01/10/2021
Syukur dan terima kasih kami ucapkan kepada Tuhan kerana tanpa izin-Nya kami takkan dapat memperoleh kejayaan seperti ini.
Terima kasih juga kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang telah memberi peluang kepada kami semua untuk menyertai pertandingan E-Sulam ini. Diharap pertandingan seperti ini dapat diteruskan setiap tahun
Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada PUO terutama kepada Pengarah (Ts. HAJI MOHD FISAL HAROON), TPA (DR IZWAH ISMAIL) dan TPSA (Dr SUPA’AT ZAKARIA) kerana telah memberikan platform dan peluang untuk kami menyertai pertandingan E sulam.
Tidak dilupakan kepada KJ kejuruteraan Awam, EN. MOHD AZMI ZULKIFLI dan ketua program BCET, DR AZUIN RAMLI kerana sentiasa menyokong kami serta setinggi penghargaan kepada kedua dua pensyarah kursus kami iaitu DR AZUIN RAMLI dan PN SHARINATOL AKMANIDA JAMALUDIN atas bimbingan dan dorongan sepanjang pertandingan ini berjalan.
Kepada KRU team, JPPKK, PN YONG RASHIDAH, EN MUHAMMAD ZAKI dan EN JAMRI, terima kasih kami ucapkan atas tunjuk ajar dan kerjasama yang telah diberikan kepada kami.
Para guru, ibu bapa dan pelajar terutama kepada 10 buah sekolah yang terlibat, kami ucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan kolaborasi yang telah dibuat bersama kami.
Tidak dilupakan kepada rakan seperjuangan dan rakan sekelas yang sentiasa menyokong dan membantu kami selama ini serta pihak yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.
Sesungguhnya kejayaan kami hari ini atas usaha semua pihak dan kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Terima kasih saya ucapkan. Sekian.