Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak Caw. Daerah Kinta

  • Home
  • Malaysia
  • Ipoh
  • Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak Caw. Daerah Kinta

Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak Caw. Daerah Kinta Ini adalah FB Page RASMI untuk Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak, Cawangan Daerah Kinta.

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M ๐Ÿคโ€œSesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.....
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M ๐Ÿค

โ€œSesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu...โ€
โ€” Surah Al-Ahzab: Ayat 21

Semoga dengan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kita terus memperkukuh iman, memperbaiki akhlak serta mempereratkan ukhuwah dalam membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Ikhlas daripada:
Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak
Cawangan Daerah Kinta

Kearah Usahawan Berdaya Saing Dan Berinovasi

๐Ÿคฒ Salam Maulidur Rasul 1448H.

๐ŸŽ‰ SETINGGI-TINGGI TAHNIAHPERSATUAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL MELAYU NEGERI PERAK CAW. DAERAH KINTAmerakamkan setinggi-ti...
21/08/2026

๐ŸŽ‰ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

PERSATUAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL MELAYU NEGERI PERAK CAW. DAERAH KINTA

merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada

ENCIK KHAIRIL

atas perlantikan sebagai

SETIAUSAHA AGUNG

GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL MELAYU MALAYSIA (GPPPKMM)

Semoga dengan pelantikan ini, YBhg. Tuan dapat terus mencurahkan komitmen, kepimpinan dan dedikasi dalam memperjuangkan kepentingan para penjaja dan peniaga kecil Melayu di seluruh Malaysia.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Ikhlas daripada
PERSATUAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL MELAYU NEGERI PERAK CAW. DAERAH KINTA

"Bersatu, Berusaha, Berjaya"

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026, marilah kita bersama-sama menyemarakkan s...
20/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan, kenderaan dan di mana sahaja kita berada. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sebagai warga usahawan dan peniaga kecil, kita bukan sahaja menggerakkan ekonomi setempat, malah turut memainkan peranan dalam menyemai semangat cintakan negara.

๐ŸŒŸ Kearah Usahawan Berdaya Saing Dan Berinovasi
๐Ÿค Bersatu โ€ข Berdaya Saing โ€ข Berinovasi โ€ข Berbakti

Ayuh! Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga.
Kerana setiap kibaran membawa satu makna โ€” Cinta Kita Kepada Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ง [email protected]


















๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Petang ini pihak persatuan mengesahkan permohonan En. Zamzuree dan En. Omar sebagai peniaga tetap Pasar Malam Taman Cemp...
18/08/2026

Petang ini pihak persatuan mengesahkan permohonan En. Zamzuree dan En. Omar sebagai peniaga tetap Pasar Malam Taman Cempaka. Semoga dikurniakan kemurahan rezeki dan sukses dalam perniagaan. ๐Ÿ‘

18/08/2026

MOH KOMER!
KE PASAR MALAM TMN CEMPAKA PETANG INI.
5.00PTG โžก๏ธ 9.00MLM

Sedang rancak berlangsung....Pasar Malam Taman Cempaka. โœ…๏ธIkan / udang segar dari Pantai Remis.โœ…๏ธPelbagai juadah makanan...
04/08/2026

Sedang rancak berlangsung....
Pasar Malam Taman Cempaka.

โœ…๏ธIkan / udang segar dari Pantai Remis.
โœ…๏ธPelbagai juadah makanan tersedia
โœ…๏ธMinuman istemewa juga boleh didapati

Aterrr! Moh datang weh! ๐Ÿค“๐Ÿค™




๐Ÿ“ฃ SERTAI KURSUS ASAS URUTAN & REFLEKSOLOGI SEKARANG! ๐ŸŒฟ๐Ÿ’†๐Ÿปโ€โ™€๏ธIngin mempelajari kemahiran urutan dan refleksologi secara si...
03/08/2026

๐Ÿ“ฃ SERTAI KURSUS ASAS URUTAN & REFLEKSOLOGI SEKARANG! ๐ŸŒฟ๐Ÿ’†๐Ÿปโ€โ™€๏ธ
Ingin mempelajari kemahiran urutan dan refleksologi secara sistematik?

Rebut peluang menyertai Kursus Asas Urutan & Refleksologi yang direka khas untuk mereka yang ingin menambah kemahiran dan meneroka peluang dalam bidang terapi.

๐ŸŒŸ Latihan disediakan secara PERCUMA
๐ŸŽ Elaun RM200
(tertakluk kepada terma dan syarat)

๐Ÿ“ Lokasi: Humaira Training Centre Ipoh, (Daerah Kinta)
๐Ÿ“… Tarikh: 9 โ€“ 13 Ogos 2026
(Ahad โ€“ Khamis)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ—“๏ธ Tempoh: 5 Hari

Kelayakan Penyertaan:
๐Ÿ”ธ Terbuka kepada warga Perak atau pemastautin
๐Ÿ”ธ Lelaki dan wanita
๐Ÿ”ธ Berumur 18 hingga 50 tahun

โœ…๏ธ Apa yang akan dipelajari?
โœจ Teknik asas urutan badan
โœจ Asas refleksologi kaki
โœจ Kaedah urutan langkah demi langkah yang mudah dipelajari

โ˜Ž๏ธ Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi:

๐Ÿ“ž Cikgu Salwa: 012-613 5542

๐Ÿ“ž Puan Su: 019-4100334

๐Ÿ“ฒ Daftar segera dengan mengimbas kod QR pada poster.
โš ๏ธ Penyertaan adalah TERHAD kepada 20 peserta sahaja!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026"Jasa Mu Dikenang, Pengorbanan Mu Disanjung, Keberanian Mu Menjadi Inspirasi Nega...
31/07/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026

"Jasa Mu Dikenang, Pengorbanan Mu Disanjung, Keberanian Mu Menjadi Inspirasi Negara."

Pada Hari Pahlawan ini, marilah kita bersama-sama menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh perwira negara yang telah berkorban demi mempertahankan keamanan, kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia.

Pengorbanan mereka bukan sekadar terpahat dalam lipatan sejarah, malah menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat untuk terus memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan cintakan tanah air.

Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak Cawangan Daerah Kinta turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta seluruh pasukan keselamatan yang sentiasa berbakti kepada negara.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan diberkati.

Ikhlas Daripada

Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak
Cawangan Daerah Kinta

29 Jul 2026 - Rabu Lawatan Kebajikan Kami Perihatin 0leh Pengerusi PPPKMNP Caw. Daerah Kinta.Penyampaian Sumbangan Kebaj...
29/07/2026

29 Jul 2026 - Rabu Lawatan Kebajikan Kami Perihatin 0leh Pengerusi PPPKMNP Caw. Daerah Kinta.

Penyampaian Sumbangan Kebajikan Mangsa Banjir pada 13 Jul 2026 yang lalu iaitu Puan Asyhdeen di Taman Cempaka.

Penyerahan telah disempurnakan oleh En. Zahari Bin Murad (Pengerusi) dan turut bersama En Mhd Isa bin Harun (Biro Kebajikan). Semoga Bantuan yg diberikan dapat meringankan keperluan yg dialaminya.

InsyaAllah. Aamiin.

27/07/2026

PODCAST "AIENYE BENOR"
EPISOD 1 | Part 5

Siapakah tetamu jemputan?

๐Ÿ‘‰ Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE Facebook Persatuan supaya anda tidak terlepas episod pertama!

Address

No. 54-A, Laluan Tasek Timur 1, Pusat Perdagangan Tasek Indra, Bercham
Ipoh
31400

Telephone

+60185739792

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak Caw. Daerah Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share