Geng Tolong Orang GTO

Geng Tolong Orang GTO Geng Tolong Orang adalah sebuah group merakyatkan kebajikan dengan Keimanan dan Persaudaraan.

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Zahida Zamre, Harun Saad
03/06/2026

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Zahida Zamre, Harun Saad

Pada 21/5/2026 kami pihak GTO Perak telah menghantar stock katil terakhir ke teluk intan.Sekarang kita  memerlukan seger...
02/06/2026

Pada 21/5/2026 kami pihak GTO Perak telah menghantar stock katil terakhir ke teluk intan.

Sekarang kita memerlukan segera 3 katil baru & wheelchair untuk kegunaan pesakit.

Mohon para menyumbang seikhlas hati untuk tuntutan yang mendesak ini

TOLONG SHARE!!! Urgent Perlukan Katil Segera
TOLONG SHARE!!! Urgent Perlukan Katil Segera
TOLONG SHARE!!! Urgent Perlukan Katil Segera

Mohon sesiapa warga Ipoh khasnya dan seluruh warga Malaysia sesiapa yang ada menyimpan katil pesakit yang telah digunakan setelah kini kembali sihat atau katil yang digunakan oleh ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Katil yang anda simpan itu boleh anda jadikan sedekah jariyyah atau anda boleh menjualnya dengan harga yang berpatutan. Ramai mereka yang memerlukan katil ini sekarang.

Sesiapa yang mahu menyumbangkan wang ringgit untuk membeli katil atau mahu menyumbangkan katil milik sendiri atau keluarga yang dalam simpanan atau mahu menjual katil mohon segera hubungi saya.

Mohon sahabat-sahabat sharekan post ini sebanyak mungkin. Ada banyak kes sedang beratur perlukan sokongan kita. Boleh juga tuan puan sertai group GTO. Wasap segera.

Janji Allah yang disabdakan oleh Rasulullah selawat dan salam atasnya, dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat.

Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan, maka Allâh Azza wa Jalla memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat.

Muslim

*GTO Kinta*
*Kawasan Kinta*
Seluruh masyarakat kawasan Kinta dijemput bersama saling memberi.

*Geng Tolong Orang* (GTO) adalah trademark kerja kebajikan di bawah naungan *Pertubuhan Persaudaraan Ummah Darussalam Malaysia* *(SAUDARA)*
(PPM-008-08-06082019)
Akaun Pusat:-

https://toyyibpay.com/GTOKINTA1
https://toyyibpay.com/GTOKINTA2

_KEIMANAN DAN PERSAUDARAAN_

Syukur Alhamdulilah!




Hubungi
Ustaz Rais GTO
011-5551 5421

GENG TOLONG ORANG (GTO)TERENGGANU (KEMAMAN)16/03/2026 IsninLaporan ZiarahHari: IsninTarikh: 16 Mac 2026Pagi ini wakil GT...
16/03/2026

GENG TOLONG ORANG (GTO)TERENGGANU (KEMAMAN)
16/03/2026 Isnin

Laporan Ziarah

Hari: Isnin
Tarikh: 16 Mac 2026

Pagi ini wakil GTO Terengganu Kemaman (Geng Tolong Orang) berkesempatan menziarahi sebuah keluarga anak yatim piatu di Kerteh, Kampung Pengkalan Ranggon.

Melihat keadaan mereka benar-benar menyentuh hati. Adik-beradik ini kehilangan tempat bergantung, yang paling kecil baru berusia 3 tahun. Dua orang daripada mereka kini tinggal di asrama Yayasan Kemaman demi meneruskan persekolahan.

Adik-adik ini dijaga oleh kakak tiri mereka dengan bantuan bapa saudara. Kakaknya bekerja sebagai pembantu kebersihan walaupun dirinya sendiri diuji dengan masalah kesihatan iaitu penyakit epilepsi. Pendapatan yang tidak menentu menjadikan kehidupan mereka penuh cabaran.

Dengan sedikit rezeki daripada sahabat-sahabat GTO, kami menyampaikan barangan persiapan Hari Raya serta amanah sumbangan. Walaupun tidak seberapa, diharapkan ia dapat menceriakan hati adik-adik ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Sesungguhnya senyuman mereka hari ini sangat bermakna. Semoga bantuan kecil ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat GTO dan para penyumbang yang sentiasa prihatin. Semoga setiap kebaikan dan sumbangan yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.

“Kadang-kadang, sedikit bantuan daripada kita mampu menjadi sinar harapan besar buat mereka.” 🤲✨

Yg mana nak bg sumbangan kepada GTO Terengganu, boleh tekan link dibawah 👇🏼👇🏼

https://toyyibpay.com/GTOTERENGGANU

MAJLIS IFTAR GTO TERENGGANU KEMAMAN, BERSAMA ANAK YATIM 2026Pada hari Selasa 3 Mac 2026, telah berlangsungnya Majlis Ber...
05/03/2026

MAJLIS IFTAR GTO TERENGGANU KEMAMAN, BERSAMA ANAK YATIM 2026

Pada hari Selasa 3 Mac 2026, telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa GTO Terengganu Bersama Anak Yatim yang diadakan di Warung D Taping, Kemasik. Program ini dianjurkan oleh komuniti GTO (Geng Tolong Orang) dengan tujuan meraikan anak-anak yatim serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli dan masyarakat setempat.

Majlis ini telah mendapat sokongan dan sumbangan daripada sahabat-sahabat GTO serta penyumbang dari luar komuniti GTO. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan serta sumbangan yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Seramai 144 orang telah terlibat dalam majlis ini, termasuk 90 orang anak yatim yang diraikan bersama sahabat-sahabat GTO serta guru pengiring dari sekolah-sekolah berhampiran. Kehadiran mereka telah memeriahkan lagi suasana majlis yang penuh dengan kegembiraan, kasih sayang dan semangat kebersamaan.

Majlis berbuka puasa ini bukan sahaja memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk merasai kemeriahan Ramadan, malah menjadi platform untuk masyarakat berkongsi rezeki dan memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.

Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan. Semoga segala usaha, sumbangan dan keikhlasan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini dirahmati oleh Allah SWT serta dikira sebagai amal kebajikan di sisi-Nya.

Kepada sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk turut serta pada kali ini, insya-Allah kita akan berjumpa pada program akan datang.

Jazakallahu khairan kathira kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Iftar GTO Terengganu Bersama Anak Yatim 2026.

*Pautan untuk sumbangan kepada GTO Terengganu: https://toyyibpay.com/GTOTERENGGANU

Alhamdullillah tahun 2025 katil keluar masuk Dari bulan 2 hingga 31/12/25 sebanyak 228 katil Dan wheelchair telah di agi...
04/01/2026

Alhamdullillah tahun 2025 katil keluar masuk Dari bulan 2 hingga 31/12/25 sebanyak 228 katil Dan wheelchair telah di agihkan untuk kegunaan orang ramai.

Tahun baru ini 2026 kami pihak GTO Perak memerlukan segera 5 katil baru untuk kegunaan pesakit.

Mohon para dermawan menyumbang seikhlas hati untuk tuntutan yang mendesak ini

TOLONG SHARE!!! Urgent Perlukan Katil Segera
TOLONG SHARE!!! Urgent Perlukan Katil Segera
TOLONG SHARE!!! Urgent Perlukan Katil Segera

Mohon sesiapa warga Ipoh khasnya dan seluruh warga Malaysia sesiapa yang ada menyimpan katil pesakit yang telah digunakan setelah kini kembali sihat atau katil yang digunakan oleh ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Katil yang anda simpan itu boleh anda jadikan sedekah jariyyah atau anda boleh menjualnya dengan harga yang berpatutan. Ramai mereka yang memerlukan katil ini sekarang.

Sesiapa yang mahu menyumbangkan wang ringgit untuk membeli katil atau mahu menyumbangkan katil milik sendiri atau keluarga yang dalam simpanan atau mahu menjual katil mohon segera hubungi saya.

Mohon sahabat-sahabat sharekan post ini sebanyak mungkin. Ada banyak kes sedang beratur perlukan sokongan kita. Boleh juga tuan puan sertai group GTO. Wasap segera.

Janji Allah yang disabdakan oleh Rasulullah selawat dan salam atasnya, dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat.

Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan, maka Allâh Azza wa Jalla memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat.

Muslim

*GTO Kinta*
*Kawasan Kinta*
Seluruh masyarakat kawasan Kinta dijemput bersama saling memberi.

*Geng Tolong Orang* (GTO) adalah trademark kerja kebajikan di bawah naungan *Pertubuhan Persaudaraan Ummah Darussalam Malaysia* *(SAUDARA)*
(PPM-008-08-06082019)
Akaun Pusat:-

https://toyyibpay.com/GTOKINTA1
https://toyyibpay.com/GTOKINTA2

_KEIMANAN DAN PERSAUDARAAN_

Syukur Alhamdulilah!




Hubungi
Ustaz Rais GTO
011-5551 5421

LAPORAN HARIAN ZIARAH GTO GENG TOLONG ORANG Tarikh: 16 Disember 2025Hari: SelasaTempat: Kampung Mak Chili, Kemaman, Tere...
16/12/2025

LAPORAN HARIAN ZIARAH GTO GENG TOLONG ORANG

Tarikh: 16 Disember 2025
Hari: Selasa
Tempat: Kampung Mak Chili, Kemaman, Terengganu

1. MAKLUMAT ZIARAH

Pada hari ini, Cikgu Zamri dan Encik Mat telah mewakili GTO Geng Tolong Orang untuk menziarahi keluarga Norsazaliana Binti Othman, di Kampung Mak Chili, Kemaman. Ziarah ini bertujuan untuk menilai keadaan keluarga dan memenuhi keperluan mereka yang mendesak.

2. KEADAAN KELUARGA

Keluarga Puan Norsalizaliana, tinggal di rumah sewa dan menghadapi kesihatan serta ekonomi yang serius:

-Puan Norsazaliana menghidapi penyakit Kencing Manis

3. Keperluan UTAMA

Keluarga memerlukan bantuan bagi barangan berikut:

- Barang dapur , Keperluan Anak, Susu & pampers

4. TERIMA KASIH

Sebanyak terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zamri dan Che Mat yang bersedia turun padang untuk menziarahi asnaf dan pesakit. Juga terima kasih kepada semua ahli GTO Geng Tolong Orang dan sahabat-sahabat yang telah memberikan sumbangan dengan ikhlas. Semoga Allah SWT membalas jasa baik semua pihak dengan kebaikan yang lebih besar.

5 Penutup:

Ziarah ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga Puan Norsazaliana dan memberikan semangat kepada mereka untuk terus tabah menghadapi ujian. GTO akan terus berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan.. Sumbangan,..
- Ucapan terima kasih kepada sahabat GTO yang telah menghulurkan sumbangan berupa bantuan kewangan dan bantuan keperluan asas.
- Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan.
- Pautan Sumbangan:
- Pautan untuk sumbangan kepada GTO Terengganu: https://toyyibpay.com/GTOTERENGGANU

Kesimpulan:

GTO Terengganu (Kemaman) telah berjaya melaksanakan aktiviti kebajikan dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di meraga beris. Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui pautan yang disediakan.

Address

Persiaran Tebing Tinggi 5, Kampung Temiang
Ipoh
31650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Geng Tolong Orang GTO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Geng Tolong Orang GTO:

Shortcuts

Share