28/09/2026
26 September 2026 | Telah berlangsung program AADK x COMME Fest Brisk Walk 2026 anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Perak dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perak sempena COMME Fest 2026.
Program ini telah dilepaskan secara rasmi (flag-off) oleh Puan Suhada, Penolong Pengarah (Rawatan dan Pemulihan) AADK Negeri Perak bersama Encik Hairuddin, Pengarah MCMC Negeri Perak.
Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap usaha pencegahan penyalahgunaan dadah.
Terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha bersama ini terus memupuk masyarakat yang sihat, aktif dan bebas dadah.