28/06/2026
28 Jun 2026
Alhamdulillah, selesai sudah Program Bubur Asyura anjuran Gabungan Ukhwah Silaturahim Dangau yang berlangsung di Padang Awam Medan Klebang Restu.
Program selama 2 hari 1 malam bermula 27 hingga 28 Jun 2026 ini melibatkan persiapan bahan-bahan mentah sehinggalah proses memasak dan mengacau bubur asyura secara bergotong-royong.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan serta tenaga kerja yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga segala usaha, sumbangan dan pengorbanan yang diberikan dikurniakan ganjaran pahala serta menjadi amal kebajikan di sisi Allah SWT.
Program ini merupakan acara tahunan Pertubuhan Muafakat Al Fateh bersama gabungan majlis di bawah Gabungan Ukhwah Talam Sireh, yang bukan sahaja menghidupkan tradisi Bubur Asyura, malah mengeratkan lagi ukhwah dan semangat silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Semoga kita dipertemukan lagi dalam program-program akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
ALC