22/06/2026
UCAPAN TERIMA KASIH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis Sambutan Awal Muharram 1448H telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan tenaga, masa, idea dan sokongan dalam menjayakan program ini. Terima kasih khusus kepada para penduduk Kampung Lahat dan Desa Lahat Sri Wang, ahli jawatankuasa, sukarelawan, para penyumbang, pihak Masjid As-Sobirin serta semua yang hadir memeriahkan majlis.
Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam komuniti kita.
"Hijrah Membina Ummah, Memperkasa Kehidupan"
Sekian, terima kasih.
JPKK Kampung Lahat
Dengan Kerjasama
Masjid As-Sobirin, Lahat
Komuniti Desa Lahat Sri Wang (DLSW) dan semua pihak yang terlibat. 🤝🌹