Persatuan Wanita ICU PERAK

Persatuan Wanita ICU PERAK WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT
(1)

Salam Maal Hijrah 1448HSemoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, ...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, memperkukuh keimanan serta mempertingkatkan amal kebajikan.

Marilah kita bersama menghayati semangat hijrah ke arah kehidupan yang lebih baik demi mencapai kesejahteraan ummah dan keberkatan hidup.

“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

Ikhlas daripada
PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Perak

*MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN WANITA CAWANGAN KECIL ICU JPM PERAK BILANGAN 8 TAHUN 2026 & MAJLIS _GOODBYE BUT NOT F...
10/06/2026

*MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN WANITA CAWANGAN KECIL ICU JPM PERAK BILANGAN 8 TAHUN 2026 & MAJLIS _GOODBYE BUT NOT FORGOTTEN_*

Ipoh, 5 Jun 2026 -Telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Wanita Cawangan Kecil ICU JPM Perak Bilangan 8 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Datin Hjh Saimah binti Hj Saleh.Mesyuarat ini telah menghimpunkan ahli-ahli persatuan bagi membincangkan pencapaian, perkembangan serta perancangan aktiviti persatuan.

Antara agenda utama mesyuarat adalah pembentangan Laporan Aktiviti Persatuan oleh Setiausaha yang merangkumi pelbagai program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sesi terdahulu. Selain itu, Bendahari turut membentangkan Laporan Kewangan Persatuan bagi memaklumkan kedudukan kewangan terkini dan pengurusan perbelanjaan persatuan kepada semua ahli.

Mesyuarat turut menyaksikan sesi pembubaran Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2023-2025 dan pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu bagi Sesi 2026-2028. Dalam ucapan Pengerusi, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa sesi terdahulu atas segala komitmen, dedikasi dan tanggungjawab yang telah dicurahkan dalam memastikan perjalanan persatuan berjalan lancar dan aktif.

Pengerusi turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa yang baharu dilantik serta menzahirkan harapan agar barisan kepimpinan baharu dapat meneruskan kecemerlangan dan membawa Persatuan Wanita Cawangan Kecil ICU Perak ke tahap yang lebih tinggi melalui pelaksanaan program dan aktiviti yang bermanfaat, inklusif serta memberi impak positif kepada seluruh ahli.

Pada majlis yang sama, turut diadakan majlis penghargaan bagi meraikan ahli-ahli persatuan yang telah bertukar tempat bertugas dengan tema “Goodbye But Not Forgotten”. Seramai 14 orang ahli yang bertukar diraikan sebagai tanda penghargaan atas jasa, sumbangan dan kebersamaan mereka sepanjang menjadi sebahagian daripada keluarga Persatuan Wanita Cawangan Kecil ICU Perak. Semoga ikatan persahabatan, kenangan indah dan ukhwah yang terjalin akan terus kekal walau di mana jua mereka berada.

Mengakhiri majlis, Pengerusi menyeru agar semua ahli terus memberikan komitmen dan sokongan padu terhadap setiap program yang dirancang demi memastikan persatuan kekal aktif, relevan dan menjadi platform yang menyatukan ahli. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli atas kerjasama, sokongan dan penglibatan yang diberikan dalam menjayakan setiap aktiviti persatuan.



🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙Ikhlas daripadaPersatuan Wanita ICU JPM PerakSemoga Aidiladha yang mulia ini membaw...
26/05/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙

Ikhlas daripada
Persatuan Wanita ICU JPM Perak

Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat seluruh warga serta keluarga tercinta.
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang terus mekar dalam kehidupan kita. ✨

Tiada pengorbanan yang lebih ikhlas selain kasih seorang ibu.🌷Selamat Hari Ibu ❤️. Ikhlas, Datin Hajah Saimah binti Sale...
10/05/2026

Tiada pengorbanan yang lebih ikhlas selain kasih seorang ibu.🌷
Selamat Hari Ibu ❤️.

Ikhlas,

Datin Hajah Saimah binti Saleh
Pengerusi
Persatuan Wanita ICU JPM Perak
dan semua ahli

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin dari Pengerusi dan seluruh warga Persatuan Wanita ICU JPM Perak buat semua 🌸Kuih ray...
20/03/2026

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin dari Pengerusi dan seluruh warga Persatuan Wanita ICU JPM Perak buat semua 🌸

Kuih raya tersusun rapi,
Di atas dulang penuh warna;
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Buat wanita hebat semua.

Address

Ipoh
30000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Wanita ICU PERAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share