Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak bergerak sebagai NGO yang bertapak di Negeri Perak NGO (Non Goverment Organization)

23/04/2026

Terima Kasih kepada Suara Kini kerana sudi membuat liputan Program FORUM NIAGA MADANI DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI PERAK KALI KE 11 BAGI TAHUN 2026.

Pergi ke Kuala memukat ikan,
Ikan Kelah didalam raga,
Visi MADANI dizahirkan,
DPMMPK pemacu ekonomi warga.

Dari Ipoh ke Tanjung Malim,
Singgah sebentar di Kuala Kangsar,
Ukhwah dijaga niaga yang alim
Mesyuarat Agung membawa ikhtiar

"Berjasa Berjaya Bangsa"













23/04/2026

Terima kasih MG Perak kerana sudi membuat liputan untuk program FORUM NIAGA MADANI Dan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI PERAK KALI KE 11 TAHUN 2026

Kain Songket ditenun insha,
Pakaian Rasmi majlis bermula,
Forum Niaga MADANI mencari wadah,
Mesyuarat Agung menyatu Hala.

Bunga Melur diatas peti,
Harum baunya diwakyu pagi,
Tuan Puan sentiasa dihati,
Moga kita berjumpa lagi.

"Berjasa Berjaya Bangsa"













19 April 2026 | 2.00 Petang🤲Alhamdulilah syukur, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPK) telah berjaya me...
23/04/2026

19 April 2026 | 2.00 Petang

🤲Alhamdulilah syukur, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPK) telah berjaya menjalankan 2 program utama di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh iaitu:

1- FORUM NIAGA MADANI
2- MESYUARAT AGUNG DPMMPK KALI KE-11 BAGI TAHUN 2026

👍Forum Niaga MADANI adalah satu wadah diskusi strategik yang akan mengupas peluang, cabaran, dan adaptasi model MADANI dalam memperkukuh daya saing perniagaan Melayu, khususnya di Negeri Perak. Forum ini bertujuan menyediakan solusi inovatif bagi mendepani landskap ekonomi global yang kian mencabar yang diwakili oleh agensi Kerajaan yang penting dalam perniagaan.

✌️Moderator dan Panel yang dijemput adalah :
1- Dato Azizul K**a Abdul Aziz selaku Moderator
2- Puan Ramona Rambli wakil dari pihak SSM
3- Puan Intan Azlina Sulaiman dari pihak LHDNM
4- Tuan Zamzuri Zainal Abidin dari pihak MARA
5- Tuan Abdul Hakim Mohamed Zainudin dari pihak Bank BSN

👏Mesyuarat Agung DPMMPK Kali Ke-11 (Tahun 2026) p**a adalah program tahunan yang wajib dilakukan setiap tahun dan inilah platform terbaik bagi para ahli untuk menjalankan tanggungjawab organisasi, memberikan mandat, serta menyuarakan aspirasi demi kelangsungan dan kegemilangan dewan perniagaan kita.

👌Program ini telah sempurna dirasmikan oleh Datuk Mustaffa Kamil Bin Ayub selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Antara isi kandungan ucaptama beliau adalah:
1- Usahawan Melayu perlu dihidupkan semula sebagai identiti Peniaga Melayu seperti zaman kegemilangan pemerintahan Melaka.
2- Mewujudkan Platform Ekonomi Digital Melayu yang mana semua aktiviti kearah Digitalisasi
3- Menarik golongan usahawan Muda Melayu untuk menjalankan perniagaan dan menjadi mentor kepada mereka dalam mengharungi perjalanan perniagaan yang kian mencabar.
4- DPMM menjadi orang tengah dalam mewujudkan rangkaian strategik nasional bersama Agensi-agensi Kerajaan dan GLC
5- Membangunkan Pusat Latihan Nasional Usahawan Melayu dalam fokus Pengurusan Kewangan, Pemasaran Digital dan AI, Kepimpinan serta perniagaan eksport.

🫰Ucapan Aluan dilakukan Tuan Amirhamzah Karim selaku Timbalan DPMM merangkap YDP DPMM Negeri Sembilan mewakili ucapan Presiden DPMM dan juga Dato' Ir Ts K**arullaffie Bin Hj Ahmad selaku Naib Presiden DPMM merangkap YDP DPMM Negeri Perak.

👋Majlis juga turut dimeriahkan oleh Tuan Farosham Naizamohideen selaku Naib Presiden DPMM merangkap YDP DPMM Melaka, Datuk Zayad Md Ismail Ahli Majlis Eksekutif DPMM merangkap YDP DPMM Kedah.

🙏Pihak DPMM Negeri Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli DPMMPK yang sudi hadir menyokong program ini dan Kehadiran tuan/puan bukan sekadar pengisian ruang, malah merupakan simbol kesatuan kita dalam memartabatkan ekonomi bangsa. Marilah kita bersatu tekad demi masa depan usahawan Perak yang lebih mampan dan berdaya huni.

Amin🤲

"Berjasa Berjaya Bangsa"













🔥 USAHAWAN PERAK WAJIB HADIR! 🔥Kalau bisnes hang tengah slow, margin makin nipis, atau tak tahu hala tuju… ini peluang h...
16/04/2026

🔥 USAHAWAN PERAK WAJIB HADIR! 🔥
Kalau bisnes hang tengah slow, margin makin nipis, atau tak tahu hala tuju… ini peluang hang untuk reset strategi.

Dunia sekarang bukan lagi stabil…
🌍 Konflik global makin tegang
⛽ Harga petrol & diesel naik mendadak
🚚 Kos pengangkutan meningkat
📈 Harga barang & makanan makin mahal

Realitinya…
Bisnes kecil paling terkesan. Margin makin tertekan.
Kalau tak ubah strategi — boleh tenggelam.

🚀 FORUM NIAGA MADANI 2026
👉 Platform khas untuk usahawan faham & hadapi krisis ekonomi global

📅 19 April 2026
⏰ 2.00 PTG – 5.00 PTG
📍 Kolej Poly-Tech MARA, Ipoh

💥 Dalam sesi ini, kita akan bongkar:
✅ Apa tindakan bijak usahawan kecil dalam situasi kos meningkat
✅ Cara kawal cashflow bila semua harga naik
✅ Peluang pembiayaan & sokongan yang ramai tak tahu
✅ Strategi survive & grow walaupun ekonomi tak menentu

👥 Panel terus dari agensi utama:
LHDN • SSM • MARA • BSN
(Bukan sembang kosong — ini orang dalam sistem!)
👥 Panel bukan biasa-biasa:
Semua terus dari agensi yang memang decide masa depan bisnes hang.

🔥 Tempat TERHAD
Kalau hang serius nak grow bisnes tahun ni — ini tempatnya.

👉 Klik / WhatsApp sekarang untuk reserve seat : https://forms.gle/Q7UhtaLXSZKQQYDY6

(Sebelum penuh & hang tengok orang lain je yang dapat peluang ni)

Jumpa anda disana.

🔥 USAHAWAN PERLU BERSIAP SEDIA! 🔥Dunia sekarang bukan lagi sama…Harga minyak naik, kos logistik melonjak, bahan mentah m...
16/04/2026

🔥 USAHAWAN PERLU BERSIAP SEDIA! 🔥

Dunia sekarang bukan lagi sama…
Harga minyak naik, kos logistik melonjak, bahan mentah makin mahal…
Kesan perang global mula tekan bisnes kecil.

❗ Persoalan besar sekarang:

Macam mana usahawan nak survive dalam situasi ini?
Nak tunggu… atau nak bertindak?

💼 Sempena Mesyuarat Agung Tahunan DPMMPK Kali ke-11, kami bawakan FORUM NIAGA MADANI yang akan diadakan pada :

📅 19 April 2026 (Ahad)
⏰ 2.00 petang – 5.00 petang
📍 Dewan Utama, Kolej Poly-Tech MARA, Ipoh

🎯 Apa yang Boss akan dapat?
✅ Kupasan isu ekonomi semasa & impak kepada bisnes
✅ Strategi survival usahawan dalam krisis global
✅ Perspektif pemimpin industri & tokoh keusahawanan
✅ Networking usahawan yang serious nak grow

🎤 Barisan Kepimpinan yang akan hadir👍

• Datuk Mustaffa Kamil Bin Ayob - (Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN)
• Tuan Norsyahrin Bin Hamidon (Presiden DPMM)
• Dato’ Ir Ts K**arulaffie Bin Hj Ahmad (Naib Presiden DPMM merangkap YDP DPMM NEGERI PERAK)

🚨 Real talk…
Zaman sekarang bukan siapa kuat yang menang,
tapi siapa cepat bertindak & adapt.

Kalau Boss serius nak kekalkan bisnes,
nak naikkan income,
dan nak faham arah ekonomi sekarang…
👉 Forum ini bukan pilihan, ini keperluan.

📲 Jangan tunggu last minute. Save tarikh sekarang. Klik link ini dibawah 👇

https://forms.gle/Q7UhtaLXSZKQQYDY6

Jumpa anda di sana. Kita bincang, kita bangkit, kita menang sama-sama. 💪🔥

📣 PERHATIAN SEMUA USAHAWAN NEGERI PERAK📣Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🤝Dengan penuh hormat dan sukacitanya, semua Us...
14/04/2026

📣 PERHATIAN SEMUA USAHAWAN NEGERI PERAK📣

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🤝

Dengan penuh hormat dan sukacitanya, semua Usahawan Bumiputera Dan terutamanya Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPK) dijemput untuk hadir ke:

✨ PROGRAM FORUM NIAGA MADANI 2026 DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) DPMMPK KALI KE-11 ✨

📅 19 April 2026 (Ahad)
🕑 2.00 Petang – 5.30 Petang
📍 Auditorium Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh, Bandar Meru Raya

🌟 Majlis ini akan disempurnakan oleh YBhg Datuk Mustaffa Kamil Bin Ayub, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN dan turut menampilkan:

✅ Ucapan kepimpinan tertinggi DPMM
✅ Pembentangan laporan & hala tuju organisasi
✅ Forum Niaga MADANI
✅ Jamuan & sesi jaringan perniagaan

💼 Kehadiran Tuan/Puan amat penting bagi menentukan masa depan, hala tuju serta kekuatan ekonomi usahawan Melayu di Negeri Perak.

🔥 Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keputusan besar organisasi kita.

📲 Mohon sahkan kehadiran dengan tekan link dibawah:

https://forms.gle/Q7UhtaLXSZKQQYDY6

Kerjasama dan komitmen semua ahli amat dihargai. Link akan ditutup apabila tempat seat telah penuh.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas

AZIZI BIN ZAM
SETIAUSAHA KEHORMAT
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI PERAK

“BERJASA — BERJAYA BANGSA”

Pihak DPMMPK ingin menjemput hadir ke program Celik Niaga MADANI dan Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Pk pada : Tarikh : 19 Apr 2025 (Ahad) Masa : 2:00 petang - 5:30 petang Tempat : Dewan Auditorium Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh, (Lot 339325, Lebuh Meru Raya, Bandar Meru Raya, 30020, Ipoh, Perak) Ter...

20 Januari 2026 | 7.30 Pagi🤲 Alhamdulilah syukur, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) telah menjalink...
21/01/2026

20 Januari 2026 | 7.30 Pagi

🤲 Alhamdulilah syukur, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) telah menjalinkan satu usahasama dengan Politeknik Ungku Omar (PUO) dalam program Community Alliance Retail Experts atau lebih dikenali sebagai Program CARE yang mana wakil dari DPMM Negeri Perak, Pensyarah PUO dan Pelajar PUO menaiki bas untuk program melawat premis perniagaan satu per satu yang dipilih dalam program CARE ini. Para pelajar yang terlibat akan membantu pihak usahawan dalam menyelesaikan masalah yang diutarakan dalam tempoh masa lebih kurang 3 bulan.

👍 Antara usahawan yang terlibat dalam program CARE ini adalah-

1- RS ARO Resources - Perniagaan Kedai Emas.
2- Lang Buana Multiverse Empire - Pusat Latihan Aktiviti Lasak & Motivasi
3- Lot 10 Mama Enterprise - Pusat Latihan Dan kontraktor Bumiputera
4- MMIDA Ventures - Perniagaan Jual Sabun.
5- Qazana Gifts & Crafts - Perniagaan Cenderahati berasaskan seramik.

👌Wakil Dari DPMM Negeri Perak adalah Setiausaha Kehormat iaitu Tuan Azizi Bin Zam selaku Pengarah Program CARE DPMM Dan Puan Norlelawati Binti Mohd Sabri selaku Ahli Jawatankuasa DPMM Negeri Perak. Wakil dari pihak PUO p**a diketuai oleh Puan Zaidah selaku Pengarah Program CARE PUO dan beberapa orang pensyarah serta 17 pelajar PUO yang akan membantu merialisasikan program CARE ini.

👏Pihak DPMM Negeri Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan tertinggi PUO Dan Pensyarah yang terlibat yang sudi bekerjasama dengan kami, dan semoga kerjasama antara pihak Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) akan terus berkekalan.

🤲Amin..



















19 Januari 2026 | 10.00 Pagi🤲 Alhamdulilah syukur, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) telah menghadi...
21/01/2026

19 Januari 2026 | 10.00 Pagi

🤲 Alhamdulilah syukur, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) telah menghadiri satu Sesi Libat Urus Program Turun Padang Penasihat Khas MPUPK Dan Dialog bersama Usahawan Bumiputera Zon Utara anjuran SME Corporation Malaysia di Melaka Ballroom, Aras Dua Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah.

👍 Program ini adalah sempena perlantikan YAB Dato' Seri Diraja Hj Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Pahang selaku Penasihat Khas Majlis Pembangunan Dan Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana PMKS Kebangsaan yang lebih dikenali sebagai (MPUPK) Dan YAB Dato' Seri sendiri turun padang untuk mengetahui permasalahan usahawan Bumiputera yang dihadapi peringkat bawah.

💪Majlis ini diuruskan oleh YBrs En. Rizal Bin Dato' Nainy, selaku Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia Dan turut hadir memeriahkan majlis oleh YB Dato' Hj Rashidi Bin Zinol, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Usahawan Dan Luar Bandar Negeri Pulau Pinang, YB Dato' Amizar Bin Abu Adam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi Dan Usahawan Negeri Pahang Dan YBhg Dato' Mohamad Haris Kader Sultan, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA). Program ini adalah inisiatif Kerajaan untuk mendapatkan input dan maklumat secara langsung daripada Dewan Perniagaan serta Komuniti Usahawan lebih kurang 250 peserta di Zon Utara ini.

👌Wakil Dari DPMM Negeri Perak adalah Timbalan Yang DiPertua iaitu Tuan Shahriman Bin Hj Pandak Ahmad Dan Setiausaha Kehormat iaitu Tuan Azizi Bin Zam yang hadir ke program ini sehingga tamat.

👏Pihak DPMM Negeri Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan SME Corporation Malaysia Dan pihak yang terlibat yang sudi menjemput kami ke majlis ini dan semoga kerjasama antara kedua-dua pihak akan berkekalan hendaknya.

🤲Amin..



















19 Jan 2026 | 8:00 Pagi⚠️SALAM TAKZIAH⚠️😓Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPK) dengan penuh rasa dukaci...
19/01/2026

19 Jan 2026 | 8:00 Pagi

⚠️SALAM TAKZIAH⚠️

😓Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPK) dengan penuh rasa dukacita ingin memaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa DPMM Negeri Perak,
Tuan Mohamed Isa Bin Saramedi telah kembali ke rahmatullah.

😔Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat handai serta seluruh warga DPMMPK.

💪Allahyarham dikenang sebagai seorang insan yang berdedikasi, berprinsip dan komited dalam menyumbang bakti kepada pembangunan usahawan Melayu.

🤲Kami mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

🌟Kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham, kami mengucapkan salam takziah dan semoga diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran atas ujian ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
YDP Dan Seluruh Ahli Jawatankuasa
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

1 Jan 2026 | 9:00 pagi⭐SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2026⭐😀Tahun 2025 kita tinggalkan dengan penuh pengalaman,Tahun 2026 ...
01/01/2026

1 Jan 2026 | 9:00 pagi

⭐SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2026⭐

😀Tahun 2025 kita tinggalkan dengan penuh pengalaman,
Tahun 2026 kita sambut dengan azam dan harapan.

🤲Semoga tahun baru ini menjadi lembaran yang lebih gemilang,
Dipenuhi kejayaan, keberkatan dan kekuatan dalam memperjuangkan ekonomi bangsa.

💪Marilah kita melangkah ke hadapan dengan kesatuan, integriti dan iltizam,
Terus memacu kecemerlangan usahawan Melayu ke tahap yang lebih tinggi,
Seiring visi DPMM untuk melahirkan komuniti perniagaan yang berdaya saing dan berpengaruh.

Pergi ke taman memetik melur,
Melur disimpan di dalam raga;
Tahun baharu membuka lembar,
Tekad disusun, jaya dijaga.

✌️Ikhlas daripada:
DATO’ Ir Ts K**arullaffie bin Hj Ahmad
Naib Presiden DPMM merangkap
Yang Dipertua DPMM & Seluruh Ahli Jawatankuasa DPMM Negeri Perak






30 Disember 2025 | 2:30 Petang🤲 Alhamdulilah syukur, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) telah mengha...
31/12/2025

30 Disember 2025 | 2:30 Petang

🤲 Alhamdulilah syukur, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) telah menghadiri satu Mesyuarat usahasama dengan Politeknik Ungku Omar (PUO) dalam program Community Alliance Retail Experts atau lebih dikenali sebagai Program CARE di bilik mesyuarat Politeknik Ungku Omar, Cawangan Bercham, Ipoh, Perak.

👍 Program CARE ini akan melibatkan pelajar dan pensyarah yang akan hadir ke premis usahawan yang terpilih untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh usahawan tersebut. Durasi Program CARE ini adalah selama 14 minggu dan melibatkan 5 usahawan yang terpilih iaitu :-

1- RS ARO Resources - Perniagaan Kedai Emas.
2- Lang Buana Multiverse Empire - Pusat Latihan Aktiviti Lasak & Motivasi
3- MMIDA Ventures - Perniagaan Jual Sabun.
4- Qazana Gifts & Crafts - Perniagaan Cenderahati berasaskan seramik.
5 Lot 10 Mama Enterprise - Pusat Latihan Dan kontraktor Bumiputera.

👌Wakil Dari DPMM Negeri Perak adalah Setiausaha Kehormat iaitu Tuan Azizi Bin Zam selaku Pengarah Program CARE DPMM. Wakil dari pihak PUO p**a diketuai oleh Puan Zaidah selaku Pengarah Program CARE PUO dan beberapa orang pensyarah yang akan membantu merialisasikan program ini sehingga tamat.

👏Pihak DPMM Negeri Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan tertinggi PUO Dan Pensyarah yang terlibat yang sudi bekerjasama dengan kami, dan semoga kerjasama antara pihak Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) akan terus berkekalan.

🤲Amin..



















Address

No. 17A, Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya
Ipoh
30020

Telephone

+60125007994

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak:

Share