Majlis Perundingan Wanita Kelantan - MPWP Gua Musang

Majlis Perundingan Wanita Kelantan - MPWP Gua Musang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Perundingan Wanita Kelantan - MPWP Gua Musang, Community Center, Gua Musang.

02/06/2026
31/05/2026
๐ŸŽ‚โœจ SANAH HELWAH โœจ๐ŸŽ‚Selamat Ulang Tahun Kelahiran buatShilpa Mokhtar ๐ŸŒธSemoga dipanjangkan umur dalam keberkatan, dikurniak...
28/05/2026

๐ŸŽ‚โœจ SANAH HELWAH โœจ๐ŸŽ‚

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat
Shilpa Mokhtar ๐ŸŒธ

Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT ๐Ÿค

โ€œSemoga setiap langkah dipenuhi kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat.โ€

Ikhlas daripada :-
Majlis Perundingan Wanita Parlimen Gua Musang ๐ŸŒท

๐ŸŒ™ SALAM AIDILADHA 1447H ๐ŸŒ™Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan dalam melaksanakan perintah A...
27/05/2026

๐ŸŒ™ SALAM AIDILADHA 1447H ๐ŸŒ™

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan dalam melaksanakan perintah Allah SWT sebagaimana pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Firman Allah SWT:
๏ดฟ ู„ูŽู† ูŠูŽู†ูŽุงู„ูŽ ูฑู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูุญููˆู…ูู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽุง ุฏูู…ูŽุงู“ุคูู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽูฐูƒูู† ูŠูŽู†ูŽุงู„ูู‡ู ูฑู„ุชู‘ูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ูฐ ู…ูู†ูƒูู…ู’ )

โ€œMaksudnya: Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.โ€
โ€” Surah Al-Hajj : 37

Semoga Aidiladha kali ini mendidik hati kita menjadi insan yang lebih sabar, ikhlas dalam berkorban serta sentiasa meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan dalam setiap urusan kehidupan.

โœจ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H โœจ

Maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada:-
Majlis Perundingan Wanita
Parlimen Gua Musang

๐ŸŒ™ SALAM HARI ARAFAH 1447H ๐ŸŒ™Hari Arafah hadir membawa seribu rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah SWT buat hamba-hamb...
26/05/2026

๐ŸŒ™ SALAM HARI ARAFAH 1447H ๐ŸŒ™

Hari Arafah hadir membawa seribu rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah SWT buat hamba-hamba-Nya yang ingin kembali mendekat kepada-Nya.

Ayuh sama-sama kita hidupkan hari yang mulia ini dengan memperbanyakkan doa, istighfar, zikir, membaca al-Quran serta berpuasa sunat Arafah bagi yang tidak menunaikan haji.

ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกู ุฏูุนูŽุงุกู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ

โ€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafahโ€. [Riwayat al-Tirmizi)

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengampunkan dosa-dosa kita, melapangkan urusan hidup serta mengurniakan keberkatan kepada ahli keluarga dan masyarakat.

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:


ูŠููƒูŽูู‘ูุฑู ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุงุถููŠูŽุฉูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠูŽุฉูŽ

โ€œPuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datangโ€. [Riwayat Muslim ]

โœจ Rebut peluang hari terbaik ini sebelum ia pergi โœจ

Ikhlas daripada :-

Majlis Perundingan Wanita
Parlimen Gua Musang

20/05/2026

Salam takziah buat semua Ahli keluarga Allahyarhamah PN Hjh Nazura Bt Zakuan, COO Syarikat Ladang Sungai Terah Ikhlas daripada Majlis Perundingan Wanita Parlimen Gua Musang.

Alfatihah

๐ŸŒธ SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒธโ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh ins...
16/05/2026

๐ŸŒธ SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒธ

โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh insan bergelar guru yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, mendidik jiwa serta membina akhlak generasi pewaris ummah dan negara.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, bahkan menjadi murabbi, pembimbing dan pencetus harapan dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Semoga segala pengorbanan, kesabaran dan jasa para guru dikurniakan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT serta terus diberi kekuatan dalam mendidik anak bangsa.

โ€œJika hari ini seorang pemimpin berjaya, seorang ulama dihormati dan masyarakat hidup berilmu, di situlah hadirnya sentuhan seorang guru.โ€

๐Ÿ“š Selamat Hari Guru buat semua pendidik.
Jasamu dikenang sepanjang zaman.

Ikhlas Daripada:
Majlis Perundingan Wanita Parlimen Gua Musang

๐ŸŒธ SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT 2026 ๐ŸŒธโ€œJururawat Kami, Masa Depan Kita : Jururawat Diperkasakan Menyelamatkan Nyawaโ€S...
12/05/2026

๐ŸŒธ SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT 2026 ๐ŸŒธ

โ€œJururawat Kami, Masa Depan Kita : Jururawat Diperkasakan Menyelamatkan Nyawaโ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga jururawat atas segala pengorbanan, keikhlasan serta komitmen dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan para jururawat amat besar nilainya dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan pesakit sentiasa terpelihara. Kalian bukan sahaja menjadi insan yang merawat, bahkan pembawa harapan dan kekuatan buat mereka yang sedang diuji.

Semoga seluruh jururawat terus diberikan kesihatan, kekuatan serta keberkatan dalam menjalankan amanah yang mulia ini.

๐Ÿ’ Selamat Hari Jururawat 2026 ๐Ÿ’

Ikhlas Daripada :
Majlis Perundingan Wanita Parlimen Gua Musang

Selamat Hari Ibu.Ibu bukan sekadar insan yang melahirkan kita, tetapi jiwa yang sanggup terluka demi melihat anaknya bah...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu.

Ibu bukan sekadar insan yang melahirkan kita, tetapi jiwa yang sanggup terluka demi melihat anaknya bahagia. Dalam diam, ibu menyimpan seribu penat. Dalam senyum, ibu menyembunyikan seribu luka. Namun kasihnya tetap utuh, tidak pernah meminta balasan.

Kadang-kadang kita sibuk mencari bahagia di luar, sedangkan syurga itu ada pada doa seorang ibu. Kadang-kadang kita lupa menghargai, sedangkan suatu hari nanti kita akan rindu suara yang selalu memanggil nama kita.

Jika hari ini ibu masih ada, peluklah dia, cium tangannya, ucapkan terima kasih. Jika ibu telah tiada, kirimkan doa yang tidak pernah putus.

Selamat Hari Ibu Ikhlas daripada MPWP Gua Musang untuk wanita terhebat yang tidak pernah penat mencintai anaknya. ๐Ÿ’

Kasih Ibu

Address

Gua Musang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perundingan Wanita Kelantan - MPWP Gua Musang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share