PPK Seri Jerai MADA G IV Guar Chempedak

PPK Seri Jerai MADA G IV Guar Chempedak pertubuhan peladang kawasan

Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Jerai mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh wa...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™

Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Jerai mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga peladang dan masyarakat Islam.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan dalam Aidiladha ini membawa keberkatan, kesejahteraan serta rezeki yang melimpah kepada semua.

Terima kasih atas segala usaha dan pengorbanan para peladang dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan negara. ๐ŸŒพ๐Ÿ„

โ€œBersama Peladang, Membina Masa Depan Pertanian Negaraโ€

Ikhlas daripada
๐ŸŒฟ Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Jerai

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENTING: SEMAKAN STATUS KEAHLIAN PPK G IV ๐Ÿ“ขPerhatian kepada semua ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) G IV...
12/05/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENTING: SEMAKAN STATUS KEAHLIAN PPK G IV ๐Ÿ“ข

Perhatian kepada semua ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) G IV, anda dimohon untuk segera membuat semakan status keahlian masing-masing.

โš ๏ธ Kenapa perlu semak?
Sekiranya status anda telah bertukar kepada Ahli Pemutihan, tindakan susulan perlu diambil dengan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan.

๐Ÿ“ Lokasi Semakan: Bahagian Pentadbiran PPK G IV
๐Ÿ†” Dokumen Diperlukan: Sila bawa Kad Pengenalan dan Buku Ahli.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai. Terima kasih.


PROGRAM LAWATAN PENDEDAHAN DAN PEMBELAJARAN KE KAWASAN USAHAWAN MADA WILAYAH I 07 MEI 2026 - KHAMIS - Sekitar PROGRAM LA...
08/05/2026

PROGRAM LAWATAN PENDEDAHAN DAN PEMBELAJARAN KE KAWASAN USAHAWAN MADA WILAYAH I

07 MEI 2026 - KHAMIS - Sekitar PROGRAM LAWATAN KAWASAN USAHAWAN MADA WILAYAH I anjuran KUMPULAN PELADANG NITA PPK SERI JERAI.

Program ini telah disertai oleh Kumpulan Peladang Nita dan Kumpulan Peladang Muda serta pegawai pengiring Pertubuhan Peladang Kawasan G-IV Seri Jerai.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan pengurusan dan pembangunan usahawan pertanian selain berkongsi pengalaman, ilmu serta amalan terbaik dalam meningkatkan produktiviti dan pendapatan peladang.

Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat serta menjadi inspirasi kepada para peserta dalam memperkukuhkan sektor pertanian yang lebih moden, berdaya maju dan berdaya saing.





05/05/2026

PELAKSANAAN PPK CASHLESS (TANPA TUNAI) DI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SERI JERAI

๐Ÿ’ณ Cashless kini pilihan utama!

PPK terus melangkah ke hadapan dengan sistem bayaran tanpa tunai yang lebih mudah, cepat dan selamat.
Jom sama-sama kita sokong perubahan ke arah digital ๐Ÿš€

๐ŸŒพ Peladang moden, pilihan bijak




Selamat Hari Pekerja 2026 ๐ŸŒพSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja, peladang s...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 ๐ŸŒพ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja, peladang serta semua pihak yang sentiasa komited dalam memajukan sektor pertanian di kawasan Seri Jerai.

Dedikasi dan usaha gigih anda semua menjadi pemangkin kepada kejayaan dan kelestarian industri peladangan. Semoga semangat kerjasama ini terus diperkukuhkan demi mencapai kecemerlangan bersama.

โ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ€

Selamat Hari Pekerja kepada semua.
Teruskan berbakti dan berusaha!

Pembayaran dividen bagi saham Tahun 2024 PPK SERI JERAI akan mula dibayar pada 27.04.2026 (Isnin). Sila datang mengikut ...
22/04/2026

Pembayaran dividen bagi saham Tahun 2024 PPK SERI JERAI akan mula dibayar pada 27.04.2026 (Isnin). Sila datang mengikut waktu yg ditetapkan iaitu :-

8:30 pagi - 12:00 Tengahari
2:30 petang - 4:00 Petang (Ahad - Rabu)
2:15 Petang - 3:00 Petang (Khamis)

Nota:-

Peladang diminta membawa kad pengenalan atau buku ahli untuk memudahkan urusan pembayaran dilakukan.

Terima kasih.

Assalammualaikum....Adalah dimaklumkan bahawa PPK G IV Guar Chempedak telah membuka Sebut Harga untuk sewaan tanah benda...
30/03/2026

Assalammualaikum....

Adalah dimaklumkan bahawa PPK G IV Guar Chempedak telah membuka Sebut Harga untuk sewaan tanah bendang milik PPK bermula musim 1/2026 hingga musim 2/2027 (4 Musim).

Tawaran ini terbuka kepada ahli PPK G IV Guar Chempedak sahaja. Ahli PPK yang berminat, boleh dapatkan borang tawaran sebut harga tersebut di Bahagian Pentadbiran PPK G IV Guar Chempedak secara percuma.

Tarikh tutup tawaran sebut harga pada *6 April 2026 (Isnin) Jam 12.00 Tgh*

Terima kasih.

14/09/2025

Lihat video INFO MEDIA PPK G IV ๐Ÿ“น.

MAKLUMAN DAN HEBAHAN ! *Jadual Banci Baja Musim 2 2025*Perhatian kepada peladang PPK G-IV MADA GUAR CHEMPEDAKBerikut mer...
10/09/2025

MAKLUMAN DAN HEBAHAN !

*Jadual Banci Baja Musim 2 2025*

Perhatian kepada peladang PPK G-IV MADA GUAR CHEMPEDAK
Berikut merupakan jadual Pendaftaran kupon baja Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) bagi Musim 2/2025

Diharap peladang dapat hadir ke PPK mengikut kawasan dan tarikh yang telah ditetapkan bagi memudahkan proses penyusunan penghantaran baja.

MASA BANCIAN:
8.15 PAGI - 4.00 PETANG ( AHAD - RABU)

Terima kasih.

Info: Unit Media & Komunikasi PPK G IV

๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘จ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ผ๐‘น ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ผ๐‘ณ 1447 ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ฑ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต 2025 , ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ฏ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ท ๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐‘น ๐‘ต๐‘จ๐‘ฉ๐‘ฐ ๐‘ด๐‘ผ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ด๐‘ด๐‘จ๐‘ซ ๐‘บ๐‘จ๐‘พGuar Chemped...
10/09/2025

๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘จ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ผ๐‘น ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ผ๐‘ณ 1447 ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ฑ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต 2025 , ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ฏ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ท ๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐‘น ๐‘ต๐‘จ๐‘ฉ๐‘ฐ ๐‘ด๐‘ผ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ด๐‘ด๐‘จ๐‘ซ ๐‘บ๐‘จ๐‘พ

Guar Chempedak, 8 September 2025 โ€“ Program Sambutan Maulidur Rasul 1447 Hijrah/2025 Masihi anjuran Kumpulan Peladang Nita dan Muda dengan Kerjasama Kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Jerai telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan penghayatan di perkarangan PPK Seri Jerai.

Majlis yang dihadiri kira-kira 150 orang peserta termasuk 50 orang kanak-kanak tadika itu berjalan dengan lancar dalam suasana penuh ukhuwah dan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Program dimulakan seawal jam 7.45 pagi dengan sesi pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengurus Wilayah IV Pertanian, En Zupi Noor Adli bin Pilus pada jam 9.00 pagi. Acara diteruskan dengan perarakan Maulidur Rasul melibatkan ahli peladang dari 16 unit PPK yang menyemarakkan suasana sambutan.

Kemuncak majlis adalah ceramah agama bertajuk โ€œPertanian Dari Perspektif Islamโ€ yang disampaikan oleh Syeikh Mohd Rasydan bin A. Rahman memberikan pencerahan tentang bagaimana sektor pertanian boleh menjadi ibadah dan sebahagian daripada jihad ekonomi ummah.

Turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak pada jam 10:30 pagi sebagai pengisian kreatif dan pendidikan awal mengenai nilai-nilai Islam. Program berakhir sekitar 12.30 tengah hari dengan jamuan makan tengah hari serta sesi bersurai.

๐ŸŽฏ Objektif Program:
โœ… Menghayati sirah dan perjuangan Rasulullah SAW sebagai teladan kehidupan
โœ… Mengeratkan ukhuwah antara ahli peladang, keluarga serta masyarakat setempat
โœ… Memupuk minat generasi muda dalam mengenali Islam sejak usia kecil
โœ… Menjadikan sambutan Maulidur Rasul sebagai platform dakwah dan penghayatan nilai Islam

Address

Ppk Guar Chempedak
Gurun
08800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044686140

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPK Seri Jerai MADA G IV Guar Chempedak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PPK Seri Jerai MADA G IV Guar Chempedak:

Share