Angkatan Belia Islam Malaysia - Perak

Angkatan Belia Islam Malaysia - Perak Gerakan Ilmu Dan Bakti | Jom Daftar Ahli ABIM Perak di link ini https://app.myabim.my/login

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š, ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐’๐ˆ๐๐”๐“16 September 2026 (Rabu) Angkatan Belia Islam Malaysia (AB...
18/09/2026

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š, ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐’๐ˆ๐๐”๐“

16 September 2026 (Rabu)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Negeri Perak telah melaksanakan Program Ziarah Sempena Hari Malaysia bertempat di Perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Baduk, Sungai Siput, Perak.

Program ini disertai seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Maahad Al-Ummah Chemor dan Madrasah Al-Hikmah, serta diketuai oleh Exco Sukan ABIM Negeri Perak, saudara Luqmanul Hakim.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua ABIM Negeri Perak, barisan exco serta semua yang telah meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan program ini.

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada seluruh masyarakat Kampung Sungai Baduk atas sambutan mesra, layanan dan kerjasama yang diberikan sepanjang kunjungan kami.

๐ŸŒฟ ๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฆ๐š๐ข ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก, ๐”๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐๐ž๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง

Kunjungan ini mengingatkan kita bahawa sikap saling mengambil berat dan menyantuni sesama insan amat penting dalam membina masyarakat yang penuh kasih sayang.

Jarak dan kedudukan kawasan pedalaman bukanlah penghalang untuk kita menjalinkan ukhuwah. Semoga ziarah ini menjadi langkah awal kepada lebih banyak jalinan kerjasama dan program bersama masyarakat Kampung Sungai Baduk pada masa akan datang.

Gerakan Ilmu Dan Bakti.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 69๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œDemi Malaysia yang Merdeka, Bersatu dan Berkeadilan.โ€Tanggal 31 Ogos kembal...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 69๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œDemi Malaysia yang Merdeka, Bersatu dan Berkeadilan.โ€

Tanggal 31 Ogos kembali mengingatkan kita bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah untuk terus membina Malaysia yang adil, sejahtera, bersatu dan bermaruah.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menyumbang kepada masa depan Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada: Saf Qiyadah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Perak

Malaysia Madani Kesejahteraan Dinikmati


๐ŸŒฟ MUKTAMAR BELIA ISLAM (MBI) ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN NEGERI PERAK KALI KE-54 ๐ŸŒฟSukacita menjemput T...
26/08/2026

๐ŸŒฟ MUKTAMAR BELIA ISLAM (MBI) ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN NEGERI PERAK KALI KE-54 ๐ŸŒฟ

Sukacita menjemput Tuan/Puan untuk bersama-sama menghadiri Muktamar Belia Islam (MBI) Ke-54 serta Seminar Kesedaran Geopolitik Ummah 2026 sempena Ijtimak Harakiy Kali Ke-7 WAP Negeri Perak.

Sehubungan itu, mohon jasa baik Tuan/Puan untuk mengisi kehadiran melalui kedua-dua pautan pendaftaran yang disediakan bagi tujuan penyelarasan penyertaan dan pengurusan program.

๐Ÿ“Œ Pendaftaran MBI Ke-54:
https://forms.gle/FMXapekqaJNBfT5AA

๐Ÿ“Œ Pendaftaran Seminar Kesedaran Geopolitik Ummah 2026:
https://forms.gle/KGXhkDihqA1AFhJL6

Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan untuk melengkapkan kedua-dua pendaftaran amatlah dihargai.

Terima kasih.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Negeri Perak

MUKTAMAR SANAWAI ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI PERAK KALI KE-54Akan Datang...
26/08/2026

MUKTAMAR SANAWAI ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI PERAK KALI KE-54

Akan Datang...

SETINGGI-TINGGI TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsudin, Presiden Angkatan Belia I...
25/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsudin, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) atas penganugerahan Tokoh Belia Harapan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M.

Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, komitmen dan sumbangan beliau dalam memperkasa islam serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah.

Semoga anugerah yang diterima menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus berbakti, memimpin dengan hikmah serta istiqamah dalam menyebarkan kebaikan demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini, ikhlas daripada Saf Qiyadah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Perak.

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"


,UmmahDiberkati

๐ŸŒ™SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H | 2026M๐ŸŒ™12 Rabiulawal, detik penuh bermakna  buat umat islam dimana tarikh tersebut meru...
25/08/2026

๐ŸŒ™SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H | 2026M๐ŸŒ™

12 Rabiulawal, detik penuh bermakna buat umat islam dimana tarikh tersebut merupakan tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW rahmat bagi sekalian alam.

Marilah kita memperbanyakkan selawat dan meneladani akhlak Baginda dalam kehidupan seharian demi membina umat yang sejahtera dan diberkati.

โ€œSesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.โ€ (Surah Al-Ahzab: 56)

Saf Qiyadah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Perak mengucapkan Salam Maulidur Rasul SAW 1448H | 2026M kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.

"Demi Kebenaran Dan Keadilan"




USRAH GABUNGAN ABIM PERAK X BELIA MUC CHEMORJumaat, 21 Ogos 2026 - Alhamdulillah telah berlangsung usrah gabungan kali p...
23/08/2026

USRAH GABUNGAN ABIM PERAK X BELIA MUC CHEMOR

Jumaat, 21 Ogos 2026 - Alhamdulillah telah berlangsung usrah gabungan kali pertama melibatkan EXCO ABIM Negeri Perak dan para pelajar tingkatan empat SABK Ma'ahad Al-Ummah.

Pengisian usrah ini akan berlangsung 1 bulan sekali, pada hari Jumaat minggu keempat. Bagi pertemuan kali pertama ini, pengisian usrah adalah sesi ta'aruf antara ahli usrah, pengenalan mengenai pengisian dan program yang akan berlangsung sebagai salah satu agenda usrah gabungan.

Semoga usaha ini dapat meningkatkan pengetahuan sebagai pelajar muslim serta mengeratkan ukhwah diantara kita.

"Demi Kebenaran dan Keadilan"

๐Ÿ†๐Ÿฅ‡ TAHNIAH! SABK MAAHAD AL-UMMAH JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN MISSAK 2026! ๐Ÿ†๐Ÿฅ‡โ€‹Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT! ...
13/08/2026

๐Ÿ†๐Ÿฅ‡ TAHNIAH! SABK MAAHAD AL-UMMAH JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN MISSAK 2026! ๐Ÿ†๐Ÿฅ‡

โ€‹Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT! Kontinjen SABK Maahad Al-Ummah telah melakar sejarah yang amat membanggakan dengan membolot gelaran JUARA KESELURUHAN bagi kedua-dua kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas dalam Kejohanan MISSAK 2026!

โ€‹Dengan semangat juang yang tinggi, ketahanan mental, dan usaha tanpa jemu, atlet-atlet sekolah kita berjaya membawa pulang 46 PINGAT KESELURUHAN (21 Emas, 15 Perak, 10 Gangsa) beserta pencapaian luar biasa termasuk dua rekod baharu kejohanan!

โ€‹๐Ÿ† Anugerah Olahragawan Menengah Rendah: AHMAD RIDHWAN IEMAN BIN AHMAD ASNIZAM

๐Ÿ† Anugerah Olahragawan Menengah Atas: MUHAMMAD IMRAN MIFDAL BIN EDY SUFFIAN

โ€‹๐Ÿ† JOHAN KESELURUHAN MENENGAH RENDAH

๐Ÿ† JOHAN KESELURUHAN MENENGAH ATAS

โ€‹๐Ÿ“Š RANGKUMAN KEPUTUSAN PENUH & PENCAPAIAN PINGAT:

โ€‹๐Ÿ’ฅ OLAHRAGA & BALAPAN
โ€‹๐Ÿฅ‡ Lontar Peluru L U18: Emas
โ€‹๐Ÿฅˆ Lontar Peluru L U18: Perak
โ€‹๐Ÿฅ‡ Lontar Peluru P U15: Emas (PECAH REKOD) ๐ŸŒŸ
โ€‹๐Ÿฅˆ Lontar Peluru P U15: Perak
โ€‹๐Ÿฅ‡ Lontar Peluru P U18: Emas (PECAH REKOD) ๐ŸŒŸ
โ€‹๐Ÿฅ‡ Lompat Jauh L U18: Emas
โ€‹๐Ÿฅˆ Lompat Jauh L U18: Perak
โ€‹๐Ÿฅ‰ Lompat Jauh P U15: Gangsa
โ€‹๐Ÿฅ‡ 4 x 100m: Emas (U15) & Emas (U18)
โ€‹๐Ÿฅ‡ 200m: Emas (U15), Gangsa (U15), Emas (U18), Perak (U18)
โ€‹๐Ÿฅ‡ 100m: Perak (U15), Gangsa (U15), Emas (U18), Perak (U18)
โ€‹๐Ÿฅ‡ 400m: Emas (U15) & Gangsa (U18)

โ€‹๐Ÿ“ PING PONG
โ€‹๐Ÿฅ‡ Single P U15: Emas
โ€‹๐Ÿฅ‡ Double P U15: Emas
โ€‹๐Ÿฅ‡ Single L U15: Emas
โ€‹๐Ÿฅ‡ Single L U18: Emas
โ€‹๐Ÿฅ‡ Double L U18: Emas
โ€‹๐Ÿฅˆ Double L U15: Perak
โ€‹๐Ÿฅ‰ Double P U18: Gangsa

โ€‹๐Ÿธ BADMINTON
โ€‹๐Ÿฅ‡ Single P U15: Emas
โ€‹๐Ÿฅ‡ Double L U15: Emas
โ€‹๐Ÿฅ‰ Single L U15: Gangsa
โ€‹๐Ÿฅ‰ Double L U18: Gangsa

โ€‹โšฝ SUKAN BERPASUKAN
โ€‹๐Ÿฅ‡ Futsal U15: Emas
โ€‹๐Ÿฅ‡ Sepak Takraw U15: Emas
โ€‹๐Ÿฅˆ Sepak Takraw U18: Perak
โ€‹๐Ÿฅˆ Bola Jaring U15: Perak
โ€‹๐Ÿฅˆ Bola Tampar U15: Perak

โ€‹โ™Ÿ๏ธ SUKAN MINDA & BAHASA
โ€‹๐Ÿฅ‡ Catur: Emas (U15 L), Gangsa (U15 L), Gangsa (U18 P)
โ€‹๐Ÿฅ‡ Sahibba Jawi: Emas (U15 P) & Perak (U15 L)
โ€‹๐Ÿฅˆ Sahibba Rumi: Perak (U15 L), Perak (U15 P), Perak (U18 P)
โ€‹๐Ÿฅˆ Scrabble: Perak (U18) & Gangsa (U15)

โ€‹๐Ÿฅ‡ PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN:
โ€‹๐Ÿฅ‡ Emas: 21
๐Ÿฅˆ Perak: 15
๐Ÿฅ‰ Gangsa: 10
๐Ÿ”ฅ JUMLAH PINGAT: 46

โ€‹โ€œKeazaman, Disiplin, dan Ukhuwah Teras Kejayaan!โ€

โ€‹Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan pengurusan sekolah, para jurulatih, guru-guru pembimbing, ibu bapa/PIBG, serta seluruh warga SABK Maahad Al-Ummah yang tidak putus-putus memberikan sokongan, pengorbanan, dan titipan doa.

โ€‹Tahniah buat semua wira dan wirawati sekolah! Anda telah membuktikan bahawa Maahad Al-Ummah bukan sahaja cemerlang di arena akademik dan sahsiah, malah gah di persada sukan!

โ€‹

TAHNIAH kepada kontijen Madrasah Al-Hikmah (MADAH) ๐Ÿ‘
10/08/2026

TAHNIAH kepada kontijen Madrasah Al-Hikmah (MADAH) ๐Ÿ‘

KENYATAAN RASMI | PENAFIAN "ABIM PHOTOGRAPHER"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Angkatan Belia Islam Malaysia (...
03/08/2026

KENYATAAN RASMI | PENAFIAN "ABIM PHOTOGRAPHER"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Negeri Perak ingin memaklumkan bahawa ABIM Negeri Perak tidak pernah menubuhkan, memiliki atau mengendalikan mana-mana studio, syarikat atau entiti yang menggunakan nama "ABIM Photographer".

Sehubungan itu, sebarang penggunaan nama tersebut adalah bukan di bawah pengurusan atau kebenaran rasmi ABIM Negeri Perak.

Orang ramai juga dimohon agar tidak mengaitkan sebarang urusan, perkhidmatan atau isu yang melibatkan pihak menggunakan nama tersebut dengan ABIM Negeri Perak mahupun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Kami menasihatkan semua pihak supaya mendapatkan pengesahan hanya melalui saluran rasmi ABIM sebelum membuat sebarang urusan yang melibatkan penggunaan nama ABIM.

Kerjasama dan perhatian semua amatlah dihargai.

"Demi Kebenaran dan Keadilan"

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Cawangan Negeri Perak

Address

No. 33A Laluan Meru Perdana 11, Taman Meru Perdana 2
Ipoh
31200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Belia Islam Malaysia - Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Belia Islam Malaysia - Perak:

Shortcuts

Share