01/10/2026
Sekitar Majlis Penyerahan Mock Cheque Program Sajian Anak Pintar (S.P.I.N) yang telah berlangsung pagi tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut yang disempurnakan oleh Tuan Rashidin Teh bin Abdul Rahim yang mewakili Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Rafiq bin Mohd, Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Perak (DUN Pangkor).
Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban pelajar, khususnya anak-anak Perak daripada pelbagai kaum dan golongan B40, dalam mendapatkan akses kepada makanan yang bernutrisi di sekolah.
Program ini turut bertujuan meningkatkan motivasi pelajar untuk hadir ke sekolah secara konsisten, dengan sasaran sifar ketidakhadiran.
Seramai 25 orang pelajar daripada golongan B40 bagi setiap 14 sekolah terlibat dalam pelaksanaan program ini bagi tahun 2026.
Semoga pelaksanaan program ini terus memberi manfaat yang berpanjangan serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kesejahteraan generasi masa hadapan.