20/08/2026
ALHAMDULILLAH, MESYUARAT BERJAYA DILAKSANAKAN 🤝✨
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial (KSKS) Hospital Raja Permaisuri Bainun telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh semangat kebersamaan.
Pertemuan ini menjadi langkah awal penting buat barisan AJK sesi 2026–2027 dalam menyusun struktur organisasi, memperkemaskan gerak kerja serta menetapkan hala tuju kelab bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, aktif dan berkesan.
Banyak pandangan, idea serta cadangan telah dikongsikan demi membawa KSKS HRPB terus maju dan memberi manfaat kepada seluruh ahli.
Terima kasih dan syabas kepada semua AJK atas komitmen, masa serta kesediaan untuk bersama-sama memikul amanah yang diberikan. 💪
Jawatan itu amanah, gerak kerja itu tanggungjawab.
Kita bergerak sebagai satu pasukan, untuk semua ahli.
Semoga segala perancangan dan usaha kita dipermudahkan serta memberi impak yang terbaik kepada warga KSKS HRPB.
KSKS HRPB 2026–2027
Bersama Berkhidmat • Bersama Menggerakkan • Bersama Mencipta Kejayaan ❤️