GPMS UiTM SHAH ALAM

GPMS UiTM SHAH ALAM GPMS Cawangan Khas UiTM Shah Alam ; DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas UiTM Malaysia (GPMS UiTM) mula didaftarkan di UiTM (ketika itu ITM) pada tahun 1974. Bertitik-tolak dari saat awal penubuhannya, matlamat GPMS UiTM jelas, untuk memperjuangkan agenda pendidikan anak-anak bangsa Melayu, selari dengan asas perjuangan GPMS itu sendiri dan seiring dengan objektif penubuhan UiTM iaitu menjadi salah satu institut pengaji

an tinggi yang wujud untuk menjamin dan meningkatkan status sosio-ekonomi bumiputera amnya dan bangsa Melayu khususnya. GPMS UiTM telah banyak menyumbangkan khidmat baktinya kepada agama, bangsa dan Negara melalui program pendidikan, kebajikan, keagamaan, kebudayaan dan kepimpinan. Keseluruhan program yang dijalankan dipadankan dengan asas penubuhan GPMS iaitu untuk memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan. Di samping itu, GPMS UiTM memperjuangkan serta membantu mereka yang kurang berkemampuan serta mendedahkan para pelajar akan pentingnya konsep kerjasama, muafakat dan keprihatinan kepada masyarakat sekeliling. Hal ini bertujuan untuk membentuk generasi pelajar yang bukan sahaja mantap dari segi akademiknya, malahan padat dengan keprihatinannya kepada masyarakat juga tinggi tahap kepimpinannya. Berbekalkan pemahaman dan penghayatan yang mantap mengenai 4 SEDAR dan juga motto BELAJAR TERUS BELAJAR yang tersemat utuh di dalam jiwa setiap insan bergelar mahasiswa Melayu, GPMS UiTM diharap akan dapat terus melahirkan bakat-bakat kepimpinan Melayu Islam, cerdik-pandai Melayu dan seterusnya menjulang nama Melayu itu di mata dunia!

🎉 Selamat Bercuti Semester! 🎉Majlis Tertinggi Kelab GPMS UiTM Shah Alam mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga...
10/08/2026

🎉 Selamat Bercuti Semester! 🎉

Majlis Tertinggi Kelab GPMS UiTM Shah Alam mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga UiTM.

✨ Rehat secukupnya.
✨ Luangkan masa bersama keluarga.
✨ Kembali dengan semangat dan azam yang baharu.

Semoga cuti ini membawa kebahagiaan, ketenangan, dan inspirasi untuk melangkah lebih jauh pada semester akan datang.

💛 Selamat bercuti dan jumpa lagi!

Sekian, Terima Kasih.

Alhamdulillah, Ledang Attack 2026 telah berjaya disempurnakan. Sepanjang 3 hari 2 malam, kami bukan sahaja menawan punca...
29/07/2026

Alhamdulillah, Ledang Attack 2026 telah berjaya disempurnakan. Sepanjang 3 hari 2 malam, kami bukan sahaja menawan puncak Gunung Ledang, malah membina semangat, ketahanan diri dan ukhuwah yang lebih erat.

Terima kasih kepada semua peserta, urusetia dan pihak yang terlibat atas komitmen serta kerjasama yang diberikan. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan bermakna dan inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh.

“Setiap langkah ada cerita, setiap puncak ada makna.”

Assalamualaikum w.b.t dan Salam UiTM dihatiku💫[ PENCARIAN EXCO GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG SESI 2026/2027]Sukaci...
22/07/2026

Assalamualaikum w.b.t dan Salam UiTM dihatiku💫

[ PENCARIAN EXCO GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG SESI 2026/2027]

Sukacita dimaklumankan bahwa Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) UiTM Shah Alam sedang membuka peluang kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai barisan exco-51 GPMS bagi sesi 2026/2027

⚡ *Syarat kelayakan Exco GPMS adalah seperti berikut:*
📌 Terbuka kepada semua pelajar UiTM Shah Alam SAHAJA
📌 Terbuka kepada pelajar semester 1 hingga semester 5 (berbaki minimum 2 semester, tidak termasuk latihan industri)
📌 Bersedia menggalas jawatan exco selama 1 tahun
📌 Tiada rekod kesalahan tatatertib
📌 Mampu memberikan masa dan komitmen yang baik

💫 Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/Fbn1SgCyWeeDQ4q27

💫Tarikh Permohonan adalah dari 22 Julai hingga 31 Ogos 2026

📌Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📞Raudhah - https://wa.link/4ci4si
📞 Amira - https://wa.link/beo9nf

Sekian, Terima Kasih.

| Memperingati 52 Tahun GPMS UiTM Shah Alam |20 Jun, menandakan ulang tahun ke-52 penubuhan GPMS UiTM Shah Alam. Sejak 1...
22/06/2026

| Memperingati 52 Tahun GPMS UiTM Shah Alam |

20 Jun, menandakan ulang tahun ke-52 penubuhan GPMS UiTM Shah Alam. Sejak 1974, GPMS terus menjadi wadah membina kesedaran pendidikan, kepimpinan dan pembangunan mahasiswa berteraskan semangat perjuangan bangsa, agama dan negara.

Terima kasih kepada semua barisan kepimpinan, ahli serta alumni yang sentiasa menyumbang tenaga dan bakti dalam meneruskan legasi GPMS.

Selamat Hari Ulang Tahun ke-52 GPMS UiTM Shah Alam!

Sekian,
BelajarTerusBelajar



Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GPMS UiTM SHAH ALAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to GPMS UiTM SHAH ALAM:

Shortcuts

Share