Ahli Parlimen Tambun - Anwar Ibrahim

Ahli Parlimen Tambun -  Anwar Ibrahim Akaun Rasmi Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun

ISNIN | 27 OKTOBER 2025Wakil Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun telah menghadiri Majlis Graduasi Sekolah Menengah ...
27/10/2025

ISNIN | 27 OKTOBER 2025

Wakil Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun telah menghadiri Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Rambutan yang berlangsung dengan penuh meriah baru-baru ini.

Majlis tersebut diraikan bagi menghargai seramai 160 orang pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam majlis berkenaan, wakil Pusat Khidmat turut menyampaikan amanat kepada para pelajar agar terus berusaha dengan penuh kesungguhan, berdisiplin dan bersemangat tinggi bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM.

Majlis sebegini bukan sahaja meraikan pencapaian pelajar, tetapi juga mencerminkan komitmen sekolah dalam melahirkan generasi muda yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing untuk masa depan negara.


26/10/2025

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Wakil Pusat Masyarakat Parlimen Tambun telah berhubung dengan pihak Lembaga Air Perak (LAP) berkaitan masalah bekalan air yang terputus di kawasan sekitar Chepor Indah, Ulu Chepor Tambahan, Desa Chemor Setia, Chemor Makmur, Chemor Sejahtera, Chemor Impian, Taman Megah dan Sri Kuang.

Pihak LAP telah memberi maklum balas bahawa usaha pantas akan dilakukan bagi menyelesaikan isu kebocoran paip utama ini dengan segera.

Pihak LAP juga memaklumkan bahawa lori tangki air juga sedang digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Sekian, terima kasih

Address

NO1, Jalan MERU BISTARI A14, MERU IPOH
Ipoh
31200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahli Parlimen Tambun - Anwar Ibrahim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ahli Parlimen Tambun - Anwar Ibrahim:

Share