Angkasa Negeri Perak

Angkasa Negeri Perak Selamat Datang ke page Rasmi ANGKASA Negeri Perak! ANGKASA telah diangkat sebagai sebuah koperasi yang mewakili gerakan koperasi seluruh Malaysia.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah didaftarkan pada 12 Mei 1971 di bawah Ordinan Koperatif 33/1948. ANGKASA ditubuhkan hasil daripada cadangan Kongres Kerjasama Kedua yang dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Pada 23 Mei 1996, perisytiharan pengiktirafan ini telah diwartakan. "Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perenggan 57(2)(b) Akta 502 Akta 502 Akta Koperasi 1993, Menteri mengisytiharkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sebagai badan yang mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," menurut [KTPK.(S)07/49/1/9: PN. (PU2) 572/III]. Sebagai badan apex gerakan koperasi negara ANGKASA juga turut menganggotai ASEAN Cooperative Organization (ACO) dan International Cooperative Alliance (ICA).

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTaklimat dan Majlis Dialog Penerangan Keanggo...
31/07/2026

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Taklimat dan Majlis Dialog Penerangan Keanggotaan ANGKASA Negeri Perak 2026 telah diadakan pada 30 Julai 2026 (Khamis) bertempat di Pusat Seminar dan Latihan KAKIB, Meru Utama, 30020 Ipoh, Perak.

Program ini telah menghimpunkan sebanyak 18 buah koperasi bagi mendapatkan penerangan berkaitan pengurusan koperasi, keperluan latihan serta manfaat keanggotaan ANGKASA.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd KarimT, AMP., PPT, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, Puan Hajah Salwana binti Ali, Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMA), Puan Shuhaila binti Shahrom, Pegawai wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Sharul Baha bin Abd Rahman, Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, Encik Azhar bin Mann, Bendahari Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak serta Encik Muhammad Ashraf Nazaruddin Pengurus ANGKASA Negeri Perak

Sesi taklimat dimulakan oleh Puan Shuhaila binti Shahrom dari SKM yang telah menyampaikan penerangan berkaitan pengurusan dan pentadbiran koperasi, merangkumi aspek tadbir urus yang baik, pematuhan kepada Akta Koperasi serta tanggungjawab anggota lembaga dalam memastikan pengurusan koperasi dilaksanakan secara berkesan dan berintegriti.

Seterusnya, Puan Hajah Salwana binti Ali dari IKMA telah menyampaikan taklimat mengenai kursus-kursus wajib yang perlu dihadiri oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK).

Beliau turut menekankan kepentingan latihan dan pembangunan kompetensi bagi memastikan ALK memiliki pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan untuk mentadbir koperasi dengan lebih profesional dan berdaya saing.

Program diteruskan dengan taklimat oleh Encik Muhammad Ashraf Nazaruddin dari Pengurus ANGKASA Negeri Perak yang telah memberikan penerangan berkaitan keanggotaan ANGKASA, termasuk pelbagai manfaat, kemudahan, perkhidmatan dan peluang kerjasama yang ditawarkan kepada koperasi anggota dalam memperkukuhkan pertumbuhan serta pembangunan perniagaan koperasi.

Sebagai tanda penghargaan, sesi penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Encik Sharul Baha bin Abd Rahman, Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak kepada Puan Shuhaila binti Shahrom dari SKM dan Puan Hajah Salwana binti Ali dari IKMA atas kesudian menyampaikan perkongsian ilmu sepanjang program berlangsung.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd KarimT, AMP., PPT, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

Dalam ucapan beliau, para koperasi yang masih belum menjadi anggota ANGKASA diseru agar mengambil peluang menyertai ANGKASA bagi menikmati pelbagai manfaat, khidmat sokongan dan jaringan kerjasama yang disediakan.

Beliau turut berharap agar hubungan strategik antara ANGKASA, SKM, IKMA dan gerakan koperasi akan terus diperkukuhkan demi melahirkan koperasi yang lebih mampan, berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

Melalui penganjuran program ini, ANGKASA Negeri Perak terus memainkan peranannya sebagai badan apeks gerakan koperasi dengan memperkasa koperasi melalui penyebaran maklumat, khidmat nasihat, pembangunan kapasiti, latihan, jaringan kerjasama strategik serta memperluaskan penyertaan koperasi dalam pelbagai inisiatif ekonomi yang mampu meningkatkan daya saing dan kesejahteraan anggota koperasi di Negeri Perak.

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTaklimat Program Jualan Rahmah MADANI 2026 Koperasi Pertama Kali Untuk Laksana...
31/07/2026

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Taklimat Program Jualan Rahmah MADANI 2026 Koperasi Pertama Kali Untuk Laksanakan PJRM telah diadakan pada 29 Julai 2026 (Khamis) bertempat di Pusat Seminar dan Latihan KAKIB, Meru Utama, 30020 Ipoh, Perak.

Program ini bertujuan memberikan penerangan dan pendedahan kepada koperasi-koperasi yang bakal melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) buat pertama kali agar pelaksanaan program dapat dijalankan dengan lebih teratur, berkesan dan menepati garis panduan yang telah ditetapkan.

Majlis ini telah dihadiri oleh Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abd Karim, AMP., PPT, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, Puan Fadzilah Binti Arshad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, Encik Muhammad Ashraf Bin Nazaruddin, Pengurus ANGKASA Negeri Perak, Tuan Abu Bakar Bin Zeen daripada ABM Rezeki Maju Enterprise serta Tuan Haji Abdullah Sani Bin Shaโ€™ari daripada INFLOW Global Marketing Sdn. Bhd.

Taklimat ini turut disertai oleh seramai wakil daripada 23 buah koperasi yang akan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI buat pertama kali.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Ashraf Bin Nazaruddin, Pengurus ANGKASA Negeri Perak, yang menerangkan secara terperinci mengenai operasi dan pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI 2026.

Beliau menjelaskan tatacara pelaksanaan program, pengurusan operasi, penyelarasan bersama pembekal, penyediaan dokumentasi serta perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh koperasi bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Seterusnya, Puan Fadzilah Binti Arshad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, telah menyampaikan perkongsian pengalaman serta memberikan kata-kata semangat kepada koperasi-koperasi yang bakal melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI buat pertama kali.

Beliau turut berkongsi pengalaman sepanjang mengendalikan program sebelum ini serta memberi dorongan agar setiap koperasi sentiasa yakin, komited dan bersedia menghadapi cabaran dalam menjayakan program tersebut demi memberikan manfaat kepada anggota koperasi dan masyarakat setempat.

Dalam ucapan penutup, Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abd Karim, AMP., PPT, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, merakamkan penghargaan kepada semua koperasi yang hadir atas komitmen dan kesungguhan untuk menjayakan Program Jualan Rahmah MADANI 2026.

Beliau berharap agar segala ilmu, panduan dan pengalaman yang dikongsikan sepanjang taklimat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap koperasi bagi memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar, sekali gus memperkukuhkan peranan koperasi dalam membantu masyarakat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga yang berpatutan.

Sebagai badan puncak gerakan koperasi, ANGKASA Negeri Perak akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara, penyelaras dan rakan strategik kepada koperasi-koperasi di negeri ini melalui penyampaian maklumat, khidmat nasihat, latihan, pemantauan serta sokongan berterusan.

Komitmen ini diharap dapat memperkukuhkan keupayaan koperasi dalam melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI dengan lebih berkesan, sekali gus menyokong agenda Kerajaan MADANI dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pengukuhan gerakan koperasi.

๐Ÿ“ธ ๐—š๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—™๐—ข๐—ง๐—ข ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—ค๐—จ๐—˜ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAlhamdulillah, Kejohanan Petanque ANGKASA Peri...
30/07/2026

๐Ÿ“ธ ๐—š๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—™๐—ข๐—ง๐—ข ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—ค๐—จ๐—˜ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan dan semangat kesukanan.

Sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung, pelbagai detik bermakna telah berjaya dirakam, bermula daripada majlis perasmian, aksi-aksi menarik para peserta, Karnival Jualan Koperasi, penyampaian hadiah kepada para pemenang sehinggalah Majlis Penutupan yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, Timbalan Presiden ANGKASA.

๐Ÿ“ธ Semua kenangan tersebut kini boleh diakses melalui Galeri Foto Rasmi Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026.

๐Ÿ“ฑ Imbas QR Code yang disediakan pada poster untuk melihat dan memuat turun koleksi gambar rasmi sepanjang kejohanan.

Atau klik link berikut --> https://bit.ly/4wp77oG

Semoga koleksi gambar ini menjadi kenangan indah buat semua peserta, guru pengiring, warga koperasi serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan ini.

Terima kasih atas sokongan dan komitmen semua pihak. Jumpa lagi di program-program ANGKASA yang akan datang.









๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐——๐—˜๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—ค๐—จ๐—˜ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKUALA KANGSAR...
29/07/2026

๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐——๐—˜๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—ค๐—จ๐—˜ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

KUALA KANGSAR, 28 Julai 2026 โ€“ Alhamdulillah, Majlis Penutupan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Arena Petanque Kuala Kangsar, Perak.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, Timbalan Presiden ANGKASA.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YDH Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak; YBr. Encik Sharul Baha bin Abd Rahman, Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak; serta barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

Sebelum majlis penutupan berlangsung, YBhg. Timbalan Presiden ANGKASA telah dibawa melawat Karnival Jualan Koperasi yang diadakan bersempena kejohanan ini. Beliau, bersama YDH Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd Karim, telah mengunjungi setiap tapak jualan koperasi, beramah mesra dengan para peniaga serta menyampaikan Sijil Penyertaan Vendor dan cenderahati daripada ANGKASA Negeri Perak sebagai tanda penghargaan kepada koperasi-koperasi yang telah menjayakan karnival tersebut.

Sembilan koperasi yang menyertai Karnival Jualan Koperasi ialah:

โ€ข Koperasi Keluarga Putri Aisy Maju Kuala Kangsar Berhad
โ€ข Koperasi Wanita Unggul Bandar Ipoh Berhad
โ€ข Koperasi Komuniti Agro Perak Berhad
โ€ข Koperasi Wanita Dinamis Kerian & LMS Berhad
โ€ข Koperasi Keluarga Baharuddin Kuala Kangsar Berhad
โ€ข Koperasi Payung Bergerak Perak Berhad
โ€ข Koperasi Serbaguna Wanita Taiping Berhad
โ€ข Koperasi Ekonomi Wanita Islam LMS Berhad
โ€ข Koperasi Komuniti Kampung Kenangan Bidor Berhad

Majlis Penutupan kemudiannya dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis dan bacaan doa. Seterusnya, YDH Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan oleh YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik yang menyuntik semangat kepada seluruh warga koperasi serta menekankan kepentingan memupuk budaya kesukanan, perpaduan dan kerjasama dalam gerakan koperasi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori koperasi sekolah.

๐Ÿ† Kategori Koperasi Sekolah Perempuan

๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Koperasi SMK Sultan Abdullah Berhad

๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Koperasi SMK Sungai Bayor Berhad

๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Koperasi SMK Pangkalan TLDM Berhad

๐Ÿ… Tempat Keempat โ€“ Koperasi SMK Panglima Bukit Gantang Berhad

Tempat Kelima โ€“ Koperasi SMA Al-Ulum Al-Syar'iyyah Berhad

Tempat Keenam โ€“ Koperasi MRSM Lenggong Berhad

Tempat Ketujuh โ€“ Koperasi MRSM Bagan Datuk Berhad

Tempat Kelapan โ€“ Koperasi SMK Gunung Semanggol Berhad

๐Ÿ† Kategori Koperasi Sekolah Lelaki

๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Koperasi SMK Sultan Abdullah Berhad

๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Koperasi SMA Maahad Al-Mizan Manong Berhad

๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Koperasi SMK Raja Permaisuri Bainun Berhad

๐Ÿ… Tempat Keempat โ€“ Koperasi SMK Lambor Kiri Parit Berhad

Tempat Kelima โ€“ Koperasi SMA Al-Hidayah Parit Abas Berhad

Tempat Keenam โ€“ Koperasi SMK Mudzafar Shah Berhad

Tempat Ketujuh โ€“ Koperasi SMK Simpang Pulai Berhad

Tempat Kelapan โ€“ Koperasi SMK Tasek Damai Ipoh Berhad

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya. Pasukan Johan bagi kedua-dua kategori sekolah akan mewakili ANGKASA Negeri Perak ke Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2026 yang dijadualkan berlangsung di Negeri Melaka pada bulan September 2026.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan, sekali gus melabuhkan tirai Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan.

Pihak Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, guru-guru pengiring, koperasi yang menyertai Karnival Jualan Koperasi, para penaja, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini.

Tahniah kepada semua pemenang dan semoga wakil-wakil Negeri Perak terus melakar kejayaan di pentas kebangsaan.










Laporan oleh:
En Sharul Baha Abd Rahman
Setiausaha ANGKASA Negeri Perak

๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฏ | ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAlhamdulillah, Hari Ketiga Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026 telah melabuhkan ...
28/07/2026

๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฏ | ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, Hari Ketiga Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang di Arena Petanque Kuala Kangsar, Perak, menyaksikan berlangsungnya perlawanan peringkat kalah mati 16 pasukan terbaik, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir bagi Kategori Koperasi Sekolah Lelaki dan Kategori Koperasi Sekolah Perempuan.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, Timbalan Presiden ANGKASA.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YDH Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak; YBr. Encik Sharul Baha bin Abd Rahman, Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak; serta barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

Sebelum Majlis Penutupan berlangsung, YBhg. Timbalan Presiden ANGKASA telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke Karnival Jualan Koperasi yang berlangsung bersempena kejohanan ini.

Beliau turut beramah mesra dengan para peniaga koperasi serta menyampaikan Sijil Penyertaan Vendor dan cenderahati daripada ANGKASA Negeri Perak sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan sokongan mereka dalam menjayakan karnival tersebut.

Majlis Penutupan dimulakan dengan ucapan pengacara majlis dan bacaan doa. Seterusnya, YDH Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak telah menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan oleh YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, yang menzahirkan penghargaan kepada semua peserta, guru pengiring, koperasi, urus setia serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan ini.

Hari terakhir kejohanan menyaksikan saingan yang sengit dan penuh dramatik sehingga ke perlawanan akhir. Keputusan rasmi menyaksikan Koperasi SMK Sultan Abdullah Berhad muncul sebagai Johan Kategori Koperasi Sekolah Perempuan, manakala Koperasi SMK Sultan Abdullah Berhad turut menjuarai Kategori Koperasi Sekolah Lelaki.

Sebagai Johan bagi kategori masing-masing, kedua-dua pasukan ini telah berjaya melayakkan diri untuk mewakili ANGKASA Negeri Perak ke Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2026 yang dijadualkan berlangsung di Negeri Melaka pada bulan September 2026.

Album ini memaparkan sekitar Hari Ketiga kejohanan, termasuk aksi-aksi menarik perlawanan kalah mati, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir, Majlis Penutupan, penyampaian hadiah kepada para pemenang serta pelbagai detik indah yang menjadi penutup kepada Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform memperkukuhkan hubungan antara koperasi, mencungkil bakat-bakat baharu serta melahirkan lebih ramai atlet petanque yang mampu mengharumkan nama ANGKASA Negeri Perak di peringkat kebangsaan.

๐Ÿ“ธ Saksikan sorotan gambar-gambar sekitar Hari Ketiga kejohanan di album ini.









๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—ค๐—จ๐—˜ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฎ | ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAlhamdulillah, Hari Kedua Kejohanan Petanque ...
27/07/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—ค๐—จ๐—˜ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฎ | ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, Hari Kedua Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026 diteruskan dengan penuh semangat kesukanan di Arena Petanque Kuala Kangsar, Perak, melibatkan pertandingan Kategori Koperasi Sekolah Lelaki dan Kategori Koperasi Sekolah Perempuan.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Azizul Hakim bin Ismail, Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, yang hadir mewakili Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Turut memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Shamsahhimi bin Harun, Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Negeri Perak, serta YBrs. Encik Ahmad Khusaini Fitri, Naib Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Negeri Perak.

Turut hadir ialah Ydh. Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak; Ydh. Puan Fadzilah binti Arshad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak; YBr. Encik Sharul Baha bin Abd Rahman, Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, serta barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sepakat Membina, diikuti bacaan doa, ucapan alu-aluan oleh Ydh. Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd Karim, sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Encik Azizul Hakim bin Ismail. Majlis kemudiannya diserikan dengan gimik perasmian melalui acara melontar bola petanque sebagai simbolik pembukaan pertandingan kategori sekolah.

Hari kedua kejohanan menyaksikan penyertaan yang amat memberangsangkan melibatkan 93 pasukan Koperasi Sekolah Lelaki dan 93 pasukan Koperasi Sekolah Perempuan, mewakili koperasi-koperasi sekolah anggota ANGKASA dari seluruh Negeri Perak.

Album ini memaparkan sekitar Majlis Perasmian Hari Kedua, kehadiran para tetamu kehormat serta pelbagai aksi menarik para peserta sekolah yang bertanding dengan penuh semangat, disiplin dan semangat kesukanan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian. Semoga Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026 terus menjadi medan untuk mencungkil bakat baharu, memperkukuh hubungan antara koperasi sekolah serta menyemarakkan budaya kesukanan dalam kalangan warga koperasi di Negeri Perak.

๐Ÿ“ธ Saksikan sorotan gambar-gambar sekitar Hari Kedua kejohanan di album ini.

27/07/2026
๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—ค๐—จ๐—˜ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿญ | ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAlhamdulillah, Hari Pertama Kejohanan Petanqu...
27/07/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—ค๐—จ๐—˜ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿญ | ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, Hari Pertama Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan di Arena Petanque Kuala Kangsar, Perak.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Shahrizan bin Abdullah, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan.

Turut hadir ialah Ydh. Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak; Ydh. Puan Fadzilah binti Arshad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak; serta YBr. Encik Sharul Baha bin Abd Rahman, Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak bersama barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

Kejohanan pada hari pertama menyaksikan saingan sengit melibatkan 91 pasukan Koperasi Dewasa Lelaki dan 62 pasukan Koperasi Dewasa Wanita yang mewakili koperasi-koperasi anggota ANGKASA dari seluruh Negeri Perak.

Album ini memaparkan sekitar Majlis Perasmian, gimik pelancaran kejohanan serta pelbagai aksi menarik para peserta yang berentap dengan penuh semangat, disiplin dan semangat kesukanan sepanjang pertandingan berlangsung.

Tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang mengambil bahagian. Semoga Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026 terus menjadi platform memperkukuh silaturahim, memupuk budaya sukan serta menyemarakkan semangat gerakan koperasi di Negeri Perak.

๐Ÿ“ธ Saksikan sorotan gambar-gambar sekitar Hari Pertama kejohanan di album ini.

๐Ÿ† ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—ค๐—จ๐—˜ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ฆ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”...
27/07/2026

๐Ÿ† ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—ค๐—จ๐—˜ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ฆ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—”

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah berjaya muncul sebagai pemenang dalam Kategori Koperasi Dewasa Lelaki dan Kategori Koperasi Dewasa Wanita sempena Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ydh. Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, dengan diiringi oleh YBrs. Encik Sharul Baha bin Abd Rahman, Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

Bagi kedua-dua kategori, hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

๐Ÿฅ‡ Johan - Piala Pusingan Kejohanan Petanque ANGKASA Negeri Perak, Cendramata Plak Kayu dan Wang Tunai RM1,200

๐Ÿฅˆ Naib Johan - Cendramata Plak Kayu dan Wang Tunai RM900

๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga - Cendramata Plak Kayu dan Wang Tunai RM600

๐Ÿ… Tempat Keempat - Wang Tunai RM400

๐Ÿ… Tempat Kelima Bersama - Wang Tunai RM200

โธป

๐Ÿ† ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ถ

๐Ÿฅ‡ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป
Koperasi Pemain Hoki Berhad 10

๐Ÿฅˆ ๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ฏ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป
Koperasi KTMB Ipoh Berhad 1

๐Ÿฅ‰ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ
Koperasi KTMB Ipoh Berhad 4

๐Ÿ… ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜
Koperasi Pemain Hoki Berhad 4

๐Ÿ… ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Koperasi KTMB Ipoh Berhad 2
Koperasi Pemain Hoki Berhad 3
Koperasi Pemain Hoki Berhad 2
Koperasi SMK Raja Lope Nor Rashid Berhad

โธป

๐Ÿ† ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ

๐Ÿฅ‡ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป
Koperasi KTMB Ipoh Berhad C

๐Ÿฅˆ ๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ฏ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป
Koperasi SMK Simpang Beluru, Enggor Berhad B

๐Ÿฅ‰ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ
Koperasi SMK Seri Sentosa Kampar Berhad A

๐Ÿ… ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜
Koperasi SMK Sultan Abdullah Berhad

๐Ÿ… ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Koperasi SMA Al-Hidayah Berhad
Koperasi Guru-Guru Melayu Lepasan Maktab Berhad
Koperasi KV Gerik Berhad
Koperasi FELCRA Nasaruddin Berhad

Pihak Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian serta mempamerkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang, khususnya kepada Johan Kategori Koperasi Dewasa Lelaki dan Johan Kategori Koperasi Dewasa Wanita yang telah berjaya melayakkan diri untuk mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2026 dengan Negeri Melaka sebagai tuan rumah.

Semoga kedua-dua pasukan akan terus mengekalkan prestasi cemerlang, beraksi dengan penuh semangat kesukanan serta mengharumkan nama Negeri Perak di pentas kebangsaan.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh peserta atas semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Perak 2026.

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform memperkukuh ukhwah, memupuk budaya sukan dan memperkasakan gerakan koperasi di Malaysia.




๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—˜ ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—ก. ๐—ช๐—œ๐—ญ๐—” ๐—ฅ๐—ข๐—ญ๐—”๐—›๐—ฅ๐—œ๐—กSebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan, Tn. Hj...
27/07/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—˜ ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—ก. ๐—ช๐—œ๐—ญ๐—” ๐—ฅ๐—ข๐—ญ๐—”๐—›๐—ฅ๐—œ๐—ก

Sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan, Tn. Hj. Mohamed Shafie bin Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, telah mengetuai Lawatan Kasih ke kediaman Pn. Wiza Rozahrin binti Mohamed Radzi, Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak yang sedang diuji dengan masalah kesihatan akibat penyakit kanser.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pn. Fadzilah Arshad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, En. Sharul Baha bin Abd Rahman, Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, serta barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak yang hadir bagi menzahirkan sokongan, semangat dan keprihatinan kepada beliau serta keluarga.

Kehadiran rombongan telah disambut mesra oleh suami Pn. Wiza, En. Ismail, yang turut berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatan isteri beliau. Alhamdulillah, Pn. Wiza terus menunjukkan semangat yang tinggi dalam menjalani proses pemulihan.

Walaupun masih memerlukan masa dan rawatan susulan, beliau kekal tabah serta positif dalam menghadapi ujian yang sedang ditempuh.

Lawatan ini bukan sekadar tanda ziarah, malah merupakan lambang ukhuwah, kasih sayang dan solidariti warga ANGKASA Negeri Perak terhadap rakan seperjuangan yang sedang diuji.

Semoga kehadiran ini sedikit sebanyak dapat memberikan kekuatan dan semangat kepada Pn. Wiza serta seluruh ahli keluarganya.

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak turut merakamkan doa agar Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, kesabaran dan kesembuhan yang sempurna kepada Pn. Wiza.

Semoga segala urusan rawatan beliau dipermudahkan, diberikan kesihatan yang berpanjangan, serta diangkat segala kesakitan yang sedang ditanggung.

Marilah kita bersama-sama terus menitipkan doa buat Pn. Wiza Rozahrin binti Mohamed Radzi agar beliau dikurniakan kesembuhan sepenuhnya dan dapat kembali menjalankan tanggungjawab serta berbakti bersama keluarga besar ANGKASA Negeri Perak seperti sediakala.

โ€œ๐˜š๐˜ฆ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ถ๐˜ซ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜š๐˜ž๐˜› ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ. ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ข๐˜ด๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜—๐˜ฏ. ๐˜ž๐˜ช๐˜ป๐˜ข.โ€ ๐Ÿคฒ

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna buat beliau. Aamiin Ya Rabbal โ€™Alamin.

Address

No. 24A & 26A, Jalan Bestari B2, Medan Meru Bestari (Zon 5), Bandar Meru Raya
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:30
Tuesday 09:00 - 18:30
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 18:30
Friday 09:00 - 18:30

Telephone

+6055275589

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkasa Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkasa Negeri Perak:

Shortcuts

Share