02/06/2026
*Walaupun hari ini cuti, semangat para guru kami tidak pernah bercuti.*
Di saat ramai meluangkan masa untuk berehat bersama keluarga, guru-guru kami tetap memilih untuk hadir, mengajar, membimbing dan memastikan ilmu terus disampaikan kepada para pelajar.
Mungkin bagi sesetengah orang, ini hanyalah sebuah kelas tambahan. Namun di sebalik kelas yang berlangsung, ada pengorbanan masa, tenaga, komitmen dan kasih sayang seorang pendidik yang sentiasa mahu melihat anak didiknya berjaya.
Terima kasih buat semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, tidak pernah berkira masa, dan sentiasa meletakkan amanah pendidikan di hadapan.
Semoga setiap langkah, setiap penat lelah, setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.