16/09/2026
🇲🇾 MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI🇲🇾
Sempena sambutan Hari Malaysia, ayuh kita bersama-sama menghayati erti sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian, perpaduan dan semangat kebersamaan.
Hari Malaysia bukan sekadar memperingati pembentukan Malaysia, tetapi menjadi simbol kekuatan kita sebagai rakyat yang berbeza latar, budaya dan identiti, namun tetap berdiri teguh di bawah satu nama, Malaysia.
Sebagai generasi muda, marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, memperkukuh nilai kesukarelawanan dan memainkan peranan aktif dalam membina masyarakat yang inklusif, harmoni serta sejahtera.
Di bawah payung kepimpinan belia, ayuh kita satukan langkah, perkasa potensi dan menyumbang bakti demi kemajuan bumi Perak dan Malaysia tercinta.
“Bersama ABM Perak, Menyatukan Langkah, Memperkasa Malaysia.”
Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Malaysia daripada kami di Angkatan Belia MFLS Perak (ABM Perak). Semoga semangat perpaduan terus mekar dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. 🇲🇾✨