09/02/2026
Assalamualaikum & Salam Malaysia Madani,
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya merakamkan jutaan terima kasih atas peluang dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk berkhidmat sebagai Penyelia PWB DUN Gombak Setia bagi sesi 2024/2025.
Ucapan penghargaan ini khas ditujukan kepada
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, khususnya *Tuan Rahim Kasdi*, serta seluruh barisan pimpinan masyarakat, ahli-ahli Majlis, ketua-ketua kampung dan semua pihak yang terlibat.
Segala sokongan, kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang saya memegang amanah ini amatlah saya hargai. Tanpa sokongan padu daripada semua, sudah pasti segala program PWB tidak dapat dilaksanakan dengan lancar demi manfaat masyarakat DUN Gombak Setia.
Saya juga dengan rendah hati memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan saya, terdapat kekhilafan, keterlanjuran kata, atau kekurangan dalam tindakan.
Sesungguhnya, segala kenangan, pengalaman dan ukhuwah yang terjalin akan saya simpan sebagai satu kenangan terindah dalam perjalanan khidmat saya.
Semoga segala usaha kita diberkati dan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
Pergi ke taman memetik melati,
Disusun indah di dalam raga,
Jutaan terima kasih tidak terhingga di hati,
Atas sokongan dan setia bersama.
Ikhlas daripada,
*Puan Hajah Rupiza Abdul Hamid*
(Mantan Penyelia PWB DUN Gombak Setia)