29/08/2026
PERHIMPUNAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT IPD BAGAN DATUK
Hutan Melintang, 28 Ogos 2026 - YDH Supt. Mohammad Ali bin Mohd Jali, Ketua Polis Daerah Bagan Datuk hadir bagi menyempurnakan Perhimpunan Khas Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 69 di Perkarangan IPD Bagan Datuk, pagi tadi.
Aturcara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Insp Eugene Choong Kai Yan dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Bagan Datuk.
Dalam perhimpunan ini, telah mengadakan persembahan “Koir” daripada PERKEP Bagan Datuk yang diketuai oleh Insp Noor Aisyah binti Mat Isa, persembahan “Kor Kadet Polis” serta persembahan sajak dan pentomin mengenai Sambutan Hari Kebangsaan yang diketuai oleh ASP Nurul Ezana binti Zainal, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Bagan Datuk.
Selain itu, YDH Supt. Mohammad Ali bin Mohd Jali, Ketua Polis Daerah Bagan Datuk berbesar hati untuk menyampaikan surat penghargaan Ketua Polis Daerah kepada (7) orang Jurulatih Kawad Kor Kadet Polis dan (10) ahli jawatankuasa PERKEP Bagan Datuk.
Turut hadir, YDH DSP Azhar bin Abu Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, YBhg. Pn Nazrina Hj Jorami, Pengerusi PERKEP Bagan Datuk, YBhg. Pn Zarina binti Jusoh, Naib Pengerusi PERKEP Bagan Datuk, YBrs Tuan Nazrul Fazami bin Mohamad, Pegawai Daerah Bagan Datuk, YB Dato' Shahrul Zaman bin Yahya, ADUN Rungkup, YB Puan Wasanthee a/p Sinnasamy, ADUN Hutan Melintang, YBhg Datuk Khairuddin bin Tarmizi, Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri KKDW, YBhg Kapten (PA) Mohd Fazly bin Mohamad Zawawi - Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Bagan Datuk, YBhg Dr. Mohamad Zarudin bin Mat Said, Pegawai Kesihatan Daerah Bagan Datuk, YBrs Encik Basharul Hafiz bin Saat,Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk, YBrs Tuan Ir. Ts. Amir Asrol bin Ahmad Bangi, Jurutera JKR Daerah Bagan Datuk, YBhg YM Raja Noor Safeera Binti Raja Ibrahim, Pegawai Perpaduan Daerah Bagan Datuk, YBrs En Shahrul Faisal bin Zam, Pengarah Medifa Care Group Sdn. Bhd, YBhg Tuan Haji Mokhtar bin Hashim,Pengerusi PBPM Cawangan Bagan Datuk, Wakil-wakil Ketua Jabatan Kerajaan Negeri & Persekutuan, Ahli-ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Bagan Datuk, YBhg. S.I Bersara Mohd Hushaini bin Hj Arshad & Isteri, YBhg Puan Sukmayati binti Hj. Yahya ( tetamu Khas) , Pasukan Kor Kadet PDRM Daerah Bagan Datuk, Guru & Kanak-kanak Taska Perpaduan Daerah Bagan Datuk, Ketua-ketua bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Bagan Datuk.
Program berjalan dengan lancar dan baik.