17/07/2026
Sehari yang menyatukan muzik, seni dan komuniti dalam meraikan semangat kemerdekaan dengan cara tersendiri.
Terima kasih kepada semua yang hadir, berkongsi harapan di Papan Harapan, membuat persembahan, menjadi sukarelawan serta memberikan sokongan sepanjang program ini. Setiap sumbangan anda menjadikan hari tersebut lebih bermakna.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kementerian Perpaduan Negara atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan, serta Majlis Bandaraya Ipoh atas kerjasama dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua rakan strategik, penaja, komuniti dan individu yang bersama-sama merealisasikan SUARA MERDEKA: PAPAN HARAPAN UNTUK MALAYSIA 2026.
Saksikan kembali antara detik-detik istimewa sepanjang penganjuran.