PEMBINA Ipoh

Directions Website

PEMBINA Ipoh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Ipoh

Kemerdekaan bukan sekadar tentang sebuah negara yang bebas daripada penjajahan. Setelah 69 tahun merdeka, persoalannya b...
31/08/2026

Kemerdekaan bukan sekadar tentang sebuah negara yang bebas daripada penjajahan. Setelah 69 tahun merdeka, persoalannya bukan lagi “bila kita merdeka?” tetapi “apa yang kita lakukan dengan kemerdekaan yang telah kita warisi?”

Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
Surah al-Ra‘d, 13:11

Mungkin kemerdekaan yang seterusnya bukan tentang membebaskan tanah air daripada penjajah, tetapi membebaskan cara fikir daripada kejahilan, sikap tak peduli dan pemikiran yang menghalang kita daripada menjadi umat yang lebih baik & mampu menjadi negara yang berdiri sendiri tanpa ditentukan oleh sesiapa.

🇲🇾 Merdeka Jiwa, Teguh Bangsa🔥

🇲🇾 TAHUKAH ANDA?Pada malam menjelang pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 30 Ogos 1957, suasana di Stadium Merde...
31/08/2026

🇲🇾 TAHUKAH ANDA?

Pada malam menjelang pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 30 Ogos 1957, suasana di Stadium Merdeka bukan hanya dipenuhi sorakan dan semangat kebangsaan.

Laungan azan turut berkumandang. 🕌

Azan tersebut dilaungkan oleh Allahyarham Ustaz Hassan bin Ahmad, seorang tokoh agama yang turut berada dalam majlis bersejarah itu.

Di saat sebuah negara sedang menyambut kebebasan, suara “Allahu Akbar” bergema mengingatkan bahawa kemerdekaan bukan hanya tentang bebas daripada penjajahan, tetapi juga tentang mengenang Allah sebagai Tuhan yang Maha Besar.

🇲🇾 Merdeka dengan syukur. Merdeka dengan amanah.

🇲🇾 Merdeka bukan sekadar tentang sebuah negara yang bebas daripada penjajahan, tetapi tentang amanah untuk menjaga tanah...
31/08/2026

🇲🇾 Merdeka bukan sekadar tentang sebuah negara yang bebas daripada penjajahan, tetapi tentang amanah untuk menjaga tanah air yang diwariskan kepada kita.

Allah mengingatkan tentang mereka yang mempertahankan negeri dan orang-orang yang dizalimi:

“Dan mengapa kamu tidak berperang pada jalan Allah dan membela orang-orang yang lemah… yang semuanya berdoa: ‘Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang penduduknya zalim…’”
Surah al-Nisa’: 75

Maka mencintai tanah air bukan sekadar pada kibaran bendera, tetapi pada kesanggupan menjaga keamanan, mempertahankan kebenaran dan berbuat baik kepada masyarakat.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69. 🇲🇾

Marilah kita buktikan kecintaan kepada Baginda dengan meneruskan sunnah perjuangan dalam memartabatkan syiar Islam, wala...
25/08/2026

Marilah kita buktikan kecintaan kepada Baginda dengan meneruskan sunnah perjuangan dalam memartabatkan syiar Islam, walau berbeza zaman dan cabaran.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” -Surah Al-Ahzab: 21-

Hargai perjuangan dan pengorbanan Baginda dengan meletakkan maruah Islam di tempat yang tertinggi. Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW melahirkan generasi yang menjadikan Baginda sebagai Qudwah Hasanah sepanjang zaman. 🤍

Mahasiswa atau pemuda yang terbaik adalah pemuda yang menjadikan Rasulullah ﷺ sebagai idolanya dan ikon dalam hidupnya.R...
15/08/2026

Mahasiswa atau pemuda yang terbaik adalah pemuda yang menjadikan Rasulullah ﷺ sebagai idolanya dan ikon dalam hidupnya.

Rasulullah ﷺ adalah insan yang cemerlang & melengkapkan hidup baginda dalam setiap aspek termasuk aspek keilmuan, jasmani & rohani.

Tidak lengkapkan seseorang individu itu jika mengabaikan salah satu darinya kerana setiap daripada aspek itu adalah bukti kita sebagai hamba Allah menghargai setiap nikmat yang dikurnia.

الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah.”
— HR Muslim

Campus-2-Community 2.0Kali ini, kita membawa semangat berhijrah bersama hidup yang lebih bererti demi berbakti kepada go...
05/08/2026

Campus-2-Community 2.0

Kali ini, kita membawa semangat berhijrah bersama hidup yang lebih bererti demi berbakti kepada golongan yang lebih memerlukan.

Di bulan kemerdekaan ini🇲🇾. Semangat cintakan negara yang lahirnya daripada pejuang-pejuang terdahulu harus disemat dan sepatutnya kita menyambung generasi pejuang, dalam mengekalkan kemerdekaan tanah air ini.

Menyantuni komuniti orang asli di Kg Batu 14, Tapah. Sedikit sebanyak mengajar erti betapa pentingnya kita yang mampu untuk berkongsi dari sudut harta, tenaga mahupun ilmu. Supaya tiada siapa yang tertinggal dalam mentaati perintah Allah ﷻ

Hampir semua golongan, kanak-kanak, dewasa turut menyertai walaupun hanya beberapa jam kami bersama.

Ceramah tentang kesihatan disampaikan oleh wakil I-Medik Perak, Dr. Ayu.

Manakala, sesi memanah dikongsikan oleh Ust Aiman dan beberapa aktiviti kanak-kanak dijayakan oleh mahasiswa sekitar Ipoh.

Moga dengan ini dapat meringankan beban mereka, juga mengingatkan kita sebagai mahasiswa untuk terus berjuang demi agama, bangsa & negara.

*_Campus 2 Community 2.0_*Sebuah misi sukarelawan ke Kg. Orang Asli, Tapah yang membawa semangat berhijrah, berbakti dan...
27/07/2026

*_Campus 2 Community 2.0_*
Sebuah misi sukarelawan ke Kg. Orang Asli, Tapah yang membawa semangat berhijrah, berbakti dan bererti dengan melakukan beberapa aktiviti bersama penduduk di sana.

*20 Orang Terawal Sahaja*❗️
Mahasiswa & Mahasiswi Muslim sekitar Ipoh
10 Lelaki & 10 perempuan

🍽️ Sarapan & makan tengah hari disediakan
🚌 Pengangkutan disediakan
🎁 Cenderahati khas & E-Sijil

Daftar Sekarang : https://forms.gle/8RSKgcfgXEvH6mKg9

Untuk lebih lanjut : 01158878220 (Sis Aufa)

Jangan pernah berhenti berusaha.Kerana usaha tak pernah mengkhianati hasil. Tahniah atas kejayaan yang diperolehi. ✨“Dan...
18/07/2026

Jangan pernah berhenti berusaha.
Kerana usaha tak pernah mengkhianati hasil.
Tahniah atas kejayaan yang diperolehi. ✨

“Dan bahawa sesungguhnya manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.”
(Surah An-Najm: 39)

Mungkin lambat, mungkin penat, tapi setiap langkah kecil itu tetap membawa kita ke depan.
Teruskan melangkah, walau perlahan kerana usaha hari ini adalah kejayaan esok.
Kejayaan hari ini adalah dari usaha yang berterusan. ✨

Riadah Mingguan IkhwahRiadah bukan sekadar sihat atau hobi untuk mengisi masa lapang semata-mata. Riadah ini adalah medi...
05/07/2026

Riadah Mingguan Ikhwah

Riadah bukan sekadar sihat atau hobi untuk mengisi masa lapang semata-mata. Riadah ini adalah medium untuk bertemu, merapatkan hubungan serta mengingatkan kembali hakikat dan tujuan sebenar hidup di atas muka bumi ini iaitu mengejar reda Allah.

Terutama di mahasiswa kini yang berhadapan dengan era hiburan, hobi dan sukan tidak mengutamakan dan tertumpu kepada tujuan sebenar hidup, hanya sekadar sihat & mengisi masa lapang.

Daripada Thawban RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa lain akan mengerumuni kamu sebagaimana orang-orang yang makan mengerumuni hidangan mereka.”

Lalu seseorang bertanya, “Adakah kerana bilangan kami sedikit pada hari itu?”

Baginda menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih di lautan. Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu al-wahn.”

Lalu seseorang bertanya, “Apakah al-wahn itu wahai Rasulullah?”

Baginda bersabda, “Cinta kepada dunia dan takut akan mati.”
(HR Abu Dawud)

17/06/2026

Jaulah Dakwah Ikhwah

Tiada yang lebih berharga dalam sebuah persahabatan melainkan berukhuwwah.

Syurga yang diimpikan memerlukan pengorbanan. Dan pengorbanan itu akan lebih manis jika bersama sahabat yang berjuang.

Semoga Jaulah Dakwah ini diberkati dan menjadi suatu amalan yang diterima Allah. Moga Allah satukan hati-hari ini atas jalanNya

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEMBINA Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share