Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak-ALMATAN

  • Home
  • Malaysia
  • Ipoh
  • Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak-ALMATAN

Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak-ALMATAN Laman rasmi Facebook Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (ALMATAN)

UCAPAN TAKZIAH KEPADA ALUMNI MTQN PERAK BATCH 1إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَPersatuan Alumni Maahad Tahfi...
24/07/2026

UCAPAN TAKZIAH KEPADA ALUMNI MTQN PERAK BATCH 1

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (ALMATAN) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohamad Ali bin Mohd Noh , mantan Imam Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) dan Alumni MTQN Perak Batch Pertama (1985–1987), yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, meluaskan kuburnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga.

Al-Fatihah.

[ UCAPAN TAHNIAH ATAS PEMAKAIAN PANGKAT KOLONEL ]Seluruh jawatankuasa Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Quran Negeri Perak ...
29/06/2026

[ UCAPAN TAHNIAH ATAS PEMAKAIAN PANGKAT KOLONEL ]

Seluruh jawatankuasa Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Quran Negeri Perak (AL-MATAN) mengucapkan tahniah kepada Kolonel Haji Mohd Nizam bin Dato’ Haji Termizi Al hafiz atas pemakaian pangkat Kolonel. Beliau merupakan alumni MTQN Perak batch 1995-1998).

Semoga dengan pelantikan ini dapat memberi manfaat kepada ummah. In sya Allah.

Ikhlas daripada :
Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak (AL-MATAN)

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448HSeluruh jawatankuasa ALMATAN ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1488.Alhamdu...
16/06/2026

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Seluruh jawatankuasa ALMATAN ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1488.

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan lembaran baharu dalam kalendar Islam. Kedatangan Maal Hijrah 1448H mengingatkan kita akan pengorbanan, kecekalan dan semangat perubahan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah yang penuh hikmah.

Marilah kita menjadikan tahun baharu ini sebagai titik permulaan untuk memperbaharui azam, memperkukuhkan ukhuwah, meningkatkan amal soleh serta terus menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.

Semoga tahun 1448H membawa keberkatan, ketenangan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah serta kejayaan di dunia dan akhirat buat kita semua.

Ikhlas daripada :
Persatuan Alumni MTQN Perak

UCAPAN TAHNIAH KEPADA JOHAN MTHQK 1447H/2026Seluruh jawatankuasa Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat Negeri ...
19/04/2026

UCAPAN TAHNIAH KEPADA JOHAN MTHQK 1447H/2026

Seluruh jawatankuasa Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat Negeri Perak (ALMATAN) mengucapkan tahniah kepada Saudara Cik Hasnul Taqiyuddin bin Cik Sazali alumni MTQN Perak (Tahun 2019-2022 ) yang telah dinobatkan sebagai Johan Qari sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran peringkat Kebangsaan tahun 1447H/2026.

Seluruh warga ALMATAN berbangga atas pencapaian tersebut.

Ikhlas daripada :
Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak (AL-MATAN)

[ PERUTUSAN SYAWAL 1447H ALMATAN ]اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْ...
20/03/2026

[ PERUTUSAN SYAWAL 1447H ALMATAN ]

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،
اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Gemersik takbir mengundang tiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal menanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Sempena 1 Syawal 1447 hijrah yang bakal bersua, seluruh kepimpinan Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Perak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada umat islam yang merayakan hari mulia ini.

Dikesempatan ini, marilah sama-sama kita bermaafan dan kunjung mengunjung sebagai tanda ukhwah yang kian terpaut dan saling bermesra mengeratkan silaturahim.

Semoga Syawal ini memberi seribu keberkatan dan kegembiraan buat kita semua.

Tulus ikhlas daripada :
Pengerusi dan seluruh warga alumni Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Perak (ALMATAN)

🌙 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 🌙Seluruh kepimpinan ALMATAN  ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubar...
18/02/2026

🌙 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 🌙

Seluruh kepimpinan ALMATAN ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menjadi medan terbaik untuk kita memperkukuh keimanan, mempertingkatkan amal ibadah.

Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat, keampunan dan kesejahteraan buat kita semua.

Ramadan Kareem!

Ikhlas daripada :
Pengerusi dan seluruh warga Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Perak (ALMATAN)

Address

Institut Tadbiran Islam Perak, Jalan Raja Musa Mahadi
Ipoh
31400

Telephone

+601111830926

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak-ALMATAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share