Persatuan Kebajikan Islam VRI

Persatuan Kebajikan Islam VRI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Kebajikan Islam VRI, Charitable organisation, Institut Penyelidikan Veterinar, 59 Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh.

๐ŸŒ™ SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H ๐ŸŒ™ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูDengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S...
16/06/2026

๐ŸŒ™ SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H ๐ŸŒ™
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kami mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh Muslimin dan Muslimat VRI serta umat Islam di seluruh dunia.

Awal Muharram menandakan bermulanya tahun baharu dalam kalendar Islam, membawa bersama peluang untuk kita bermuhasabah diri, memperbaiki amalan, dan memperkukuh hubungan dengan Allah SWT serta sesama manusia.

Semoga tahun baharu ini dikurniakan keberkatan, keselamatan, kesihatan yang baik, dan ketenangan dalam setiap urusan. Marilah kita sama-sama menjadikan hijrah ini sebagai titik perubahan ke arah yang lebih baik, insya-Allah.
โ€œHijrah itu bukan sekadar berpindah tempat, tetapi perubahan hati dan amal ke arah reda Ilahi.โ€

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan Allah SWT.

Ingatan Tulus Ikhlas
AJK PKI

06/06/2026

๐Ÿ“ ๐™๐”๐‹๐‡๐ˆ๐‰๐‰๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐ŸŒ™ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐’๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐‡๐‹๐ˆ๐‹ ๐ŸŒ™
๐˜š๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ˆ๐˜ญ-๐˜๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜๐˜™๐˜

Alhamdulillah, Persatuan Kebajikan Islam Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) telah berjaya menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil yang berlangsung di Surau Al-Hidayah, VRI dalam suasana penuh keberkatan, keinsafan dan ukhuwah.

Program yang diadakan sempena bulan Zulhijjah ini menghimpunkan muslimin muslimat VRI untuk bersama-sama mengalunkan bacaan Surah Yassin, tahlil dan doa bagi memohon rahmat serta menghadiahkan pahala kepada arwah ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah VRI, Ybrs. Dr. Zeti Yuzreena bt Abdul Khalid yang bersama-sama warga institut mengimarahkan program kerohanian ini.

Selesai majlis, para peserta menikmati jamuan ringan yang disediakan sambil mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga VRI dalam suasana yang mesra dan harmoni.

Semoga segala bacaan, doa dan amal kebajikan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan, kesejahteraan dan kekuatan buat seluruh warga VRI dan keluarga masing-masing.



๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  ๐Ÿ„๐Ÿโ€œSesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu nikmat yang banyak. Maka d...
26/05/2026

๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  ๐Ÿ„๐Ÿ

โ€œSesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.โ€
โ€” Surah Al-Kauthar : 1-2

Aidiladha hadir membawa pengertian besar tentang nilai keimanan, pengorbanan dan keikhlasan. Kisah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S menjadi pedoman sepanjang zaman โ€” bagaimana cinta kepada Allah SWT mengatasi segala-galanya, walaupun terpaksa mengorbankan perkara yang paling disayangi.

Dalam menempuh kehidupan hari ini, semangat pengorbanan itu wajar terus subur dalam diri setiap insan โ€” saling membantu, bertolak ansur, memperkuat ukhuwah dan bersama-sama memikul amanah demi kebaikan masyarakat serta organisasi.

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, didoakan seluruh warga Institut Penyelidikan Veterinar sentiasa diberikan keberkatan rezeki, ketenangan hati, kesihatan yang baik dan kekuatan dalam menjalankan tugas harian.

Semoga Aidiladha kali ini turut mengeratkan silaturahim, menyemai kasih sayang sesama warga kerja dan menjadikan kita insan yang lebih ikhlas dalam memberi serta berbakti.
โœจ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ
๐— ๐—ฎ๐—ฎ๐—ณ ๐—ญ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ & ๐—•๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ป โœจ

๐—œ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐˜‚๐—น๐˜‚๐˜€ ๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ
Persatuan Kebajikan Islam VRI

10/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› | ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž & ๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐™Ž๐™ช๐™ง๐™–๐™ช ๐˜ผ๐™ก-๐™ƒ๐™ž๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™, ๐™‘๐™๐™„Sejak semalam lagi p...
10/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”
๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› | ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž & ๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž
๐™Ž๐™ช๐™ง๐™–๐™ช ๐˜ผ๐™ก-๐™ƒ๐™ž๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™, ๐™‘๐™๐™„

Sejak semalam lagi persiapan sudah bermula. Barangan dibeli dan terus disiang. Daging dipotong, udang dibersihkan โ€” esok boleh terus humban dalam periuk.

Pagi ini, belum sempat matahari meninggi, dapur sudah mula berasap. Bawang, halia dan serba-serbi rempahan ditumis dalam periuk besar hingga harum semerbak. Setelah itu semuanya dimasukkan dan dididihkan, dan tangan-tangan sukarelawan bergilir mengacau agar masak sempurna, tak ada yang hangit berkerak.

Keindahan gotong-royong begitu terasa. Gurau senda, lawak jenaka sentiasa memeriahkan suasana. Usik mengusik mencetuskan dekah ketawa terbahak-bahak, menggemburkan kemesraan sesama teman sekerja, tanpa menghirau usia tua atau muda.

Bubur lambuk ini bukan sekadar juadah, tetapi lambang kebersamaan dan keikhlasan hati kita. Moga setiap bungkus bubur lambuk yang sampai ke tangan penerimanya membawa sedikit rasa kemesraan dari dapur Surau VRI, tanda ingatan dan kasih sesama kita.

๐—ž๐—›๐—”๐— ๐—œ๐—ฆ | ๐Ÿฑ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ  |๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ž๐—œ ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—ฆ๐—Ÿ๐—ข๐—ง ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐™Ž๐™ช๐™ง๐™–๐™ช ๐˜ผ๐™ก-๐™ƒ๐™ž๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™, ๐™‘๐™๐™„, ...
08/03/2026

๐—ž๐—›๐—”๐— ๐—œ๐—ฆ | ๐Ÿฑ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ |๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›
๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ž๐—œ ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐—ฆ๐—Ÿ๐—ข๐—ง ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”
๐™Ž๐™ช๐™ง๐™–๐™ช ๐˜ผ๐™ก-๐™ƒ๐™ž๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™, ๐™‘๐™๐™„, ๐™„๐™ฅ๐™ค๐™

Petang Ramadan di Surau Al-Hidayah terasa lain macam. Redup senja beransur pekat menyaksikan Warga VRI melangkah ke surau beransur-ansur, pimpin suami atau isteri, heret anak-anak, lengkap seisi keluarga. Dan suasana pun riuh rendahlah dgn kemeriahan yang jarang2 kita jumpa. Budak-budak kecil berlari ke sana sini, gelak mereka pecah sekali-sekala, membuatkan surau yang biasanya tenang jadi hidup seperti halaman kampung menjelang waktu berbuka.

Majlis bermula dengan tahlil dan doa. Kemudian tibalah waktu berbuka. Tatkala azan magrib bersiponggang, tatkala itu juga matahari terbenam meninggalkan sisa lembayung senja yg jingga. Seakan tiada siapa peduli pun tentang itu, ada yg lebih penting iaitu kurma dijamah, air diteguk. Sudah terhidang nasi tomato, bersama kambing dan ayam perap bakar yang baunya semerbak menanti untuk dijamah. Di satu sudut ada kuih-muih dan jajan budak-budak, sementara air teh tarik dan jus anggur p**a tidak henti dituang.

Selesai makan, semua berdiri rapat dalam saf untuk solat Maghrib. Malam diteruskan dengan tazkirah oleh ustaz jemputan, AF Ustaz Hanafi Roshan, sebelum sama-sama menunaikan solat Isyak dan Terawih.

Begitulah Ramadan โ€” sederhana suasananya, tetapi hangat dengan silaturahim dan keberkatan.

๐—ฆ๐—”๐—•๐—ง๐—จ | ๐Ÿณ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—จ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—น-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—กAl-Quran bukan sekadar naskah, ia adalah teman setia di kala se...
07/03/2026

๐—ฆ๐—”๐—•๐—ง๐—จ | ๐Ÿณ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›
๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—จ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—น-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก

Al-Quran bukan sekadar naskah, ia adalah teman setia di kala sepi, penawar hati yang sedih, dan cahaya yang menerangi jalan kitaโ€”tidak kira di mana pun kita berada.

Sambutan Nuzul Al-Quran kali ini mengajak kita untuk berhenti sejenak dan merenung. Walaupun kita sering berinteraksi di alam maya, janganlah kita lupa untuk menghayati setiap ayat dan kisah di dalamnya. Biarlah Al-Quran itu tidak sekadar dibaca di bibir, tetapi meresap masuk ke dalam hati dan diterjemahkan dalam akhlak kita sesama ahli komuniti.

Semoga dengan menghayati mukjizat ini, kita dapat memperbaiki diri, meningkatkan ketakwaan, dan sentiasa membawa kebaikan kepada orang di sekeliling kita, baik di dunia nyata mahupun dalam kebersamaan kita di sini.

๐™๐™ช๐™ก๐™ช๐™จ ๐™„๐™ ๐™๐™ก๐™–๐™จ
๐˜ผ๐™…๐™† ๐™‹๐™†๐™„ ๐™‘๐™๐™„

Address

Institut Penyelidikan Veterinar, 59 Jalan Sultan Azlan Shah
Ipoh
31400

Telephone

+60194545518

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Islam VRI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebajikan Islam VRI:

Shortcuts

Share