Nural Bantu Usahawan

Nural Bantu Usahawan Pemudahcara antara agensi seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee ber

Ramai rakyat Malaysia sudah berani untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan tidak kira secara sambilan ataupun sepenuh masa. Atas rasa tanggungjawab, kerajaan dibawah Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia serta Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi telahbergabung dan mecipta inisiatif dalam membantu usahawan di komuniti untuk lebih mudah mendapatkan ilmu dan platform men

gembangkan perniagaan mereka. Jom like dan share Page ini untuk sentiasa mendapatkan maklumat berkaitan.

Khas untuk yang baru nak mula berjinak-jinak dengan TikTok.Rangka awal strategi video anda dengan baik untuk tarik leads...
21/11/2023

Khas untuk yang baru nak mula berjinak-jinak dengan TikTok.
Rangka awal strategi video anda dengan baik untuk tarik leads pada Perniagaan anda.

berminat boleh klik link untuk Whatsapp

https://wasap.my/60194405779

Hati- hati bila nak kemaskini MySTR.Pastikan laman web yang sahih.
16/11/2023

Hati- hati bila nak kemaskini MySTR.
Pastikan laman web yang sahih.

12/09/2023

🔈🔊🔈iTEKAD- GERAN PERCUMA UNTUK USAHAWAN B40 DAN ASNAF PERAK

iTEKAD adalah sebuah program di bawah konsep payung kewangan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama pelbagai bank bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah kategori B40 untuk memperkukuh/memperkasakan pengurusan kewangan dan kepintaran perniagaan ke arah menjana pendapatan yang mampan serta berterusan, selari dengan aspirasi Kerajaan untuk mempertingkatkan tahap ekonomi golongan tersebut.

Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Ambank dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) akan melancarkan dua pemberian geran khas dan wang zakat sekitar bulan November 2023 seperti berikut:-

i. Seed Funding –Pemberian geran sehingga maksimum RM5,000 kepada Usahawan Perak pelbagai kaum termasuk usahawan asnaf dalam kelompok usahawan B40.

ii. Capacity Building – Wang zakat yang akan diberikan kepada 25 usahawan asnaf perak yang layak meliputi pemberian sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang zakat sehingga maksimum RM2,000

KRITERIA DAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

1. Warganegara malaysia sahaja ;
2. Perniagaan berdaftar dan beroperasi di negeri Perak ;
3. Usahawan Asnaf (berdaftar dengan MAIPk) - untuk program capacity building ;
4. Usahawan dalam kategori mikro B40 ;
5. Telah mendaftar di dalam Sistem Maklumat Usahawan Perak (Perak SME - Base) ; dan
6. Bersedia mengikuti program bimbingan dan pemantauan oleh STeP dan agensi terlibat

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi pautan Google Form dibawah:

https://forms.gle/bR4GkxsME3mqtyqH9

Pemohonan wajib mengisi Sistem Maklumat Usahawan Perak sebelum mengisi borang permohonan Geran i-Tekad.

Pihak urus setia akan menyemak Sistem Maklumat Usahawan Perak dan permohonan peserta.

*Sila isikan Sistem Maklumat Usahawan Perak 😗

https://step.perak.my/sme/ ;

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada urus setia dan STeP berikut :

- Puan Hazlien 01112503001
- Encik Hafiz 0149040848

Permohonan dibuka bermula 9 September 2023 sehingga 19 September 2023 dan sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 15 Okteober 2023, tuan/puan boleh beranggapan permohonan tuan/puan tidak berjaya.








12/09/2023

Address

Ipoh
30100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nural Bantu Usahawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nural Bantu Usahawan:

Share