27/09/2024
Sedekah Tidak Mengurangkan Harta
Orang yang bersedekah tidak akan mengurangkan hartanya. Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik malah akan didoakan oleh Malaikat.
ุนููู ุฃูุจูู ููุฑูููุฑูุฉู ุฑูุถููู ุงูููููู ุนููููู ุฃูููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููุงูู ู
ูุงู
ูู ููููู
ู ููุตูุจูุญู ุงููุนูุจูุงุฏู ููููู, ุฅููุงูู ู
ูููููุงูู ูููุฒููุงููู, ููููููููู ุฃูุญูุฏูููู
ูุง: ุงูููููู
ูู ุฃูุนูุทู ู
ููููููุง ุฎูููููุง. ููููููููู ุงูุขุฎูุฑู: ุงููููู
ูู ุฃูุนูุทู ู
ูู
ูุณูููุง ุชูููููุง
Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
"Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa; "Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya", sedangkan yang satunya lagi berdoa; "Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil) ".(HR Bukhari No: 1351) Status: Hadis Sahih
1. Sedekah adalah amalan yang dituntut dalam Islam
2. Orang yang memberi kemaafan kepada orang lain, Allah akan menambah kemuliaan kepadanya.
3. Orang yang merendahkan diri kerana Allah (rendah hati, tidak sombong), Allah akan mengangkat darjat serta kedudukannya di sisi Allah.
4. Perbanyakkanlah sedekah, jadikanlah diri kita seorang yang pemaaf dan berusahalah menjadi orang yang sentiasa merendah diri bukan angkuh dan sombong.
Jom kita bersama-sama ringankan beban saudara se-Islam dengan menyumbang dalam program Wakaf Van Jenazah dan Madrasah. Setiap sumbangan anda bukan sahaja memudahkan urusan mereka yang memerlukan, malah menjadi saham akhirat yang berterusan.
Klik di sini untuk menyumbang: linktr.ee/perkaraofficial
Semoga setiap rezeki yang dikongsi akan dilipatgandakan oleh Allah SWT dengan pahala yang tidak terputus dan barakah hidup yang berpanjangan. Aamiin ya Rabbal Alamin.
Terima kasih atas sokongan anda!