04/06/2026
๐ KOMIK HARIAN: AZAN BUKAN GANGGUAN
Kadang-kadang ketika kita sedang sibuk bekerja, berniaga atau menguruskan pelbagai urusan dunia, azan berkumandang seolah-olah mengganggu rutin harian kita.
Namun hakikatnya, azan bukanlah gangguan. Ia adalah panggilan kasih sayang daripada Allah SWT yang mengajak kita kembali mengingati-Nya.
Apabila kita mengutamakan solat dan memenuhi seruan Allah, yakinlah bahawa Allah akan menguruskan segala urusan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya serta melimpahkan keberkatan dalam rezeki dan masa.
โจ Utamakan Allah, Allah akan menguruskan urusanmu.
๐ "Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya)."
(Surah At-Talaq: 3)
๐คฒ Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menjaga solat pada awal waktu walau sesibuk mana sekalipun.