IKRAM Ipoh

IKRAM Ipoh Ia tidak bertujuan membuat keuntungan.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam.

16/03/2025

Forum: Bangunkan Jiwa Taqwa.
HIRAK1446
Masjid Al-Ansar, Meru.

16/03/2025

Health Talk: Diabetic & Ramadan.
HIRAK 1446.
Masjid Al-Ansar, Meru.

Telah berlangsung program Remaja Raikan Ramadan (3R) dan pameran Palestin di hatiku di perkarangan Masjid Al-Ansar, Meru...
15/03/2025

Telah berlangsung program Remaja Raikan Ramadan (3R) dan pameran Palestin di hatiku di perkarangan Masjid Al-Ansar, Meru.

Sekarang sedang berlangsung perkongsian pengalaman pempengaruh kemanusiaan Ustaz Megat Aiman Hakim wakil dari MyCARE Malaysia dalam ekspedisi beliau ke bumi Syria dan bumi Syam.

Akan berlangsung sebentar lagi perkongsian liku-liku kehidupan seorang muallaf oleh Bro Robert Ta Honn Yu, dari MACMA.

Orang ramai dijemput hadir.

HIRAK TAMBUN IPOHHIRAK kali ini menampilkan gabungan 2 kawasan Tambun & Ipoh. Ayuh beriktikaf beramai ramai sambil berak...
15/03/2025

HIRAK TAMBUN IPOH

HIRAK kali ini menampilkan gabungan 2 kawasan Tambun & Ipoh.

Ayuh beriktikaf beramai ramai sambil beraktiviti di Masjid Al-Ansar, Meru
pada 15&16 Mac 2025

Banyak aktiviti-aktiviti yang BEST untuk golongan dewasa malah anak-anak sekali 😍

✨ Remaja Raikan Ramadan, 3R. (12 - 17tahun)
🌟 Bumi Syam dihati bersama _influencer_ kemanusiaan Ustaz Megat Aiman Bin Megat Sharifuddin
🌟 Pengalaman liku-liku kehidupan seorang mualaf oleh Bro Robert Ta Honn Yu
🌟 Quran circle
🌟 Kuliah subuh oleh Ustaz Meor Shazril Aizal Shapawi: Bangunkan Jiwa, Sebarkan Rahmah
🌟 Health Talk: Diabetic & Ramadan oleh Dr Noraini bt Mat Husin
🌟 Forum : Bangunkan Jiwa Taqwa
🌟 Penyerahan bantuan Prihatin Ramadan
🌟 Qiyamullail

Maklumat lanjut & tentatif program di

https://sites.google.com/view/hirak2025/home

Daftar sekali tau πŸ˜‰

πŸ“ŒTarikh tutup pendaftaran 13 Mac 2025 (10pagi)

Iftar & sahur disediakan

Pada Ahad lepas, 2 Februari 2025 telah berlangsung Program Back2School di Econsave Ampang Baru, Ipoh. Program anjuran I-...
03/02/2025

Pada Ahad lepas, 2 Februari 2025 telah berlangsung Program Back2School di Econsave Ampang Baru, Ipoh. Program anjuran I-Bantu Ipoh yang merupakan salah satu agensi Pertubuhan IKRAM Malaysia ini memfokus bidang kebajikan dan tahun ini adalah tahun keenam penganjuran Back2School dengan kerjasama korporat seperti Econsave atau AEON.

Jutaan terima kasih kepada semua dermawan dan para penyumbang yang telah banyak menyumbang di dalam tabung I-Bantu.

Kami berharap dan mendoakan semoga adik-adik lebih bersemangat dan bermotivasi dalam perjuangan menuntut ilmu di sekolah dan selamat maju jaya kami ucapkan.

Address

36A, Persiaran Halaman Ampang, Halaman Ampang Mewah
Ipoh
31350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share