Persekutuan Pengakap Perak

Persekutuan Pengakap Perak Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak

⚜️ Keputusan Temuduga Pengakap Raja Tahun 2026 ⚜️Tahniah kepada semua calon Temuduga Pengakap Raja Negeri Perak Tahun 20...
24/05/2026

⚜️ Keputusan Temuduga Pengakap Raja Tahun 2026 ⚜️

Tahniah kepada semua calon Temuduga Pengakap Raja Negeri Perak Tahun 2026 atas pencapaian yang amat membanggakan!

Kejayaan ini membuktikan semangat, disiplin dan komitmen yang tinggi dalam kalangan calon Pengakap Raja Negeri Perak. Semoga terus melakar kecemerlangan dan menjadi contoh kepada generasi pengakap akan datang.

“Sekali Pengakap, Selamanya Pengakap.”





⚜️ Mesyuarat Agung Tahunan Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Perak 2026 ⚜️Alhamdulillah, mesyuarat telah berlangsung de...
24/05/2026

⚜️ Mesyuarat Agung Tahunan Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Perak 2026 ⚜️

Alhamdulillah, mesyuarat telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh semangat, kerjasama dan komitmen demi memperkasakan Pengakap Kelana Negeri Perak.

Semoga segala perancangan dan keputusan yang dibincangkan dapat membawa manfaat serta memperkukuhkan lagi ukhuwah dalam kalangan ahli.

“Bersatu dalam kepimpinan, bergerak demi kecemerlangan.”

📍 SK Tasek, Ipoh
📅 23 Mei 2026
⏰ 9.00 pagi




⚜️ Temuduga Pengakap Raja Negeri Perak 2026 ⚜️Langkah kecil hari ini, kejayaan besar pada masa hadapan.Semoga berjaya ke...
24/05/2026

⚜️ Temuduga Pengakap Raja Negeri Perak 2026 ⚜️

Langkah kecil hari ini, kejayaan besar pada masa hadapan.
Semoga berjaya kepada semua calon!

📍 SK Tasek, Ipoh Perak
📅 23 Mei 2026 | ⏰ 8 pagi – 3





Jom sertai
16/05/2026

Jom sertai

“Guru Bitara, Nadi Negara”Terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencurahkan ilm...
16/05/2026

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu dengan penuh kasih sayang. Setiap pengorbanan, kesabaran dan usaha cikgu menjadi cahaya yang membentuk masa depan anak bangsa.

Jasa guru tidak mampu dibalas dengan kata-kata, namun sentiasa terpahat dalam hati. Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kekuatan untuk mendidik generasi yang cemerlang.
Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar pendidik.

Terima Kasih Cikgu

PERKHEMAHAN PENGENALAN PENGAKAP UDARA DAN KURSUS ASAS PEMIMPIN PENGAKAP UDARA NEGERI PERAK TAHUN 2026Tarikh : 12 - 14 JU...
14/05/2026

PERKHEMAHAN PENGENALAN PENGAKAP UDARA DAN KURSUS ASAS PEMIMPIN PENGAKAP UDARA NEGERI PERAK TAHUN 2026

Tarikh : 12 - 14 JUN 2026
Tempat : SK Rapat Jaya
Yuran : Peserta dan Pemimpin
RM 70.00 seorang (sajian, skaf, lencana, sijil dan pengurusan)

Sila booking tempat anda dengan klik link di bawah ini

https://forms.gle/SE6JNFw8ubgMFnZZA

12/05/2026

✨ SALAM PENGAKAP! ✨

Ayuh semua warga Pengakap, bekas pemimpin, pemegang Manikayu dan ahli-ahli Pengakap seluruh Negeri Perak, mari kita bersama-sama memeriahkan:

🏕️ PERHIMPUNAN GILWELL 100 TAHUN
📅 27 Jun 2026 (Sabtu)
📍 SSL Traders Hotel, Kamunting / Taiping, Perak
🕑 2.00 petang – 5.00 petang

Program istimewa sempena sambutan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak ini bakal menghimpunkan keluarga besar Pengakap dalam suasana penuh ukhuwah, penghargaan dan semangat kepengakapan. ⚜️

🎖️ Pelbagai pengisian menarik menanti anda:
✅ Majlis Pengalungan Manikayu
✅ Majlis Apresiasi
✅ Cenderamata & lencana kenangan
✅ Jamuan dan cabutan bertuah
✅ Serta banyak lagi!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah 100 Tahun Pengakap Perak!
Mari kita satukan semangat, persaudaraan dan kenangan di Perhimpunan Gilwell 2026. 💜⚜️





Kursus Safe From Harm Kebangsaan Zon Utara Anjuran Pengakap MalaysiaSeramai 11 orang dari Persekutuan Pengakap Negeri Pe...
11/05/2026

Kursus Safe From Harm Kebangsaan Zon Utara Anjuran Pengakap Malaysia

Seramai 11 orang dari Persekutuan Pengakap Negeri Perak telah berjaya menamatkan Kursus Selamat Dari Bahaya (Safe From Harm) Kebangsaan Zon Utara yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 Mei hingga 10 Mei 2026 di White Camp Resort, Pulau Pinang.

Kursus tersebut dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek keselamatan, pengurusan risiko serta tindakan kecemasan khususnya dalam pelaksaan aktiviti kepengakapan. Pelbagai pengisian berbentuk teori dan pratikal keselamatan bertujuan memantapkan tindakan peserta dalam mengendalikan situasi berisiko.

Keselamatan adalah keutamaan dalam setiap aktiviti kepengakapan. Setiap ahli perlu sentiasa peka, bertanggungjawab dan menjaga antara satu sama lain agar semua aktiviti berjalan dengan selamat, teratur dan menyeronokkan.

“Bersedia bukan sahaja untuk memimpin, tetapi juga untuk melindungi.”

Semoga semangat Safe From Harm terus menjadi amalan dalam setiap aktiviti kepengakapan.




10 Mei 2026 (Ahad) - Seramai 74 calon Anugerah Ketua Pengakap Negara (Rambu Pengakap Remaja) telah menghadiri Penilaian ...
10/05/2026

10 Mei 2026 (Ahad) - Seramai 74 calon Anugerah Ketua Pengakap Negara (Rambu Pengakap Remaja) telah menghadiri Penilaian Anugerah Ketua Pengakap Negara Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak di SK Tasek, Ipoh.

Turut dihadiri oleh Tn Hj Khairul bin Hj Abu Kassim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Penilaian Anugerah Ketua Pengakap Negara petang tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang telah menghadiri sesi penilaian dengan jayanya. PPM Negeri Perak juga merakam setinggi penghargaan kepada semua Penilai/ Penaraf yang terlibat bagi menjayakan Penilaian Anugerah Ketua Pengakap Negara hari ini.

Orienteering @ Pangkor Scout Challenge 2.0 melabuhkan tirai.
09/05/2026

Orienteering @ Pangkor Scout Challenge 2.0 melabuhkan tirai.

Watch, follow, and discover more trending content.

Address

WISMA PENGAKAP PERAK, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak, No 31 & 31A, Jalan Jelapang 6, Pusat Komersil Jelapang
Ipoh
30020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persekutuan Pengakap Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persekutuan Pengakap Perak:

Share