Ipoh Rioters

Directions

Ipoh Rioters Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ipoh Rioters, Community Organization, Ipoh.

NARATIF "PERADABAN GUGUSAN KEPULAUAN" MELAYUNota:Pandangan ringkas ini ditulis dalam rangka kerja Lembaga Peradaban Mela...
18/09/2026

NARATIF "PERADABAN GUGUSAN KEPULAUAN" MELAYU
Nota:
Pandangan ringkas ini ditulis dalam rangka kerja Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) untuk mengenal semula Peradaban Gugusan Kep**auan (Archipelagic Civilization) Melayu di Tenggara Asia.

Tujuan:
Tulisan ini bertujuan mengghairahkan semangat dan kesetiaan Rumpun Bangsa Melayu kepada keunggulan peradabannya sebagai tonggak dan pedoman pandangan hidup (worldview) bagi menghadapi cabaran serta gejala globalisasi dalam Alaf ke-21 ini.

Pendekatan:
Tulisan ini mencerita, secara ringkas, umbaian Peradaban Gugusan Kep**auan dari sudut pandangan berikut:
a. Gugusan Kep**auan Melayu - (Malay Archipelago)
b. Penduduk asal di Kep**auan ini
c. Sosio-budaya penduduk asal
d. Bahasa penduduk asal
e. Pandangan hidup (worldview) penduduk asal
Pendekatan ini melihat Peradaban Kep**auan Melayu sebagai suatu umbaian unsur-unsur yang melahirkan persamaan nilai dan pedoman hidup (worldview), yang sangkut-berpaut antara satu dengan yang lain, yang telah melahirkan suatu Peradaban Gugusan Kep**auan Melayu (Malayan Archipelagic Civilization) yang unggul serta sesuai dengan keperluan.

a. Gugusan Kep**auan Melayu

Gugusan Kep**auan di Tenggara Asia ini terbentuk semenjak keruntuhan pelantar bumi Lapisan Sunda di sebelah timur, lebih daripada 1.7 juta tahun dahulu. Keruntuhan itu telah memisahkan Lautan Teduh dengan gugusan kep**auan, termasuk Semenanjung Tanah Melayu yang menjadi hulu kepada gugusan kep**auan tersebut. Semenjak penduduk asal dari Semenanjung Tanah Melayu dan kep**auan ini berhubung dengan bangsa-bangsa asing, kep**auan ini dipanggil oleh mereka dengan gelaran Gugusan Kep**auan Melayu (Malayan Archipelago – gugusan kep**auan yang diduduki oleh orang berketurunan Melayu) terutama setelah terbentuknya Kerajaan Srivijaya pada awal kurun ke-6 Masehi.

Gugusan Kep**auan Melayu mengandungi lebih daripada 40,000 p**au - kecil dan besar, berselerak dalam negara morden Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei, dan Singapura. Yang terbesar antaranya adalah Borneo, dan yang terkecil terdapat di perairan Halmahera dan Natuna. Lebeh daripada 14,000 p**au didiami oleh manusia asal dari zaman kuno hingga sekarang. Yang memisahkan, serta yang juga menghubungkan mereka , adalah selat yang dalam dan sempit antara p**au-p**au. Tetapi dengan Benua Asia, mereka terpisah oleh Selat Melaka dan lautan di Selatan negeri China. Inilah jalur selat/lautan yang menghubungkan penduduk asal di kep**auan dengan penduduk di China, Jepun, dan Korea di sebelah Timur; dan dengan Hindia, Arab, Parsi, Afrika, dan Erupah di sebelah Barat.

Gugusan Kep**auan Melayu terletak di-kangkang khatulistiwa dengan hawa panas dan lembab sepanjang tahun. Yang demikian, tanahnya amat subur dengan pelbagai tumbuhan dan haiwan ( flora dan fauna ).Tambahan p**a dengan kerak bumi yang kaya dengan berbagai logam, seperti emas, perak, timah dan dan batu-batan berharga, maka penduduk asalnya dari awal lagi telah berjaya mendirikan Tamadun dan Peradaban Kep**auan yang kental dan sohor, mendahului tamadun muara dan pendalaman benua di lain pelusuk dunia.

b. Penduduk asal di Kep**auan ini

Banyak teori telah di kemukakan berkenaan dengan asal usul penduduk di Gugusan Kep**auan Melayu. Semuanya bermula dengan kajian perpindahan manusia dari benua Afrika mengikut pertalian DNA atau baka manusia di zaman ini. Malangnya tiada bukti yang
boleh diangkat sebagai sahih tentang kebenaran teori demikian. Bagaimana pun daripada sumber arkeologi, sejarah, budaya dan Bahasa, serta kajian DNA yang dibuat oleh sarjana tempatan dan antarabangsa, maka boleh diambil kesimp**an bahawa penduduk asal di Gugusan Kep**auan Melayu sudah ada hampir 100 ribu tahun dahulu dengan penemuan rangka manusia di tanah Jawa, di Semenanjung, Borneo, Sumatera, Filipina dan lain-lain, sebagai bukti bahawa manusia purba telah menduduki Kep**auan ini dengan sifat-sifat tersendiri dan tidak berkaitan dengan manusia dalam tamadun dan peradaban lain. Malah ada tanda-tanda yang menunjukkan manusia di Benua Asia yang berdekatan, serta yang berada di Lautan Teduh, jika di lihat daripada data-data yang digunakan dalam kajian kepada orang-orang di Kep**auan ini, mereka adalah keturunan daripada penduduk asal di Gugusan Kep**auan Melayu. Mereka adalah manusia serumpun dengan penduduk asal di Kep**auan ini.

c. Sosio-budaya penduduk asal

Berikutan daripada kehadiran manusia di Kep**auan ini, terdapat p**a kesan yang mereka telah membentuk masyarakat, dan kemudiannya bernegeri, mulai belasan ribu tahun sebelum Masehi. Mereka menyesuaikan diri, serta membina masyarakat dengan gaya dan cara hidup yang disesuaikan dengan keadaan alam-sekitar gugusan kep**auan. Mereka berjelajah antara p**au, mendirikan kampong air di muara-muara sungai, dan di lereng-lereng bukit, yang didapati sesuai dengan keadaan kep**auan yang terlindung ,serta perairan yang kaya , dan alam bermusim. Mereka membentuk kerajaan-kerajaan kep**auan dari zaman kuno dan memberi nama kepada tempat jajahan mereka sebagai Tanah-Air – iaitu pendudukan yang terdiri daripada p**au dan lautan. Bagi mereka perpindahan antara p**au dalam gugusan kep**auan ini adalah kebiasaan yang dianggap sebagai pindah-randah (iaitu system “transmigrasi” antara p**au dalam jajahan Belanda) dan tidak dianggap sebagai “ pendatang “ dari luar Kep**auan. Mereka menerima dan diterima sebagai rakyat Kerajaan tempatan yang tidak dipertikai.

Bagi tujuan kelestarian masyarakat p**a, mereka mengadakan peraturan dan adat-lembaga untuk kedamaian dan kemakmuran bersama. Mereka mengadakan hubungan kerabat, budaya, serta nilai dan pedoman hidup dari zaman kuno kepada zaman pengaruh Hindu, Buddha dan Islam. Meraka juga berkongsian ilmu perairan dan pelayaran antara p**au dan dengan lautan lepas yang bergelora dan bermusim; yang mereka sahaja yang boleh menungkahnya dengan perahu, kapal , serta sauh dan layar yang dibina sendiri. Maka timbul ikatan kerabat antara penduduk dalam negeri-negeri kep**auan sebagai satu rumpun manusia dengan satu ragam budaya, satu rumpun Bahasa.

Mereka berkongsi Ilmu perairan dan pelayaran daripada pengalaman hidup dalam sebuah gugusan kep**auan yang unik sifat dan kelazimannya dan tiada lain sepertinya. Dengan kekayaan sumber alam, budaya, bahasa, serta ilmu pelayaran hampir 4 ribu tahun sebelum Masehi, pelaut dari Kep**auan ini merantau ke timur dan barat Benua Asia. Mereka gunakan kekayaan hasil bumi seperti emas, perak, timah, serta hasil lautan seperti mutiara kunyit, dan herba untuk keperluan hidup. Dengan hasil-hasil ekzotik demikian, mereka mula belayar dan berniaga ke negeri India dan ke negeri Arab, Madagascar, dan Somalia di Afrika. Dalam waktu berikutnya, pada musim angin barat-daya p**a, pelaut dari Kep**auan berniaga ke Jepun dan Korea. Dalam “zaman pertengahan” di Erupah , rempah-ratus yang berasal dari Gugusan Kep**auan Melayu telah menjadi barangan yang paling berharga yang diperlukan oleh peradaban Erupah.

Kerananya, pedagang Hindia telah mengawal monopoli dagangan rempah-ratus dengan cara tekanan budaya keatas kerajaan-kerajaan di Kep**auan Melayu. Hingga 500 tahun sebelum Masehi orang India, baik yang berugama Hindu mahu pun yang berugama Buddha, menguasai perdagangan orang asal di Gugusan Kep**auan Melayu. Dalam tempuh itu Bahasa dan Budaya di kep**auan telah dipengaruh oleh unsur-unsur Hindu-Buddha and bahasa Sanskrit. Hinggakan Kep**auan ini dikenal umum dengan gelaran Kep**auan Hindia Timur hingga ke zaman kebangkitan Kerajaan Kedah, dan kemudian Kerajaan Srivijaya. Kemuncak
daripada kebangkitan ini berakhir dengan kejatuhan Kesultanan Melaka. Amat ketara bahawa dalam zaman itu, pengaruh peradaban China di Kep**auan ini hampir tidak ada, melainkan tersekat di kawasan Indochina, yang hingga sekarang menjadi batasan antara pengaruh peradaban India dan peradaban China – iaitu di wilayah Indo-China.

e. Pandangan hidup (worldview) penduduk asal

Setelah terbentuknya Kerajaan Melayu Srivijaya pada awal abad ke-6 Ms, timbul pengenalan peradaban kep**auan di Tenggara Asia ini sebagai Peradaban Gugusan Kep**auan Melayu dengan sifat-sifat teras seperti: penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, seni-budaya yang serupa, budaya perdagangan bersama, satu Rumpun Bangsa Melayu yang terdiri daripada semua suku-bangsa didalamnya, penguasaan ilmu perairan dan pelayaran bersama, dan persamaan nilai dan pedoman hidup (worldview). Dalam zaman ini juga Bangsa Melayu bukan saja berkemkbang di Kep**auan, tetapi juga melata ke daerah pesisiran Benua Asia dan Lautan Teduh dan Hindia.

Bermula daripada zaman kuno kepada zaman pertengahan, pengaruh Hindu dan Buddha telah mewarnai budaya dan pandangan hidup Bangsa Rumpun Melayu. Dalam tempoh itu tidak ada gejala paksaan yang digunakan pihak pendatang. Kerajaan di Kep**auan sedia menerima apa saja yang sesuai dengan minda dan peradaban kep**auan, tetapi menolak (jarang sekali dengan kekerasan- kecuali di Lembah Bujang) apa saja yang tidak sesuai dengan cara hidup serta nilai mereka.

Begitu juga dengan kedatangan orang Arab di Kep**auan ini. Mereka diterima baik untuk berniaga setelah monopoli Hindia dipecahkan oleh peradaban Islam di India dan di Kep**auan Melayu. Orang asal di Kep**auan menerima peradaban Islam pada awal zaman Kerajaan Srivijaya apabila agama itu tidak dipaksa dan setelah ia dinilai sesuaikan dengan Peradaban Kep**auan Melayu yang sedia ada. Demikianlah sifat Peradaban Kep**auan Melayu , “ berlembut di hati, berpanjang pandangan “.

Berlainan halnya dengan pencerobohan negara Barat dengan kedatangan Armada Portuguese di Oman, Goa, dan Melaka. Mereka datang untuk berperang bagi mendapatkan rempah-ratus dan kekayaan di Kep**auan Melayu, kononnya dengan cara “perdagangan
bebas” buatan mereka sendiri. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dengan menukar minda dan pedoman hidup penduduk asal dengan kepercayaan agama Katolik yang telah dipesongkan oleh peradaban Rom di Constantinople. Pendeknya mereka datang ke Gugusan Kep**auan Melayu bukan semata untuk berdagang, melainkan untuk menjajah dan berkuasa supaya mereka boleh berdagang dengan bebas !

Kesimp**an

1. Bahawa Gugusan Kep**auan di Tenggara Asia ini telah didiami oleh manusia hampir 100 ribu tahun sebelum Masehi. Mereka adalah penduduk asal di Kep**auan ini.

2. Penduduk asal menyesuaikan diri dengan alam-sekitar, dan mula membina tamadun dan peradaban sendiri hampir 30 ribu tahun dahulu seperti yang terbukti dalam penemuan arkeologi di Lembah Lenggung, Mulu, dan lain-lain tempat di Gugusan Kep**auan ini; biarpun sorotan penyelidik Barat hanya menunjukkan peradaban Funan, Pagan, Nam Viet, Champa, dan Srivijaya sahaja yang terdapat di Tenggara Asia dalam zaman 3,000 tahun sebelum Ms hingga 1,000 tahun selepas Ms ; sedangkan peradaban Lembah Indus, Chola, Palava disebut di India; dan Han, Nancha, Khitan serta Jepun di sebut di Asia Timur dalam tempuh yang sama. Kita boleh mencurigai kena apa Tamadun Kep**auan Melayu yang unik ini tidak diberi perhatian oleh para ilmuan.

3. Penduduk asal di sini telah mendirikan masyarakat, dan Kerajaan-Kerajaan negeri, yang disesuaikan dengan keunikan alam persekitaran Gugusan Kep**auan yang terdedah kepada badai topan dan lautan bermusim, serta hawa khatulistiwa, yang amat berbeza daripada alam sekitar di Kep**auan Aegean di Lautan Tengah. Di Gugusan Kep**auan Melayu peradaban tidak pernah di kuasai oleh Kuasa Daratan seperti halnya dengan peradaaban Yunani. Maka itu, Peradaban Kep**auan Melayu tidak diterima sebagai sebuah peradaban kep**auan oleh Barat kerana tidak bersifat sebuah peradaban Thalassocracy. Dan lagi, ilmuan Orientalis tidak berniat untuk menegakkan Peradaban Kep**auan Melayu sebagai peradaban kep**auan kerana usaha demikian akan bertentangan dengan kepentingan penjajahan Barat di Tenggara Asia.

Peradaban Kep**auan Melayu adalah perkara penting yang harus dikaji oleh ilmuan Melayu Nusantara supaya Tamadun dan Peradaban Gugusan Kep**auan Melayu / Nusantara dapat diperkenal dengan jelas dan saksama.

4. Pencerahan demikian, termasuklah perkara nilai dan pandangan hidup yang ada pada penduduk asal dalam membangunkan peradaban kep**auan. Persamaan progeny, dan bahasa induk, ilmu perairan serta perkapalan telah membawa kepada zaman perdagangan rempah-ratus yang tersohor kepada Peradaban Kep**auan Melayu - serta menjadi sumbangan mereka kepada zaman pelayaran di Barat ( Age of Discovery ), yang p**a membawa kepada pencerobohan serta penjajahan di Gugusan Kep**auan Melayu.

Satu daripada beberapa peninggalan Peradaban Kep**auan Melayu yang masih ada, dan yang harus dipertahankan, adalah ribuan Kampung Air yang berselerak di Kep**auan ini. Kedudukan khazanah peradaban ini harus dipelihara dan dipertahankan sebagai pengenalan kepada Peradaban Kep**auan Melayu dan tumpuan perdagangan pelancungan bagi Komuniti ASEAN.

5. d. Hingga ke hari ini, Bahasa Melayu masih menjadi bahasa ibunda di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Begitu juga dengan halnya di beberapa daerah di Lautan Teduh, Lautan Hindi dan Benua Asia. Beberapa universiti di dunia telah mula mengadakan pengajian budaya dan Bahasa Melayu. Malangnya semenjak Merdeka tidak ada usaha bersungguh oleh Kerajaan Malaysia untuk mendirikan Pusat Bahasa dan Pengajian Melayu di luar negeri

Sudah tiba masanya Malaysia mengadakan Pusat Bahasa atau Pengajian Melayu di negara-negara tertentu sebagai pusat pengenalan akan Peradaban Melayu – tidak hanya mengharapkan negara luar berbuat demikian.

Dan lagi, Bahasa Melayu hendaklah dijadikan sebagai bahasa resmi dalam ASEAN, dan diangkat semula sebagai bahasa perdagangan dalam Komuniti yang sedang dibangun sekarang.

17/09/2026

Ayuh luangkan 30 minit ulangkaji semula secara ringkas Sejarah ketamadunan Melayu, mengenal Jati Diri kita sebagai pewaris Tamadun yg sangat hebat ini suatu masa dulu.

Video berdasarkan catatan sejarah bertulis, bukan hanya dari manuskrip² Melayu tetapi juga rekod-rekod dari istana Dinasti China dan India, juga penulisan sarjana² Arab serta Parsi.

Kedudukan Nusantara dalam laluan perdagangan utama yang menghubungkan Timur dan Barat menyebabkan berabad lamanya Tamadun ini sentiasa berhubung dgn bangsa² dan tamadun² yg lain menjadikannya pusat perdagangan terpenting serta pusat pertembungan ilmu dan budaya.
Pernah digelar Semenanjung Emas oleh sarjana² Yunani dan Mesir Purba kerana kekayaan hasil bumi, kepelbagaian flora dan fauna (25% dr keseluruhan hidupan bumi/pelbagai rempah ratus adalah tumbuhan asal tanah ini), juga kepakaran masyarakat tempatan (Kemahiran pembinaan Kapal dan navigasi lautan, pengetahuan herba tumbuhan, kepandaian dlm menjinakkan Gajah) menjadikan pelabuhan² disekitar Nusantara persinggahan wajib perdagang dan penuntut Ilmu.
Dikatakan bahawa Tamadun Melayu lebih Tua dari Tamadun Yunani (Greek) & Rom. Kemuncak kekuasaan Empayar Srivijaya menjadikannya sebagai Kuasa Maritim terkuat didunia, manakala Kota Melaka adalah yang kota pelabuhan terkaya didunia pada zamannya.

07/09/2026
07/07/2026

Tribute to Trouble Makers -Al Kisah Bebudak Jalanan Ipoh Rioters 30th Anniversary. Hyping So What's!!! Gigs on 8.8 at Malacca City.

*MENGENANG TRAGEDI 13 MEI 1969*( Tauhid Sebagai Pasak: Memaknai Tragedi dan Maruah Bangsa)​Sejarah perjuangan Nasionalis...
13/05/2026

*MENGENANG TRAGEDI 13 MEI 1969*
( Tauhid Sebagai Pasak: Memaknai Tragedi dan Maruah Bangsa)

​Sejarah perjuangan Nasionalisme di Tanah Melayu tidak boleh dipisahkan daripada kalimah Lailahaillallah(لاَ إِلَهَ إِلَّاالله).
Inilah roh yang menggerakkan bangsa.
Tragedi 13 Mei 1969 bukan sekadar pertembungan etnik, tetapi adalah isyarat jelas tentang ancaman terhadap sebuah tamadun yang meletakkan Ketauhidan kepada Allah SWT sebagai neraca tertinggi.

​1. *Ketauhidan: Benteng Melawan Ideologi Batil*

​Punca utama tragedi ini adalah pertembungan antara kebenaran (Islam/Tauhid) dengan fahaman-fahaman ciptaan manusia yang bersifat destruktif:

​Liberalisme & Sekularisme:
Cuba memisahkan urusan bernegara daripada bimbingan wahyu, sekali gus menggugat status Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

​Komunisme:
Sebuah fahaman ateis yang secara terang-terangan memusuhi Tuhan dan cuba meruntuhkan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam.
Bagi orang Melayu, membiarkan fahaman ini bermaharajalela adalah satu pengkhianatan kepada amanah Allah SWT.

​2. *Demokrasi Berparlimen vs Kedaulatan Watani*

​Apabila sistem Demokrasi Berparlimen digunakan untuk menghalalkan penghinaan terhadap agama dan mencabar hak peribumi, sistem itu dilihat hilang keberkatannya. Maruah bangsa Melayu diperkotak-katikkan kerana demokrasi barat sering kali gagal menghargai Kontrak Sosial yang berpaksikan sejarah Islam di Tanah Melayu. Kehancuran yang berlaku apabila sistem buatan manusia tidak lagi mampu membendung fitnah dan adu domba ideologi asing.

​3. *Sifat Kemelayuan: Kemanusiaan yang Berpaksi Wahyu*

​Dalam kamus hidup kami, sifat kemelayuan itu adalah cerminan akhlak Islam. Walaupun Para pejuang nasionalis bangkit dengan tegas, mereka tidak hilang pedoman kemanusiaan:
​Keberanian kerana Allah: Berani kerana benar, takut kerana salah.
Perjuangan 13 Mei adalah untuk mempertahankan kedaulatan agar syiar Islam tidak padam di bumi ini.

​Ihsan dan Adab: Sebagaimana wanita yang memeluk erat anaknya dalam poster ini, perjuangan ini bertujuan melindungi masa depan ummah. Kami diajar untuk tidak zalim, namun kami dilarang untuk membiarkan agama dan maruah dipijak.

​4. *Kesimp**an: Kembali Kepada Akar*

​Tragedi 13 Mei 1969 adalah pengajaran bahawa keamanan sejati hanya akan dicapai apabila hak bangsa yang memegang amanah Tauhid dihormati sepenuhnya. Nasionalisme Melayu adalah nasionalisme yang bertuhan.
​"Tanah ini bukan sekadar bumi untuk dipijak, tetapi amanah Allah untuk dijaga. Selagi Tauhid menjadi tunjang, selagi itulah maruah bangsa akan dipertahankan dengan titisan darah, namun tetap berlapikkan keadilan dan kemanusiaan yang diredhai-Nya."

​Naratif ini menegaskan bahawa perjuangan bangsa Melayu adalah sebuah kitaran yang bermula dan berakhir dengan pengabdian kepada Allah SWT, menjadikan tragedi masa lalu sebagai panduan untuk tidak lagi membiarkan ideologi asing merosakkan akidah dan kedaulatan watan.

TAKBIR 💪🏻💪💪🏿 (الله أكبر)

Ribuan tahun evolusi yang membentuk budaya dan identiti Melayu ini. Kemuncaknya pada zaman Kesultanan Melayu apabila aga...
17/04/2026

Ribuan tahun evolusi yang membentuk budaya dan identiti Melayu ini. Kemuncaknya pada zaman Kesultanan Melayu apabila agama Islam melengkapkan keseluruhan kehidupan peradaban. Budaya tamadun Melayu telah mendahului beberapa tamadun lain. Ini dibuktikan dengan sistem undang-undang spt Hukum Kanun Melaka. (Kemajuan budaya kebanyakan diukur dgn sistem perundangan bertulis.) Identiti Melayu p**a tak dapat dinafikan keberadaannya kerana Bahasa Melayu tersebar keseluruh pelusuk Asia Tenggara malah dunia sbg Bahasa Perantaraan dan Bahasa Perdagangan pada kurun ke 14-15...

Orang Asli & Melayu,
Siapa Sebenarnya Tuan Tanah Ini?...............………………………

Bayangkan Tanah Melayu…
sebelum wujudnya bandar, sebelum wujudnya sultan.

Siapa yang mula-mula jejak kaki di sini?

Jawapannya mungkin tak selesa untuk didengar.

Puluhan ribu tahun dahulu, sebelum munculnya identiti “Melayu”…
tanah ini sudah dihuni.

Golongan yang hari ini kita kenal sebagai Orang Asli, nenek moyang kepada kump**an Negrito, Senoi dan Melayu Asli sudah hidup, berburu, dan bertahan di bumi ini sejak zaman prasejarah.

Mereka bukan datang.
Mereka memang sudah ada.

Kemudian, ribuan tahun selepas itu… datang satu gelombang baru manusia.

Dari arah utara, melalui migrasi besar Austronesia, kelompok ini membawa bahasa, teknologi, dan cara hidup baru.

Dari sinilah benih kepada apa yang kita kenal sebagai “Melayu” mula berkembang.

Namun Melayu bukan muncul dalam satu malam.

Identiti itu dibentuk perlahan-lahan melalui percampuran, perdagangan, dan kuasa politik.

Kemuncaknya dapat dilihat dalam Kesultanan Melayu Melaka, di mana bahasa dan budaya Melayu menjadi dominan di rantau ini.

Jadi siapa “penduduk asal”?

Kalau ikut masa, Orang Asli lebih awal.

Kalau ikut pengaruh, Melayu lebih dominan.

Dan di sinilah ramai tersilap faham.

Sejarah bukan pertandingan siapa lebih “asli”.

Ia adalah kisah pertemuan manusia.

Melayu dan Orang Asli bukan dua dunia yang terpisah.

Mereka berinteraksi, berkahwin, dan membentuk landskap manusia yang kita lihat hari ini.

Jadi mungkin soalan sebenar bukan:

“Siapa lebih dulu?”

Tetapi…
Kenapa kita masih mahu membahagikan sejarah kepada ‘kita’ dan ‘mereka’?

Kerana hakikatnya,
Tanah Melayu ini dibina oleh lebih daripada satu gelombang manusia.

⁉️ Soalan untuk anda:

Kalau “asal” diukur dari siapa datang dulu , siapa sebenarnya lebih berhak?

👉 Ikuti pengembaraan Malay Discovery dalam artikel seterusnya… kita bongkar lagi sejarah yang ramai tak berani sentuh!

Rujukan:

Peter Bellwood – First Islanders
Nik Hassan Shuhaimi – arkeologi Malaysia
Kajian genetik pop**asi Asia Tenggara
Andaya & Andaya – A History of Malaysia

29/03/2026

Kita kehilangan Jati Diri akibat tipu daya, kerakusan penjajah...

29/03/2026

Buku teks sejarah kita disekolah² menceritakan bahawa Melayu berperang dengan senjata² primitif seperti Lembing, Tombak, Pedang, Keris, manakala pertahanan Kota Melaka hanya tembok kayu dan pancang kayu di pantai... Betapa tulisan penjajah menjadi normalisasi dalam sistem pendidikan kita...

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ipoh Rioters posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share