Nisa' Ipoh Timur

Nisa' Ipoh Timur Pertubuhan NGO yang berdaftar, berusaha menarik golongan remaja untuk terlibat dengan aktiviti yan Penghubung Generasi Muda

*Rayuan Sumbangan Derma Kilat Untuk Kos Rawatan Perubatan*Buat Adik,Nur Aisya Humairah Binti Abdul Malek (14 tahun)Assal...
27/10/2024

*Rayuan Sumbangan Derma Kilat Untuk Kos Rawatan Perubatan*

Buat Adik,
Nur Aisya Humairah Binti Abdul Malek (14 tahun)

Assalamualaikum WBT

Untuk makluman semua.. adik Aisya Humairah merupakan antara anak ahli NISA' Ipoh Timur, Perak. Beliau telah diuji dengan kanser Hodgkin's Limfoma Tahap 4 sejak tahun 2021 ketika berumur 11 tahun dan telah menjalani rawatan kimoterapi. Kansernya kembali semula pada Jun 2023 dan kini sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Pihak pakar mencadangkan untuk adik Aisya meneruskan rawatan beliau dengan _IV Nivolumab_ yang merupakan rawatan yang memerlukan kos yang agak tinggi. Justeru pihak Nisa' ingin menyeru semua pihak untuk membantu bagi mempercepatkan proses perubatannya.

Oleh itu marilah kita sama-sama lancarkan tabung derma kilat bagi membantu urusan perubatan beliau dan meringankan beban keluarganya.

Tuan, puan boleh memberikan sumbangan derma yang boleh disalurkan melalui akaun bank:

158275066749 (MAYBANK)
atas nama : Nor Hafiza Che Man (Ibu Aisya Humairah)

(Sekiranya telah bank in @ transfer sila maklumkan jumlah kepada pemilik akaun di talian *(011-24214155)

http://www.wasap.my/601124214155/DermaKanser

Sama-sama kita doakan adik Aisya Humairah terus kuat dan segera sembuh serta diberi kesabaran menghadapi ujian ini. In syaa Allah





Address

Ipoh
31400

Telephone

+60134081972

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nisa' Ipoh Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nisa' Ipoh Timur:

Share