17/08/2026
17.08.2026 ISNIN BERSAMAAN 04 RABIULAWAL 1448H
RABIULAWAL MENGAJAR KITA erti KASIH SAYANG
RAUDHAH PRIHATIN – MISI GEROBOK RAKYAT
“Bukan sekadar memberi, tetapi menyantuni dengan hati.”
Alhamdulillah… di bulan yang penuh kemuliaan ini, Rabiulawal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran insan agung junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Raudhah Prihatin kembali menyantuni mereka yang memerlukan melalui Misi Gerobok Rakyat.Mungkin pada pandangan kita, hanya sebuah gerobok berisi keperluan asas…tetapi bagi sebuah keluarga yang sedang berjimat cermat untuk meneruskan kehidupan,ia mungkin sebuah pertolongan yang sangat bermakna. Mungkin nilainya tidak seberapa pada kita… Namun apabila ia sampai ke tangan seseorang yang sedang memikirkan apa yang mahu dimasak untuk anak-anaknya, ia mampu menghadirkan senyuman.
Dan mungkin kita tidak pernah tahu… Ada penerima yang menerima bantuan dengan mata yang berkaca, bukan kerana jumlahnya besar, tetapi kerana masih ada insan yang peduli dan tidak melupakan mereka.
Inilah yang ingin Pertubuhan Kebajikan Raudhah semai.Kasih sayang bukan hanya untuk dilafazkan. Ia perlu diterjemahkan melalui tindakan.
Rabiulawal bukan sekadar bulan untuk kita memperingati Rasulullah SAW, tetapi menjadi ruang untuk kita menghidupkan kembali akhlak Baginda — menyayangi, membantu, mengasihi dan mengambil berat tentang keadaan orang lain.
Baginda mengajar kita bahawa sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.