02/10/2024
Alhamdulillah.
Dengan rahmat & izin Tuhan,
STAR OBW2024 selamat berjalan,
Berkampung Oldboys di sekolah kesayangan,
Bersua beraktiviti erat persaudaraan.
Guru-guru dirai jamuan petang,
Pohon restu OBW lancar jayanya,
Doa dipanjat tazkirah Maghrib dibentang,
Khamis malam STAR OBW2024 membuka tirainya.
Seawal pagi Oldboys bertandang,
Di Anjung Tamu daftar & collect lencana,
Mini Karnival meriah di padang,
Ceria Oldboys nikmati suasana.
Sepak mula di petang Jumaat,
Hujan lebat di hujung senja,
Forum Kerjaya menyebar manfaat,
Nasihat Oldboys resepi berjaya.
Langit cerah di pagi Sabtu,
Pancaragam & confetti serikan perasmian,
Pingat sukan terus diburu,
Abang & Adik tak kalah persaingan.
Hujan rahmat tepat berhenti,
Di Dataran STAROBA Grand Dinner dirai,
Gemilang STAR menambah erti,
Persembahan & hadiah jadi penyeri.
Kuliah Subuh mengulas kitab,
Ajar luruskan fikir & rasa,
Majlis penutup di pagi Ahad,
Sedih & rindu bergilir rasa.
Setinggi penghargaan buat STAR Old Boys' Association
Sekalung budi buat pentadbiran sekolah,
guru-guru & warga Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh keseluruhannya,
Tidak dilupa penganjur-penganjur OBW sebelumya,
Atas tunjuk ajar, sokongan & budi bicara.
Tanpa dokongan kalian semua, tempanglah acara & OBW2024 tiada serinya.
Terima kasih kepada semua Oldboys & keluarga yang hadir dan memeriahkan sambutan STAR OBW2024 tahun ini!!
Semoga gembira sepanjang sambutan,
Salah & kurang harap maafkan.
Semoga terubat rasa rindu,
Inshallah panjang umur kembali bertemu.
Ikhlas daripada,
STARIAN Batch of 2004
Jawatankuasa Kerja Penganjuran
STAR OBW2024