🤝, yang dipimpin oleh Pastor Uda A/L Bah Kin Kok, dalam melayani serta merayakan bersama komuniti Orang Asli.

Program ini dimeriahkan dengan persembahan ceria daripada kanak-kanak 🎶👧🧒, yang mewujudkan suasana hangat dan penuh perayaan, dipenuhi dengan sukacita dan harapan 💖. Selain itu, perkongsian Firman Tuhan 📖✨ oleh Senior Pastor, Rev. Lizune Bah Chong, sungguh berkuasa dan menginspirasi, membawa dorongan rohani yang mendalam, kekuatan, serta pembaharuan harapan 🌿 kepada setiap individu dan keluarga yang hadir.

Puji Tuhan 🙏✨Program Pra-Krismas di GMS Kg Sat Sungkai telah berjaya dijalankan semalam, dengan penyertaan 9 keluarga da...
17/12/2025

Puji Tuhan 🙏✨
Program Pra-Krismas di GMS Kg Sat Sungkai telah berjaya dijalankan semalam, dengan penyertaan 9 keluarga dan 15 orang kanak-kanak. Program ini merangkumi sesi pengagihan hadiah 🎁, pengagihan makanan 🍽️, serta persembahan khas yang dipersembahkan oleh kanak-kanak 🎶.

Program ini berlangsung dengan lancar dan teratur, dengan kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat. 🎄🤝

Address

4A, Jalan Lapangan Siber 1 Bandar Cyber
Ipoh
31350

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Global Mission Sengoi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share