25/08/2026
IKRAM MANJUNG BERSAMA KOMUNITI SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ๏ทบ
IKRAM Manjung | 24 Ogos 2026
Alhamdulillah, Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Manjung telah menjayakan Program Sambutan Maulidur Rasul pada 24 Ogos 2026 bertempat di Pusat Dakwah & Komuniti IKRAM Manjung (PDKI).
Program yang menghimpunkan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran sekitar 60 orang dewasa dan 30 orang kanak-kanak.
Program dimulakan dengan Iftar Jamaei, diikuti solat Maghrib secara berjemaah.
YDP IKRAM Manjung, Ts. Mohd Fakru Razi, turut menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para hadirin.
Menariknya, program dilaksanakan secara serentak menerusi dua pengisian utama mengikut kumpulan peserta.
๐ฟ FORUM IBU BAPA
Forum bertajuk โRasulullah: Teladan Unggul Para Suami & Bapaโ dikendalikan oleh Muallim Taqiuuddin Mohd Zalmi selaku moderator, bersama ahli panel Ir. Ts. Dr. Mohd Shah Rizal Samsuddin.
Perkongsian dirungkai menerusi kisah sirah Rasulullah SAW dan para sahabat, dengan menelusuri peranan serta tanggungjawab suami dan bapa dalam membina keluarga berlandaskan Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah.
Antara penekanan utama ialah konsep qawwam โ amanah untuk melindungi, menjaga, memimpin dan bertanggungjawab.
Seorang bapa bukan sekadar pencari nafkah atau pembuat keputusan, tetapi pemimpin yang mengenali manusia yang dipimpinnya iaitu isteri dan anak-anaknya. Qawwam bukan lesen untuk menguasai, sebaliknya amanah untuk membimbing dengan hikmah, mengenali kekuatan, mengembangkan potensi, memberi ruang dan menegur apabila tersasar.
Inilah antara teladan Rasulullah SAW dalam memimpin keluarga iaitu memimpin dengan amanah, mengenali potensi dan mendidik dengan hikmah.
๐ธ PROGRAM IKRAM JUNIOR
Dalam masa yang sama, anak-anak mengikuti Program IKRAM Junior yang dikendalikan oleh Wanita IKRAM Manjung.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya:
๐จ Pertandingan mewarna
๐๏ธ Pertandingan melukis poster
๐ค Pertandingan bakat Islamik
๐ Sesi bercerita kisah para nabi
Turut diadakan segmen CELOTEH, yang memberi ruang kepada peserta berkongsi cerita, pandangan, perasaan dan pengalaman sepanjang aktiviti berlangsung. Suasana ini membantu anak-anak lebih berani bersuara, mengekspresikan diri serta membina keyakinan.
Aktiviti yang santai dan interaktif ini menjadi medium pendidikan dalam membantu anak-anak mengenali, mencintai dan mencontohi Rasulullah SAW.
๐น MAULIDUR RASUL: DARIPADA MENGENANG KEPADA MENELADANI
Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar dizahirkan melalui sambutan dan selawat, tetapi perlu diterjemahkan melalui akhlak, sunnah dan cara hidup Baginda dalam keluarga dan masyarakat.
Semoga program ini menjadi wadah untuk kita terus menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW, lalu menjadikannya panduan dalam kehidupan sebagai individu, ibu bapa dan anggota masyarakat.
Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur di hati kita dan menjadi pendorong untuk kita meneladani sunnah serta akhlak Baginda dalam setiap aspek kehidupan. ๐น
ุงูููู
ุตู ูุณูู
ูุจุงุฑู ุนูู ูุจููุง ู
ุญู
ุฏ ๏ทบ