09/10/2024
Pada 8 Oktober 2024, sekitar jam 7 malam, saya bersama anggota Pertubuhan Proaktif Rakyat Parlimen Tambun telah melawat Cik Vaniswary di kediamannya di flat Tambun. Lawatan ini dilakukan setelah saya menerima maklumat daripada penduduk setempat berkenaan keadaan kesihatannya yang terkini.
Cik Vaniswary, kini berusia 23 tahun, telah mengalami demam tinggi ketika berumur 17 tahun. Semasa dirawat di hospital, keadaan beliau bertambah buruk sehingga koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama lima bulan. Walaupun beliau berjaya keluar daripada koma, malangnya, beliau kehilangan keupayaan untuk mendengar, bercakap, dan tangan kanannya juga tidak lagi berfungsi seperti biasa.
Setelah melihat sendiri keadaannya, saya berasa amat sedih memikirkan seorang remaja yang sebelum ini sedang berusaha mengejar impiannya selepas tamat pendidikan kini terpaksa berdepan dengan cabaran besar dalam kehidupannya. Difahamkan juga, beliau tidak dapat bekerja dan impiannya untuk berjaya terpaksa dilupakan akibat keadaan kesihatannya.
Saya telah menasihati keluarga beliau agar terus mendapatkan rawatan susulan di hospital dan berjanji akan berusaha untuk mendapatkan sokongan serta bantuan yang sewajarnya bagi memastikan beliau dan keluarganya tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran ini. Saya juga akan membawa kes ini perhatian pihak Jabatan Kebajikkan Masyarakat Daerah kinta bagi tindakan pantas .
Kalaimughilan Arjunan
Presiden
Pertubuhan Proaktif Rakyat Parlimen Tambun - Tambun Action Team- NGO