KRT Taman Saujana Harmoni

KRT Taman Saujana Harmoni Laman Facebook Rasmi KRT Taman Saujana Harmoni, Gua Musang

No. pendaftaran: RT 030810112

4 April 2026.Program "X-plorasi Bukit Chupak@Muse" AJK KRT TSH telah diadakan di Bukit Chupak, Gua Musang. Program ini t...
08/04/2026

4 April 2026.

Program "X-plorasi Bukit Chupak@Muse" AJK KRT TSH telah diadakan di Bukit Chupak, Gua Musang.

Program ini telah disertai lebih kurang 80 peserta dewasa dan kanak-kanak. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat.

3 April 2026.Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KRT Taman Saujana Harmoni telah diadakan di perkarangan rumah tuan pen...
08/04/2026

3 April 2026.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KRT Taman Saujana Harmoni telah diadakan di perkarangan rumah tuan pengerusi Ustaz Zaki.

Majlis yang bermula pada pukul 8.30 hingga 11.00 malam ini telah mendapat sambutan yang cukup meriah daripada penduduk Taman Saujana Harmoni Fasa 1&2.

Tahniah & terima kasih kepada jawatankuasa KRT TSH di atas penganjuran yang gilang-gemilang kali ini.

16 Mac 2026.Mesyuarat Khas dan majlis berbuka puasa AJK KRT TSH 2026 bertempat di kediaman Tuan Pengerusi Ustaz Zaki. Te...
17/03/2026

16 Mac 2026.

Mesyuarat Khas dan majlis berbuka puasa AJK KRT TSH 2026 bertempat di kediaman Tuan Pengerusi Ustaz Zaki.

Terima kasih atas komitmen & kerjasama yang ditunjukkan ahli-ahli jawatankuasa.

22 Feb 2026 - Memenuhi jemputan YB Dato Abe Din di teratak putih beliau. Terima kasih atas jemputan wakil KRT Taman Sauj...
23/02/2026

22 Feb 2026 - Memenuhi jemputan YB Dato Abe Din di teratak putih beliau. Terima kasih atas jemputan wakil KRT Taman Saujana Harmoni di majlis Moreh@Galas. Alhamdulillah meriah dengan juadah moreh. Semoga hubungan silaturahim terus terjalin antara kita. Terima Kasih.

3 Februari 2026 - Hadir Majlis Seindah Kenangan sempena perpisahan Pegawai Perpaduan Daerah En. Nash yang akan melangkah...
04/02/2026

3 Februari 2026 - Hadir Majlis Seindah Kenangan sempena perpisahan Pegawai Perpaduan Daerah En. Nash yang akan melangkah jauh ke bidang lain yang ingin dikecapinya. Semoga terus maju Jaya dalam tugas yang baru serta memberi manfaat pada orang lain. Mudah mudahan kita dapat bekerjasama di lain kali.

01.02.2026 - Alhamdulillah.. dipermudahkan urusan. Mesyuarat Penyelarasan bersama Ketua Jajahan Pej.Tanah, YB Dato Adun ...
01/02/2026

01.02.2026 - Alhamdulillah.. dipermudahkan urusan. Mesyuarat Penyelarasan bersama Ketua Jajahan Pej.Tanah, YB Dato Adun Galas, YBrs. Penyelia Dun Galas, YBrs Pengerusi KRT Taman Saujana Harmoni Mohd Zaki Mat Zin , YBrs. Imam Tua Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, dan Pegawai yang terlibat dalam cadangan pembinaan Masjid Iktikaf Taman Saujana Harmoni. Beberapa cadangan dan pendapat dikemukakan serta dibincangkan. Hasil mesyuarat bersetuju sebulat suara👍.

27.01.2026 - Perlawanan persahabatan Pasukan bola speak Taman Saujana Harmoni bertemu Pasukan Bola Sepak Mahaad Muhammad...
29/01/2026

27.01.2026 - Perlawanan persahabatan Pasukan bola speak Taman Saujana Harmoni bertemu Pasukan Bola Sepak Mahaad Muhammadi Gua Musang bertempat di Padang sekolah.

Program khas peralihan CDL Kelas B (motosikal) secara berkelompok bagi KRT Taman Saujana Harmoni yang telah di laksanaka...
29/01/2026

Program khas peralihan CDL Kelas B (motosikal) secara berkelompok bagi KRT Taman Saujana Harmoni yang telah di laksanakan pada 25 Januari 2026 bertempat di Akedemi Memandu Berhemat Kotaraya Sdn.Bhd . Peserta adalah dikalangan warga KRT Taman Saujana Harmoni. Tujuan adalah untuk memberi peluang kepada penduduk yang mempunyai Lesen kelas B2/B1 yang layak dinaiktaraf memiliki Lesen kelas B (tanpa had cc). Alhamdulillah program berjalan dengan jayanya Dan mencapai 100% lulus.

10.01.2026 - Kejohanan pertama Kali pada tahun ini iaitu Futsal Mahabbah 2.0 yang diadakan di Gelanggang Futsal Padang G...
10/01/2026

10.01.2026 - Kejohanan pertama Kali pada tahun ini iaitu Futsal Mahabbah 2.0 yang diadakan di Gelanggang Futsal Padang Golf Gua Musang yang disertai 6 pasukan. Terima kasih kepada penganjur Kejohanan atas kejayaan penganjuran sukan futsal ini. Tahniah juga diucapkan kepada Pasukan Futsal Taman Saujana Harmoni yang telah memberi komitmen yang terbaik dalam Kejohanan tersebut.

13 Disember 2025.Program gotong-royong membersihkan semak-samun & lalang telah diadakan dengan jayanya. Program kali ini...
13/12/2025

13 Disember 2025.

Program gotong-royong membersihkan semak-samun & lalang telah diadakan dengan jayanya. Program kali ini telah mendapat sokongan yang padu daripada penduduk Taman Saujana Harmoni Fasa 1 & 2.

Terima kasih atas kerjasama yang telah ditunjukkan oleh peserta yang bermandi peluh menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada kaum hawa yang telah menyiapkan makanan & minuman kepada peserta.

Semoga program ini membawa manfaat kepada kita semua. Tahniah diucapkan.

10 Disember 2025.Perlawanan persahabatan bola sepak di antara TSH FC menentang Maahad Muhammadi Gua Musang (MMGM FC) ber...
13/12/2025

10 Disember 2025.

Perlawanan persahabatan bola sepak di antara TSH FC menentang Maahad Muhammadi Gua Musang (MMGM FC) bertempat di Padang MMGM.

Jamuan juga disediakan selepas perlawanan. Terima kasih tuan rumah.

Address

Taman Saujana Harmoni
Gua Musang
18300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Saujana Harmoni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share