SRITI Kedah

SRITI Kedah Sebarang pertanyaan hubungi admin +60108084322

Suasana sepanjang Kursus Siri 1 Guru-Guru SRITI Kedah memang terbaik! 🔥Penuh dengan semangat, perkongsian ilmu dan energ...
08/05/2026

Suasana sepanjang Kursus Siri 1 Guru-Guru SRITI Kedah memang terbaik! 🔥

Penuh dengan semangat, perkongsian ilmu dan energi positif daripada para guru SRITI. Moga kursus ini terus menyuntik inspirasi dan semangat baharu buat seluruh warga pendidik.





Slot Ice Breaking yang dapat mengeratkan lagi ukhwah diantara guru-guru.
07/05/2026

Slot Ice Breaking yang dapat mengeratkan lagi ukhwah diantara guru-guru.




KURSUS GURU SIRI 1 telah bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga Sabtu, 8 Mei 2026 bertempat di Kompleks Pendidik...
07/05/2026

KURSUS GURU SIRI 1 telah bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga Sabtu, 8 Mei 2026 bertempat di Kompleks Pendidikan dan Pentadbiran PAS Kedah, Guar Chempedak.

Kursus ini menghimpunkan para guru SRITI bagi memperkukuh kefahaman, meningkatkan kemahiran serta memantapkan gerak kerja pendidikan demi melahirkan generasi rabbani murabbi yang cemerlang.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan seluruh peserta mendapat manfaat sepanjang kursus berlangsung.





LAWATAN TAPAK MAIS SRITI MALAYSIA 2026Alhamdulillah, telah berlangsung Lawatan Tapak MAIS SRITI Malaysia Tahun 2026 ke U...
05/05/2026

LAWATAN TAPAK MAIS SRITI MALAYSIA 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Lawatan Tapak MAIS SRITI Malaysia Tahun 2026 ke UniSHAMS bagi tujuan tinjauan dan persiapan program akan datang.

Lawatan ini telah diadakan pada 5 Mei 2026 (Selasa) jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Censelori UniSHAMS.

Lawatan ini bertujuan meneliti kemudahan, kesesuaian lokasi serta memastikan segala perancangan program berjalan dengan lancar dan tersusun.

Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan memberi manfaat kepada seluruh warga SRITI.




KEPUTUSAN PENUH MAIS SRITI NEGERI KEDAH 2026Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Ne...
26/04/2026

KEPUTUSAN PENUH MAIS SRITI NEGERI KEDAH 2026

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Negeri Kedah 2026 atas pencapaian yang cemerlang 🌟.

Berikut merupakan keputusan penuh serta jumlah mata terkumpul sepanjang pertandingan yang telah berlangsung:



Keputusan Pemenang MAIS SRITI Negeri Kedah 2026Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS)...
26/04/2026

Keputusan Pemenang MAIS SRITI Negeri Kedah 2026

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) 2026 atas pencapaian yang membanggakan! 🌟

Usaha, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan amat mengagumkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh pada masa akan datang.

Tidak dilupakan juga kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian, anda semua hebat! Teruskan berusaha dan jangan pernah putus asa.

Jumpa lagi di MAIS akan datang, insyaAllah! 🤍



MAJLIS PENUTUP MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI (MAIS) NEGERI KEDAH 2026Alor Setar, KEDAH – Tirai Mahrajan Amal Islami SRITI (...
25/04/2026

MAJLIS PENUTUP MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI (MAIS) NEGERI KEDAH 2026

Alor Setar, KEDAH – Tirai Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Negeri Kedah 2026 melabuhkan tirainya dalam suasana penuh gemilang menerusi Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Ustazah Siti Ashah binti Haji Ghazali, EXCO Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan.

Majlis penutup tersebut menjadi kemuncak kepada penganjuran MAIS 2026 yang menghimpunkan murid-murid SRITI dari seluruh negeri Kedah dalam pelbagai acara dan pertandingan bercorak pembangunan bakat dan keyakinan diri. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang telah menunjukkan kesungguhan, disiplin dan komitmen tinggi sepanjang program berlangsung.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berbahagia Ustaz Hamadah bin Mohamad Shauki, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah; Yang Berbahagia Ustaz Mohamad bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (HEASA) Kedah; Yang Berbahagia Ustaz Subki bin Zakaria, Pengarah Jabatan SRITI Negeri Kedah; serta Yang Berbahagia Ustaz Shafiq bin Sulaiman, Timbalan Pengarah 3 Jabatan SRITI Kedah (Sektor Pembangunan Murid) merangkap Penasihat MAIS 2026.

Hadir sama, Yang Berusaha Ustaz Fikri bin Ishak, Yang Dipertua Majlis Guru Besar SRITI Negeri Kedah; Yang Dikasihi Ustaz Muhammad Afiq Wafiuddin bin Abdul Razak, Pengarah Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Kedah 2026; dan Yang Dihormati Ustazah Zalikha binti Md Noh, Guru Besar SRITI Darul Ulum merangkap tuan rumah MAIS 2026.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, ADUN Sungai Limau merangkap EXCO Pendidikan, Penerangan & Komunikasi Kerajaan Negeri Kedah; Yang Berhormat Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang; serta Yang Berhormat Mardhiyyah Johari, ADUN Pengkalan Kundor.

Penganjuran MAIS 2026 dilihat berjaya mencapai matlamatnya sebagai platform mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta memperkukuh semangat ukhuwah dalam kalangan murid-murid SRITI seluruh Negeri Kedah.

Para pemenang johan bagi setiap acara akan mewakili Negeri Kedah ke Mahrajan Amal Islami SRITI Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

MAIS Negeri Kedah 2026 melabuhkan tirai, namun semangatnya terus menyala.



📌Rangkuman Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Negeri Kedah 2026
25/04/2026

📌Rangkuman Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Negeri Kedah 2026



📌Rangkuman Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Negeri Kedah 2026
25/04/2026

📌Rangkuman Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Negeri Kedah 2026




25/04/2026

Majlis Penutup Mahrajan Amal Islami SRITI Negeri Kedah 2026

Address

Pejabat SRITI Negeri Kedah, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Pendidikan PAS
Guar Chempedak
08800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60108084322

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SRITI Kedah:

Share