17/09/2026
Alhamdulillah, Karnival Keluarga Sejahtera sempena Hari Malaysia telah berlangsung dengan jayanya!
Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Taman Maju Rapat dan kawasan sekitar yang telah hadir memeriahkan karnival ini di Dewan Bankuasi Carsem semalam.
Kehadiran dan sokongan padu anda semua telah menghidupkan suasana, bermula dari program derma darah, saringan kesihatan, hinggalah ke acara santai seperti pertandingan mewarna, penulisan khat dan Jualan Rahmah. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Syukri Alimar (Ikon Anak Muda Sg. Rapat) serta semua rakan anjuran bersama yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita dan melahirkan komuniti yang lebih sihat serta sejahtera.Jumpa lagi di program akan datang!