Infiniti Dakwah Malaysia

Infiniti Dakwah Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Infiniti Dakwah Malaysia, Non-Governmental Organization (NGO), No 1995 Bandar Baru, Gua Musang.

Sumbangan Susu Kepada Yaakob bin IsmailKeluarga ini sedang menghadapi ujian berat selepas kemalangan Pakcik Yaakob pada ...
04/10/2025

Sumbangan Susu Kepada Yaakob bin Ismail

Keluarga ini sedang menghadapi ujian berat selepas kemalangan Pakcik Yaakob pada 6 Ogos lalu. Hentakan kuat yang dialami telah mengakibatkan stroke otak, dan beliau kini masih dalam keadaan koma.

Rawatan harian memerlukan beliau menerima susu khas (Ensure Gold) melalui tiup hidung setiap 4 jam (5 kali sehari). Satu tin hanya mampu bertahan selama 4 hari, dan harga susu tersebut amat tinggi iaitu sekitar RM100 setiap tin.

Pihak kami dengan penuh rasa prihatin telah menyampaikan sumbangan sebanyak 8 tin susu serta sumbangan tunai kepada keluarga Yaakob bin Ismail bagi meringankan sedikit beban mereka.

Semoga sumbangan kecil ini menjadi asbab kebaikan dan dirahmati Allah SWT.


Alhamdulillah telah kami sampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham Syakir Aiman yang meninggalkan dunia akibat kemal...
07/12/2024

Alhamdulillah telah kami sampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham Syakir Aiman yang meninggalkan dunia akibat kemalangan.

Semoga sumbangan ini meringankan beban Puan Masitah dalam tempoh iddah ini.

Terima Kasih kepada Tuan/Puan yang memberi sumbangan kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan Tuan/Puan dengan ganjaran berlipat kali ganda dan menjadikan sumbangan ini sebagai saham akhirat yang berterusan.

Sekiranya ada pihak Tuan/Puan ingin menyalurkan sumbangan berterusan boleh ke Akaun :

๐Ÿ“ŒNuru Fatin Atikah Binti Kamaruz zaman
๐Ÿ“Œ 03063020346205
๐Ÿ“Œ Bank Islam Malaysian Berhad
๐Ÿ“Œ Ref : Masitah Aiman

SUMBANGAN IBU TUNGGAL DAN ANAK YATIM

Nama arwah : Muhamad Syakir Aiman Bin Che Azmi
Umur : 23 Tahun
Pekerjaan : Pembantu kedai
Tarikh/masa kematian : 25/11/2024 ( 8.05 malam)
Punca kematian : Kemalangan
Komplikasi : Masalah dalaman & patah tulang tengkok
Nama Isteri : Siti Masitah Binti Ku Wira
Umur : 20 Tahun
Pekerjaan : Suri rumah
Anak/Umur : 3 orang
Sulong: 3 Tahun
Tengah: 2 Tahun
Bongsu: 1 Tahun

Jazakumullahukhair.

Alhamdulillah, Program Menyantuni Warga Emas sempena Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Daerah Gua Musang 2024 telah ber...
12/11/2024

Alhamdulillah, Program Menyantuni Warga Emas sempena Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Daerah Gua Musang 2024 telah berjaya dilaksanakan pada 10 November 2024 di Felda Chiku 6. Program ini dianjurkan oleh PAWE Gua Musang dengan kerjasama Pertubuhan Infiniti Dakwah Malaysia (PIDMa), bertemakan โ€œPenuaan Bermaruah: Memperkukuhkan Sistem Penjagaan dan Sokongan Warga Emas.โ€

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Warga Orang Kurang Upaya (WOKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Encik Anuar bin Cik Mahmid. Turut hadir, Pegawai Kebajikan Masyarakat Gua Musang, Encik Bun Tham, yang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Pelbagai aktiviti bermanfaat turut diadakan untuk para peserta, termasuk senaman, pemeriksaan kesihatan, pertandingan, serta Anugerah Tokoh Warga Emas bagi menghargai sumbangan warga emas yang berjasa.

PIDMa juga mengambil inisiatif untuk menyumbangkan bakul makanan kepada 30 orang warga emas dan mengedarkan buku poket Zikir Pagi dan Petang serta Kepentingan Tadabbur Al-Quran sebagai panduan rohani harian mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya PAWE dan JKM Gua Musang. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, inshaAllah.

Alhamdulillah, Hari ini kami telah melaksanakan program "Sentuhan Kemanusiaan" di perkampungan Orang Asli di Kuala Betis...
23/09/2024

Alhamdulillah, Hari ini kami telah melaksanakan program "Sentuhan Kemanusiaan" di perkampungan Orang Asli di Kuala Betis. Dalam usaha memperkukuh ukhuwah dan menyampaikan ilmu, kami mengajar masyarakat di sana cara mengambil wudhu serta menyantuni mereka dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kami juga sempat membuat agihan bakul makanan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

Tidak hanya itu, kami turut mengedarkan bukuยฒ poket ilmiah "Panduan Solat Nabi, Zikir Pagi Petang, serta Matlamat Hidup" sebagai bahan bacaan untuk memperkayakan rohani dan kefahaman agama saudara-saudara kita. Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan kesejahteraan buat semua.

23 SEPTEMBER 2024 | ISNIN

09/04/2024
๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฌ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—บAlhamdulillah di penghujung ramadan kali ini kami sempat menziarah ibu tunggal yang kehila...
09/04/2024

๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฌ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—บ

Alhamdulillah di penghujung ramadan kali ini kami sempat menziarah ibu tunggal yang kehilangan suami pada Disember 2023 akibat serangan jantung dan meninggalkan 4 orang anak. Puan Farah (32 tahun) yang tinggal di Ipoh terpaksa pulang ke kampung sebelum ramadan tahun ini untuk tinggal bersama keluarga Kg Kolam Mas Gua Musang).



16 MAC 2024 | RABUBulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah swt untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan d...
28/03/2024

16 MAC 2024 | RABU

Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah swt untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Alhamdullilah pada 16 Ramadhan 1445H kami diberi peluang untuk meraikan seramai 150 orang asnaf dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Asnaf yang diadakan di Warung Buluh Gua Musang semalam.

Program Ihya Ramadhan ini merupakan satu program inisiatif bagi berkongsi rezeki dan meraikan golongan asnaf di sekitar Gua Musang yang terdiri daripada warga emas, anak yatim, ibu tunggal dan OKU. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan dan ikatan ukhuwah sesama Islam serta membantu dan meringankan beban golongan yang memerlukan. Ianya juga sebagai satu inisiatif sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat golongan-golongan yang tidak berkemampuan turut merasai keprihatinan kerajaan.

Kami dari NGO Infiniti Dakwah Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dari NGO Kasih Rakyat Kelantan dan juga jawatankuasa JPKKP Mukim Bandar Gua Musang dalam menjayakan program ini. Diharapkan kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang kerana program ini pastinya akan menjadi pendorong pembentukan sahsiah diri masyarakat setempat dan dapat menghidupkan Ramadhan Al-Mubarak dengan amalan-amalan sunnah Nabi Muhammad SAW yang dapat mendekatkan diri kepada Allah Taala selain dapat merapatkan ukhuwwah antara warga penduduk di sekitar terutamanya melalui penyertaan aktiviti kemasyarakatan yang dirancang ini.

Address

No 1995 Bandar Baru
Gua Musang
18300

Telephone

+60163062802

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Infiniti Dakwah Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Infiniti Dakwah Malaysia:

Share