19/07/2026
17 Jul 2026, Jumaat. Mesyuarat AJK PVATM Cawangan Bercham siri 3/2026 di Dewan Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Muttaqin, Bandar Baru Putra, Ipoh.
Mesyuarat kali ini dihadiri oleh 11 orang AJK Cawangan. Ketua Cawangan, Mejar Hilmy bin Hamid (Bersara) telah mempengerusikan mesyuarat pada kali ini.
Mesyuarat kali ini turut membincangkan tentang Majlis Penganugerahan PJM Tahun 2026, Persidangan Perwakilan Negeri Tahun 2026, Penyertaan Perbarisan Hari Kebangsaan dan Pahlawan, Program AJK dan Ahli PVATM Cawangan Bercham. Tabung Kebajikan Cawangan dan perkara-perkara Pentadbiran, Pengurusan dan Dasar Cawangan turut menjadi perhatian.
Terima kasih dan syabas juga pada semua barisan Majlis Eksekutif dan AJK Cawangan yang telah memberi kerjasama dan sokongan dalam perlbagai program dan aktiviti tahun 2026 seiring cogan kata Sentiasa Berjuang. Semoga seluruh ahli cawangan ini beroleh rahmat dan berkat.