FELDA ARING 01

FELDA ARING 01 AKTIVITI DAN PROGRAM COMMUNITY

Jom sertai Pertandingan RIZQ Desa 2026 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah -KKDW yg menawarkan Geran sebanyak ...
06/04/2026

Jom sertai Pertandingan RIZQ Desa 2026 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah -KKDW yg menawarkan Geran sebanyak RM1juta kepada pemenang. Penyertaan terbuka kpd ushawan belia desa (18-40tahun) yg mempunyai perushaan/premis perniagaan yg beroperasi, berlesen dan bertapak di parlimen luar bandar.
Permohonan dibuka bermula 1 Mac hingga 30April 2026.

Syarat kelayakan boleh di semak melalui laman web https://usahawandesa.com/

04/03/2026

PROGRAM TADARUS AL-QURAN PERDANA & RAHMAT RAMADAN 1447H/2026M

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Tadarus Al-Quran Perdana & Rahmat Ramadan anjuran FELDA Wilayah Gua Musang pada:

📅 03 Mac 2026 (Selasa)
🕰 2.30 petang – 11.00 malam
📍 Masjid Al-Maghfirah, FELDA Chiku 01

Program ini melibatkan penyertaan setiap rancangan FELDA di Wilayah Gua Musang seramai 6 orang peserta bagi setiap rancangan, sebagai usaha mengimarahkan bulan Ramadan serta memperkukuhkan silaturahim dan penghayatan terhadap Al-Quran.
Semoga program ini memberi keberkatan, rahmat dan menjadi amal jariah buat semua yang terlibat. 🤲✨

Majlis Berbuka Puasa & Moreh Masjid Mukim Aring 01 Alhamdulillah, pada 01 Mac 2026, telah berlangsung dengan penuh kemer...
02/03/2026

Majlis Berbuka Puasa & Moreh Masjid Mukim Aring 01

Alhamdulillah, pada 01 Mac 2026, telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan suasana ukhuwah Majlis Berbuka Puasa & Moreh bertempat di Masjid Mukim Aring 01.
Majlis ini telah menghimpunkan seluruh warga Aring 01 bersama pihak pengurusan rancangan serta ketua-ketua peneroka dari sekitar Wilayah Gua Musang. Kehadiran semua pihak jelas mencerminkan semangat kebersamaan, perpaduan dan kasih sayang dalam komuniti.
Selain mengeratkan silaturahim, program ini turut menjadi ruang memperkukuh hubungan antara masyarakat dan kepimpinan setempat dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus kekal erat dan segala amalan kita diterima serta diberkati.

✨ Ramadan menyatukan hati, kebersamaan menguatkan komuniti.

26/02/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADHAN FELDA ARING 01

Alhamdulillah, pada 25 Februari 2026, telah berlangsungnya Program Ziarah Kasih Ramadhan FELDA Aring 01 sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang komuniti terhadap warga rancangan.
Program ini bertujuan menziarahi serta menyantuni warga FELDA Aring 01 yang sedang menghadapi penyakit kronik, di samping menyampaikan sumbangan kepada pesakit , memberi sokongan moral serta mengeratkan ukhuwah sempena kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Ziarah ini turut melibatkan kerjasama badan-badan rancangan antaranya: 🤝 JKKR, GPW,MBFM,KAF, MASJID & KOPEFAS serta pihak-pihak yang sentiasa komited dalam aktiviti kebajikan masyarakat.
Semoga usaha kecil ini mampu membawa kegembiraan, kekuatan semangat dan rasa dihargai kepada insan yang diziarahi. Mudah-mudahan amalan kebajikan ini menjadi asbab keberkatan dan ganjaran buat semua yang terlibat.
✨ “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”



Majlis Ilmu Hari Ini..Kuliah Ambang Ramadhan 04.02.2026 ( Rabu )
04/02/2026

Majlis Ilmu Hari Ini..
Kuliah Ambang Ramadhan
04.02.2026 ( Rabu )

Check out ustazah ( syam)kelate LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from ustazah ( syam)kelate.

*KURSUS INDUKSI KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN & TAKLIMAT E-NOTA HANTARAN* Tarikh:- 3 Feb 2026 (Selasa)Masa:- 8.30 pgTe...
02/02/2026

*KURSUS INDUKSI KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN & TAKLIMAT E-NOTA HANTARAN*
Tarikh:- 3 Feb 2026 (Selasa)
Masa:- 8.30 pg
Tempat:- Balai raya FELDA Aring 01

Mohon war-warkan kepada:

-Peneroka FELDA & Peneroka Urus Sendiri
-Mandor FELDA & FPMSB
-Buruh FELDA & FPMSB
-Kontraktor
-Pekerja Kontraktor
-Sub-kontraktor
-Pekerja Sub-kontraktor
-Pemandu Lori & Hilux

📢 HEBAHAN KEPADA WARGA WANITA FELDA ARING 01Muslimat FELDA Aring 01 dijemput hadir ke Kuliah Ambang Ramadhan (Muslimat) ...
25/01/2026

📢 HEBAHAN KEPADA WARGA WANITA FELDA ARING 01
Muslimat FELDA Aring 01 dijemput hadir ke Kuliah Ambang Ramadhan (Muslimat) bagi mempersiapkan diri menyambut bulan penuh keberkatan.
🕌 Tempat: Masjid Mukim FELDA Aring 01
🎤 Penceramah: Mudirah Ustazah Syamsiah Hasan
🕤 Masa: 02.30 petang
📅 Tarikh: Rabu, 4 Februari 2026
🗓️ Bersamaan: 17 Syaaban 1447H
🌷 Semua Muslimat dijemput hadir
Ayuh bersama-sama menambah ilmu, memperkukuh iman dan mempersiapkan diri menjelang Ramadan.




Assalamualaikum w.b.tJEMPUTAN KE PROGRAM ROLLCALL PERDANAPihak pengurusan Rancangan FELDA Aring 01  akan mengatakan prog...
26/10/2025

Assalamualaikum w.b.t

JEMPUTAN KE PROGRAM ROLLCALL PERDANA

Pihak pengurusan Rancangan FELDA Aring 01 akan mengatakan program Rollcall Perdana seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Oktober 2025 (Selasa)
Masa: 8.30 Pagi - 1.00 T/Hari
Tempat: Dewan Semai Bakti FELDA Aring 01

Tuan/puan dijemput untuk menyertai majlis tersebut seperti ketetapan di atas.

Kaunter Tabung Haji, Kedai Cermin Mata Amysar Dan KPF Niaga serta cabutan bertuah yang menarik untuk anda

Sekian, terima kasih.

Assalamulaikum Tuan/Puan *HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA TINGKATAN 1 TAHUN 2026* Pengurusan As...
07/10/2025

Assalamulaikum Tuan/Puan

*HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA TINGKATAN 1 TAHUN 2026*

Pengurusan Asrama Semai Bakti FELDA melalui Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi FELDA mempelawa murid tahun 6 sesi persekolahan 2025 warga FELDA yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti sistem pendidikan di Asrama Semai Bakti FELDA. Untuk memohon sila klik pautan dibawah atau imbas kod QR.

Tarikh: *7 Oktober 2025 – 21 Oktober 2025*

Untuk Permohonan melalui: *http://myasbf.felda.net.my/register*

Untuk keterangan lanjut berkaitan ASBF: *http://myasbf.felda.net.my*

Terima kasih

🇲🇾 JALUR GEMILANG JIWA MERDEKA FELDA ARING 01 🇲🇾Penilaian pertandingan Jalur Gemilang Jiwa Merdeka FELDA Aring 01 telah ...
11/09/2025

🇲🇾 JALUR GEMILANG JIWA MERDEKA FELDA ARING 01 🇲🇾

Penilaian pertandingan Jalur Gemilang Jiwa Merdeka FELDA Aring 01 telah berlangsung dengan penuh meriah semalam (10 sept 2025). Pertandingan ini bermula dari 21 Ogos hingga 10 September 2025, melibatkan dua kategori utama iaitu Rumah Merdeka dan Tugu Blok.

Bagi memastikan penilaian yang telus dan adil, juri luar khas telah dijemput bagi menilai setiap aspek kreativiti, tema, dan semangat kemerdekaan yang ditonjolkan oleh peserta.

Kehadiran dan penglibatan aktif penduduk kampung telah memeriahkan lagi suasana dengan semangat patriotik yang tinggi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Dibawah adalah bingkisan gambar sekitar penilaian semalam.

NOTIS PEMBERITAHUANMAKLUMAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA FELDA ARING 01!!!!⭕️Semperna Sambutan Bulan Kemerdekaan yang Ke 6...
22/08/2025

NOTIS PEMBERITAHUAN

MAKLUMAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA FELDA ARING 01!!!!

⭕️Semperna Sambutan Bulan Kemerdekaan yang Ke 69, pihak pengurusan FELDA ARING 01 dengan kerjasama JKKR,GPW,KAF & MBFM akan menganjurkan pertandingan " *JALUR GEMILANG, JIWA MERDEKA "*

⭕ Pertandingan ini melibatkan 2 kategori iaitu “Rumah Merdeka” & " Tugu Blok"

⭕Tempoh pertandingan adalah bermula 21 Ogos - 06 Sept 2025.

🎁💵Hadiah wang tunai serta sijil penyertaan menanti para pemenang




,jiwamerdeka

👉🏻Perkongsian Aturcara HPPNK bermula 20hb hingga 24hb Ogos 2025
20/08/2025

👉🏻Perkongsian Aturcara HPPNK bermula 20hb hingga 24hb Ogos 2025

Address

PEJABAT FELDA ARING 01
Gua Musang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA ARING 01 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FELDA ARING 01:

Share