Masjid As-Syakirin Guar Stesen, Gurun, Kedah

Masjid As-Syakirin Guar Stesen, Gurun, Kedah Institusi Membina Insan Bertakwa
(1)

01/05/2026

Sempena Hari Jumaat yang mulia ini, Jom berwakaf tunai ke tabung Pembinaan Dewan Masjid Guar Stesen
1100528892 (Bank Rakyat)

12/04/2026
Warna warni kemeriahan Sambutan Jamuan Raya Aidilfitri peringkat Masjid As-Syakirin Guar Stesen, Gurun, Kedah pada hari ...
10/04/2026

Warna warni kemeriahan Sambutan Jamuan Raya Aidilfitri peringkat Masjid As-Syakirin Guar Stesen, Gurun, Kedah pada hari ini. Kehadiran sangat memberangsangkan, lebih dari tahun yang lalu.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Penghargaan kepada semua AJK, Pegawai, Jawatankuasa, wakil-wakil Kampung dan taman dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis jamuan Hari raya ini. Semoga diberkati Allah SWT.

Suasana Pelaksanaan Solat Sunat Istisqa' ( solat minta hujan ) di Masjid As Syakirin Guar Stesen Gurun
30/03/2026

Suasana Pelaksanaan Solat Sunat Istisqa' ( solat minta hujan ) di Masjid As Syakirin Guar Stesen Gurun

Pada 26 Ramadan ( Malam 27 Ramadan) telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Cenderahati dan Saguhati ke...
21/03/2026

Pada 26 Ramadan ( Malam 27 Ramadan) telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Cenderahati dan Saguhati kepada Pegawai, AJK Masjid As-Syakirin Guar Stesen, Gurun, Kedah , AJK Biro, Imam dan Bilall Tarawih, Tadarrus, petugas Iftor dan petugas bubur kanji.

Susana Kemeriahan Solat Sunat Aidilfitri 1447H di Masjid As-Syakirin Guar Stesen, Gurun, Kedah
21/03/2026

Susana Kemeriahan Solat Sunat Aidilfitri 1447H di Masjid As-Syakirin Guar Stesen, Gurun, Kedah

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026. Maaf Zahir dan Batin. كل عام و أنتم بخير ، تقبل الله منكم صالح الأعما...
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026. Maaf Zahir dan Batin.

كل عام و أنتم بخير ، تقبل الله منكم صالح الأعمال

Semoga kita terus Istiqamah dengan amalan Soleh selepas dari bulan Ramadan dan terus mengimarahkan rumah Allah SWT.

Dengan Ingatan tulus ikhlas daripada:

Imam/ Pengerusi, Jawatankuasa, Pegawai dan semua Jemaah Masjid As-Syakirin Guar Stesen, Gurun, Kedah

🌸Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !Sempena berada Hari Jumaat yang mulia dan 10 terakhir Ramadan yang Istimewa...
13/03/2026

🌸Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !

Sempena berada Hari Jumaat yang mulia dan 10 terakhir Ramadan yang Istimewa ini, Jom kita sama-sama berwakaf tunai untuk

*Dana Pembinaan Dewan Masjid As Syakirin Guar Stesen*

Semoga Wakaf Tunai yang tuan/puan laksanakan ini akan diberikan Ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Wakaf boleh dilakukan dengan serahan secara tunai atau bank in melalui:

*Masjid Kariah Guar Stesen*
*1100528892*
*Bank Rakyat'*

Sila letakkan reference:

"Wakaf Dewan Masjid"

Untuk makluman lanjut tuan/puan boleh hubungi nombor yang tertera didalam poster. Terima kasih.

27 Feb - Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Ramadan 1447H, Masjid As-Syakirin di Balai Lintang Masjid. Majlis disempurna...
27/02/2026

27 Feb - Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Ramadan 1447H, Masjid As-Syakirin di Balai Lintang Masjid. Majlis disempurnakan oleh Ybhg Ustaz Aizat Zakaria, Imam Masjid. Seramai 50 dipilih menerima sumbangan mengikut kategori berkaitan.

Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh.Projek menurap tar di Masjid As Syakirin Kariah Masjid As-Syakirin Guar Stes...
24/02/2026

Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh.

Projek menurap tar di Masjid As Syakirin Kariah Masjid As-Syakirin Guar Stesen, Gurun, Kedah akan bermula pada 25 Mac 2026 bersamaan 7 Ramadan 1447H (Rabu). Kos melebihi RM 50,000.00 (Lima Puluh Ribu Ringgit).

Bersempena dengan Bulan Ramadan yang mulia ini, Pihak Jawatankuasa Masjid ingin membuka peluang kepada muslimin / muslimat, tuan / puan yang ingin bersama-sama menyumbang bagi menjayakan projek ini.

Sumbangan boleh disampaikan secara tunai kepada Pengerusi, Setiausaha @ Bendahari Masjid @ Bank in ke Akaun :

JK QARIAH MASJID GUAR STESYEN
02084010028373
Bank Islam Malaysia Berhad

Serta letakkan reference "projek tar" dan Whatsapp resit sumbangan kepada Jawatankuasa untuk rujukan.

Semoga projek ini berjaya dilaksanaka untuk keselesaan Jamaah Dan Segala sumbangan yang diberikan akan diganjarkan pahala yang berlipat Kali Ganda oleh Allah SWT.

Address

Jalan Jenun
Gurun
08800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid As-Syakirin Guar Stesen, Gurun, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share