BSMM Daerah Ipoh

BSMM Daerah Ipoh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BSMM Daerah Ipoh, Nonprofit Organization, Ibu Pejabat Daerah Ipoh, Jalan Kompleks Sukan, Ipoh.

Akaun Rasmi Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Ipoh
📌Sebuah pergerakan Kemanusiaan terbesar didunia
📌Sebuah Badan Sokongan Kerajaan yang diperbadankan dibawah Akta 540 dan Akta 162 Perlembagaan Persekutuan

0107114544 (Pengurus Pejabat)

06/10/2026

5 HB Oktober 2026 - Encik Hery Adam Hadhari, Pengerusi Jawatankuasa Belia BSMM Ipoh mewakili BSMM Daerah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Poly-Tech MARA, Ipoh. BSMM Daerah Ipoh berhasrat dalam usaha mengukuhkan hubungan baik antara BSMM dan KPTM Ipoh. Setelah bertukar-tukar pendapat, kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk mengukuhkan hubungan dengan perlaksanaan beberapa program di masa akan datang yang dapat membantu pelajar KPTM.

Semoga pertemuan ini akan memberi implikasi positif kepada kedua-dua pihak.

Salam takziah diucapkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas kehilangan isteri tercinta, Tun Dr. Siti Hasmah. Semoga roh...
28/09/2026

Salam takziah diucapkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas kehilangan isteri tercinta, Tun Dr. Siti Hasmah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berkat dari yang maha esa.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2026!Dengan penuh rasa syukur dan bangga, segenap warga Bulan Sabit Merah M...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2026!

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, segenap warga Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Ipoh mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya Sukarelawan Bulan Sabit Merah.

Semoga pada hari yang bersejarah ini, semangat perpaduan, keharmonian dan kasih sayang terus subur di hati setiap anak bangsa. Mari kita bersama-sama menjaga keutuhan negara, menghormati kepelbagaian, serta terus berusaha demi kesejahteraan dan kemajuan tanah air tercinta.

Ikhlas daripada
Pengerusi dan seluruh tenaga kerja
Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Ipoh

🇲🇾

5hb September 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Belia Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Ipoh sesi 2026/2027 telah berlangsun...
13/09/2026

5hb September 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Belia Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Ipoh sesi 2026/2027 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Asrama, Wisma Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Perak.

Mesyuarat berakhir dengan kelulusan beberapa penganjuan program yang akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan. Semoga segala program dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Salam Takziah buat seluruh keluarga KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA atas kehilangan warga berdedikasi. Semoga mereka semu...
09/09/2026

Salam Takziah buat seluruh keluarga KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA atas kehilangan warga berdedikasi. Semoga mereka semua mendapat rahmatNya

Jom jadi sebahagian daripada keluarga Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Ipoh!Kami sedang mencari sukarelawan yang sanggu...
07/09/2026

Jom jadi sebahagian daripada keluarga Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Ipoh!

Kami sedang mencari sukarelawan yang sanggup berkhidmat untuk komuniti.

☑ Persijilan Pertolongan Cemas
☑ Terlibat dalam program bantuan & khidmat komuniti
☑ Sertai pasukan Bantuan Bencana
☑ Belajar urus aktiviti sukarelawan

Syarat: Sihat tubuh badan | 15 tahun ke atas | Terbuka untuk semua tanpa mengira pekerjaan

Berminat?
Scan QR code untuk join group WhatsApp kami sekarang!

Sebarang urusan boleh email atau Whatsapp Pengurus Pejabat:
📧 [email protected]
0107114544 (Pengurus Pejabat)

2 hb September 2026 - Berlangsungnya perjumpaan antara pihak Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Ipoh dan pihak Sekolah Ke...
04/09/2026

2 hb September 2026 - Berlangsungnya perjumpaan antara pihak Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Ipoh dan pihak Sekolah Kebangsaan Dato' Ahmad Said Tambahan, Manjoi dalam mencari kata putus berkaitan perlaksanaan Program Bantuan Kotak Makanan untuk 30 buah keluarga memerlukan.

10/08/2026
Ceramah Teknik CPR & Heimlich Maneuver di Sekolah Kebangsaan La Salle. SK La Salle , Ipoh
10/08/2026

Ceramah Teknik CPR & Heimlich Maneuver di Sekolah Kebangsaan La Salle. SK La Salle , Ipoh

Address

Ibu Pejabat Daerah Ipoh, Jalan Kompleks Sukan
Ipoh
31400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSMM Daerah Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share