07/02/2026
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Assalammualaikum wbt. Dengan penuh hiba dan duka, ingin dimaklumkan bahawa Pn Noraini Binti Abdul Aziz (Isteri kepada Pak Usop DBI) telah meninggal dunia awal pagi tadi. Jenazah Allahyarhamah kini berada di kediamannya di No.33, Lorong Sri Kinta 6, Kg Pasir Puteh Tambahan bagi penghormatan terakhir, Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Abidin Kg Pasir Puteh pada pukul 12.00tgh untuk pengurusan jenazah seterusnya akan disolatkan di Masjid Al-Abidin Kg Pasir Puteh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Puteh(Jangkaan selepas solat Zohor). Bagi pihak Persatuan, kami merakamkan salam takziah buat keluarga Allahyarhamah, moga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh..
Alfatihah...
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبَ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها، وَأدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهاَ مِنْ عَذَابَ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”