13/10/2023
Terima Kasih: Batch of 43
Apa itu “Brotherhood”?
Ada yang meragui ia wujud, menganggapnya sekadar retorik. Ada yang mengatakan ia hanya perasaan artificial atau kepercayaan superficial.
Mari kita imbas kembali STAROBW 2023.
Memetik penulisan salah seorang ahli batch kita,
“Aku teruja melihat jurutera, doktor, juruterbang dan bermacam label diletak tepi, hanya tinggal passionate boys mahu merayakan Sekolah Pusaka – semangat gerakan kolektif”
20 tahun melewati kita, dua saudara kita telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Kita kembali ke STAR dengan jiwa remaja belasan tahun dalam relung tubuh lelaki dewasa.
Kita gelak, ketawa dan tersenyum mengenang kenangan dan kisah lama.
Ia peluang sekali seumur hidup. Ia peluang yang kita tidak benarkan jadi sia-sia.
Setiap saat mesyuarat malam, hujung minggu pre-OBW, tenaga, semangat yang tidak mengalah dan pengorbanan...
.. ALHAMDULILLAH!
20 tahun yang lalu, STAROBW 2023 adalah satu impian
20 tahun berlalu, STAROBW 2023 adalah satu kemenangan!
Tahun 2003, batch kita tertulis dalam sejarah.
Tahun 2023, batch kita melakar sejarah.
Apa itu “Brotherhood”?
Ia adalah persaudaraan dan solidariti - ikatan yang menjadikan kita Batch of 43.
Terima kasih Batch of 43, semoga Brotherhood ini berkekalan, selama-lamanya.