03/05/2025
Sungai Perak adalah sebatang sungai yang sudah terbentuk sejak jutaan tahun lalu,ia telah pun melalui pelbagai perubahan geografi dan iklim,di mana laluannya juga pernah beralih sedikit beberapa kali terutamanya di bahagian hilir.
Walaupun tiada tarikh yang tepat berkaitan umurnya,tapi penemuan dan kajian berkaitan geologi,biodiversiti dan arkeologi telah membuktikannya.
Proses pembentukan sebatang sungai semulajadi bukanlah mengambil masa yang singkat,prosesnya melalui satu tempoh yang amat lama,begitu juga dengan biodiversiti yang ada,ia mengambil masa yang lama untuk berkembang secara semulajadi.
Bertuahnya lembangan Sungai Perak kerana memiliki banyak spesies ikan tempatan yang dianggar ada hampir 200 spesies,selain spesies dari keluarga Cyprinidae yang paling dominan di sini juga ada pelbagai spesies ikan yang unik,istimewa,endemik dan ada juga spesies pra-sejarah. Itu tidak termasuk spesies krustasea,siput dan kerangan,dan ianya juga kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan serta galian mineral.
Selain itu Sungai Perak juga amat penting kepada kebergantungan manusia sejak zaman dulu,ini dibuktikan dengan penemuan rangka Perak Man dan juga artifak purba berhampiran Sungai Perak di Lenggong,di mana pentarikhan radio karbon mendapati dia telah wujud sejak berbelas ribu tahun yang lalu.
Sesetengah pengkaji meletakan Perak Man sebagai dari kump**an manusia 'pre-austroasiatik' yang mengamalkan budaya Hoabinhian,di mana kajian genetik mendapati dia dan kump**an manusia pada masa itu adalah moyang kepada orang asli moden dan juga bangsa melayu sendiri di sekitar semenanjung dan kep**auan berhampiran.
Ini serba sedikit menunjukan bahawa Sungai Perak amat penting untuk sumber makanan,pengangkutan dan pelbagai lagi sejak zaman dulu berdasarkan penempatan,artifak dan penemuan manusia pra-sejarah.
Namun sejak era industri bermula dan berkembang di dunia,dengan wujudnya pelbagai kemampuan dan kemudahan yang manusia kecapi tidak sampai seabad pun Sungai Perak mula terganggu dan alami kerosakan sedikit demi sedikit oleh pelbagai perkara,seperti pencemaran,kerosakan sungai,habitat,gangguan biodiversiti,dan bermacam perkara lagi.
Jadi,kita tak boleh kata bahawa sesetengah sumber itu tidak akan habis di atas alasan bahawa manusia telah wujud sejak sekian lama namun kita masih boleh melihatnya pada hari ni,salah sebenarnya mentaliti yang begitu,kerana manusia dulu tak sama dengan sekarang,kemampuan kita dulu juga tidak sama seperti sekarang. Selain kepelbagaian spesies,begitu jugalah terhadap sumber alam yang lain seperti pasir,batu,tumbuhan dan pelbagai lagi.
Kerana itulah,dalam kita bergantung pada sumber sungai selagi kita boleh lindunginya kita lindungilah,kebergantungan kita dan kemampuan kita pada hari ini bukan alasan untuk membinasakannya.
Mungkin ramai yang tak nampak bagaimana tahap kerosakan yang berlaku,tapi bagi kami yang mempelajari,mengkaji dan memahaminya melihat perkara yang sebaliknya. Senang kata,anda belum nampak selagi ianya tidak berada pada tahap paling kritikal.
Sayangilah sungai kita,siapa lagi nak jaga sungai di negara sendiri kalau bukan kita.