Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak Darul Ridzuan

Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak Darul Ridzuan Pertubuhan ini merupakan pertubuhan NGO (non-goverment organisation). Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak Darul Ridzuan telah ditubuhkan pada tahun 1988.

Kebanyakkan yg menyertai adalah secara sukarela dan berminat untuk mempelajari asas lakonan pentas. Pertubuhan ini telah di asaskan oleh Allahyarham Zaharuddin bin Mohd Rafei atau lebih dikenali dgn nama ONIE MORAZA sempena " Manifestasi Bangsawan " yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Pada tahun 1988 Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah mendapat tempat ketiga dengan memp

ersembahkan teater bangsawan berjodol " Senja Merah Di Belukar Sambang " . Pada tahun 1989, Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah mendapat tempat kedua dengan membawa teater bangsawan berjodol " Bunga Saktimuna ". Pada tahun 1990, Manifestasi Bangsawan yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah mendapat kategori persembahan terbaik dengan membawa jodol " Gugurnya Melati Pujaan Tumasik ". Lain-lain karya yang telah dipentaskan antaranya Tanah Abang, Inflakasta, Imbas, Dabus, Wan Cik Gondah dan banyak lagi. Memandangkan persembahan bangsawan agak kurang mendapat galakan daripada pihak tertentu, Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak masih terus aktif dengan pementasan teater moden. Kini Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah diterajui oleh Rosenah Shamsulaman setelah Onie Moraza telah selamat kembali ke rahmatullah.

Address

Ipoh
31400

Telephone

+60174677827

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak Darul Ridzuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share